Since Calgary nih banyak tempat menarik, maka ada ler kawan kawan yang cadang pergi ke Lake Louise tengok Ice Craving and ke Lake Abraham tengok Frozen Methane Bubbles. Kami pun tak ada apa nak buat, maka ikut jer ler ... tapi anak anak semua tak nak ikut !
Maka Terimalaaaaaahhhhhh ........
Pagi pagi sebelum Subuh dah bangun. My wife masak Char Kueh Teow. Pass tuh siap siap. Dalam siap siap , Whatsapp bertalu talu masuk , sebab ada yang dah gerak ... ada yg tengah masak dan sebagainya. Kami berjanji terus berjumpa di Tasik sahaja.
Selepas bermain Ice Skating dan bergambar serta menikmati pemandangan Lake Louise, maka kami mula berangkat menuju ke Abraham Lake. Perjalanan dalam masa 1 jam setengah gitu! Tapi perjalanan ke sini, memang apa orang kata breathtaking gitu !!! Cantik sekali melalui National Park ngan berlatarkan tasik beku dan gunung ganang.
Dan selepas walk like peguin atas ice pelbagai, maka tibalah masanya untuk pulang .... Balik tak singgah mana mana dah ... terus jer pecut sampai umah ... dama tiga jam setengah gitu. Balik pun dah malam ... dah penat dah .....
So itu secara ringkasnya perjalanan seharian ... Sekarang tibalah masanya nak tunjuk gambar gambar lak !!!
Bukanlah tujuan utama datang sini dan tengok kuda ... nih saja nak tunjuk, sebab keadaan sini sejuk, nafas kuda pun berasap asap !!!
Aku rasa cantik lak gambar nih dengan kuda berasap, gunung bersalji dan ada Ice Palace ... rasa macam cantik sangat !
Apa orang kata, breathtaking view gitu .... dengan anak sungai mengalir lesu di hampiri dengan gunung ganang yang gagah ... aku agak terpana dengan keindahan alam semulajadi yang begitu indah sekali !!!
Since tasik nih beku, maka dijadikan ice skating ring ... ramai ler yang main skate kat sini ... Aku ? Me ... Skating nih agak ngeri sikit ! Hahahahhaa
Teringat peristiwa 20 tahun yg silam ... sewaktu Arwah Mak dan Kakak masih ada .. anak buah aku waktu tuh dalam setahun lebih ... dia mainsambil makan snow nih selamba jer ! Bila aku tunjuk gambar tuh, dia macam teruja nak datang sini ... sebab katanya memang dia tak ingat apa apa pun (iya ler .. baby waktu tuh , mana nak ingat!)
Layan jer view view seterusnya , sebab aku dah hilang kata kata nak tulis !
Aku memag suka dengan sungai atau air mengalir .. tak tahu kenapa !
Dan walaupun musim sejuk, ada jugak orang yg suka hiking on the trail!
Anjing adalah man best friend gitu !
Macam dalam citer Korea ... Bayang Bayang Romantis
Ice Castle. Kebetulan sekarang nih kat Lake Louise ada festival Ice Craving. Macam ada pertandingan gitu ! Dan jangan terkejut tau ! Ada peserta dari Malaysia jugak !!!
Salah satu hotel tertua dan tersohor di sini. Frankly speaking, aku belum merasa duduk kat sini lagi. Insya Allah satu masa nanti ya.
Layan ...
Kalau pada musim panas, ada di sewakan canoe ... aku suka ambil gambar canoe dekat tepi rumah nih ! Musim sejuk , nampak macam rumah nih sepi. Tapi picturesque
Kebetulan minggu nih ada festival Ice Craving. So layan ler gambar gambar Ice Craving nih. Since masuk kena bayar , and aku pun boleh tengok dari luar jer, so tak berapa nak minat sangat nak bayar !
Ini geng lelaki yang gi pada hari tuh!
Gambar ramai ramai ...
Kemudian kami bertolak ke Pekan Lake Louise, atau di panggil Village ... sebab kalau nak buang air ker apa ker senang kat sini. Ada banyak tandas dan agak selesa ler.
Suka tengok ice nih ! Jangan ada yg ambik dan cucuh kawan dah ler ! Nanti jadi macam citer Horror lak !
Maka setelah dalam 2 jam gitu , maka sampai ler kami ke Lake Abraham ... lagi satu tasik beku. Cuma uniknya tasik nih dia cerah dan kita boleh nampak methane nyer bubbles frozen !
Tasik sebesar besar nih beku! Kat sini fenomena angin kuat tiup. Sebab tuh ler atas permukaan tasik tak ada salji!
Boleh nampak bubble bubble yang frozen terperangkap!
Lagi tengah lagi dalam lagi hijau tasiknya.
Seolah olah berdiri / berjalan atas air! Kena hati hati , maklum ler jalan atas ice kan ... agak licin ler.
Biasa ler kalau dah tekak Melayu dan orang Malaysia ... gi mana mana tetap sama ... so macam macam bekal dia orang bawak ... dah penat kan ... so makan makan , solat pelbagai sebelum memulakan perjalanan balik ke Calgary yang akan memakan masa 3 jam setengah !!!
Maka itulah coretatan sehari di hujung minggu ...