Summer 2013 - Kami sekeluarga telah mengambil berpeluang untuk berjalan jalan di sekitar Western Canada, atau lebih tepat di Province British Columbia. Kami telah singgah di bandar bandar Golden, Kelowna, Vancouver dan Victoria.
Iya ... walaupun sekarang dah masuk tahun 2014, namun aku rasa masih tak terlewat untuk bercerita pasal trip yang telah kami lalui tempuh hari.
Maka Terimalaaaaaahhhhhh ........
Blaberry Mountain Lodge adalah menjadi pilihan aku untuk destinasi pertama kami. Aku memang dah lama sangat nak tinggal kat ala ala cabin or lodge ini. (Walaupun wife and anak anak tak berapa suka hahahhaha)
Lodge ni di usahakan oleh sepasang suami isteri yang asalnya dari German (rasanya). Sungguh damai dan tenteram di sini. Tiada hiruk pikuk dan kesibukan bandaraya. Kuda kuda dengan tenang meragut rumput. Indahnya ciptaan Tuhan.
Aku cukup ralit tengok aksi aksi kuda nih makan rumput ... sungguh berselera sekali !!!
Di sekeliling lodge ni adalah ladang milik mereka. Ada pokok epal (Since kami sampai akhir June/Awal July, so epal baru berputik)
Mereka menanam pelbagai sayur sayuran untuk kegunaan mereka sendiri.
Dan yang ini aku rasa pokok bawang. Sampai berbunga , cantik lak bunga dia!
Segar sungguh salad dia !!!
Ini Rene, tuan punya Lodge nih.
Aku suka sangat tengok barn nih. Ada tasik yang jernih air nya ... Indah sangat ! (Ini dalam format HDR)
Bunga bunga liar tumbuh dengan segar , walaupun liar, namun ianya amat cantik sekali
Antara view favorite aku ... ada pangkin, ada tasik, ada barn, ada gunung ... SUBHANALLAH !!!!
Jalan menghala ke Lodge / Cabin ... mereka tak ada banyak sangat lodge pun ...
Bersih kawasan ladang dia nih. Ada jugak taman untuk kanak kanak .
Barn Kuda
Mentari pagi bakal menyinar
Mengunngu sinaran mu mentari pagi
Dalam HDR Format
Dan andainya jika ingin tahu lebih lanjut mengenai Blaeberry Mountain Lodge nih, boleh ler melayari sesawangnya di
http://blaeberrymountainlodge.bc.ca/
Lompat time
Lompat lagi
Lompat and goffy time !!!!
Roadtrip Pantai Timur - Dungun
1 day ago
No comments:
Post a Comment