Lake Emerald bukanlah tempat kunjungan utama para pelancung apabila datang ke Banff nih. Aku pun terserempak jer ... but bila melihat akan keindahan kawasan tasik ini, memang boleh buat kita terpana atau terpegun sebentar dengan keindahan ciptaan Allah maha kuasa.
(Walaupun waktu aku sampai adalah tengah hujan renyai renyai, namun keindahan atau kecantikannya tetap terserlah!)
Untuk information lanjut, boleh layari sesawang berikut ...
http://en.wikipedia.org/wiki/Emerald_Lake_(British_Columbia)
Maka Terimalaaaaaahhhhhh ........
Waktu aku sampai, hujan renyai renyai menyambut kedatangan ku ke mari. Tasiknya tenang dengan airnya kehijau-biruan (eh ada ker perkataan nih?). Seperti namanya, Lake Emerald ... memang tasik ini macam Emerald - Zamrud.
Emerald atau Zamrud tuh kan warnanya macam hijau hijau biru gitu ... so tasik nih pun macam tuh ler warnanya ... Kalau waktu hari yang terang dan tenang, warnanya akan lebih terserlah !
Tenang ... Indah ... Terpegun ... Namun kata kata tidak mampu untuk menceritakan akan keindahan ini. Tiada ayat yang dapat melakarkan betapa indahnya keadaan di sini.
Di sini juga ada cafe / restaurant serta lodge penginapan. Namun aku tidak berpeluang untuk bersantai santai serta menginap di sini. Insya Allah, kalau di izinkan Allah, ada rezeki pasti akan ke mari lagi.
Species bunga nih akan unik ... ini kudupnya sebelum mekar.
Tak puas hati ... ni lagi, dari sudut yang berlainan ...
Tak lengkap andainya sesebuah landskap itu tanpa bunga bunga penyeri taman.
Pelbagai warna ... merah kuning semuanya ada
Sang Tupai ... berlatar belakangkan tasik nan hijau-kebiruan
Agak jinak, walaupun aku makin dekat, namun dia tetap meneruskan activitiesnya tanpa mempedulikan akan kehadiran ku.
Kecil tapi comel ...
Rasa geram nak pegang pun ada ... namun pabila nak hulur tangan jer, dia terus lari !!!!
Sebab aku suka sangat dengan keindahan tasik ini, maka terpaksa ler my wife jadi photographer sebab nak abadikan kenangan indah ku di sini nan permai ini.
Roadtrip Pantai Timur - Dungun
1 day ago
No comments:
Post a Comment