Tuesday, September 09, 2014

Libur di Taman Negara Banff , Banff National Park

Alhamdullilah ... Ahad yang lalu (Sept 7, 2014), aku telah berkesempatan untuk jalan jalan di sekitar Taman Negara Banff ...  bersama sama dengan pelajar pelajar UoC ... Sebab ahli keluarga masing masing malas nak keluar dari rumah ...

Selepas sarapan di rumah, aku telah menjemput Asyraf, Wazir dan student baru Adil di rumah baru mereka yang mana tak jauh dari rumah aku jugak ... then jemput lak Izzudin kat rumah dia di kawasan University ...

Maka Terimalaaaaaahhhhhh ........

 Selepas 2 jam perjalanan ... maka sampai ler ke hentian yang pertama ... sempadan antara Alberta dan British Columbia ...


Alberta adalah Wild Rose Country dan BC lak ialah The Best Place on Earth gitu ...  apa apa pun, aku suka watermark gambar yang aku buat nih ... very big and obvious gitu hahahaha ...


Izzudin, Wazir, Adil (pelajar baru) dan Asyraf ...


Highway 1 ... yang menghubungkan Alberta dan BC ...  Kami berhenti makan di kawasan ini.  Wife aku ada bekalkan nasi lemak ... so isi perut dulu dan buat apa yang patut ...

 Perjalanan di teruskan menuju ke Emerald Lake ... atau Tasik Zamrud ...  aku rasa kita boleh agak kenapa namanya begitu kan ... airnya kehijau hijauan bak batu zamrud gitu ...

 Indah sungguh suasana tasik ini ... airnya tenang ...

 Kita tengok jer gambar gambar di sekitar tasik ini ...

Nampak tangan Wazir sikit rasanya hehehhee


 Di kawasan tasik ini juga ada cafe dan lodge ...

 Pelancung dari pelbagai negara datang , termasuk ler dari Malaysia ...

 Ramai yang agak terpegun dengan keindahan semulajadi dan warna tasik ini ...

 Dikatakan kalau cuaca terang , tanpa awan, air tasik ini akan lebih kelihatan kehijaun nya ...

 Minum minum kopi pun best gak ... tapi since kami pun baru lepas pekena nasi lemak, so tak ler terliur or lapar sangat ...

 Samada bercouple, atau keseorangan, namun ianya tidak menghalang untuk kita menikmati keindahan ini ...

 Perkhidmatan boat pun ada di sediakan ...

 Tapi kami tidak ler nak naik boat ker apa ker ...

 Memang tak sedar kita asyik click click jer ...

 Inilah jeti boat yang menawarkan khidmat sewa boatnya ...

 Empat sekawan ...

 Dengan azam nan satu ...

 Untuk memperolehi segulung ijazah ...



Satu boat

 Dua boat ...

 Tak jauh dari Tasik Emerald nih, ada satu perhentian namanya, NATURAL BRIDGE gitu ... kami singgah sebentar di sini ...

 Apa yang di maksudkan dengan Natural Bridge ialah batu batu tersebut , setelah di hakis air sungai yang mengalir, ianya menjadi jambatan semula jadi gitu ...

 Walaupun air itu lembut, namun sedikit demi sedikit ianya mampu untuk menembusi batu nan gagah !

 Di katakan kalau hujan lebat atau air banyak, air akan melimpah ruah melepasi jambatan batu ini ...

 Dari Arah dalam dengan view parking ...

 Air yang deras ...

Ngeri gak kalau terjatuh dalam nih kan ...

 Air yang mengalir deras ...


Maka setelah itu, kami bergerak ke Lake Moraine lak ... Lake Moraine nih memang popular ler, pernah di abadikan dalam note $20 pada suatu ketika dulu ...

Airnya biru kebiruan ...

 Memang cantik ....

 Diceritakan kenapa airnya biru kebiruan ...

 Memang biru betul ...

 Banyak tupai tupai kecik nih di sekitar kawasan ini ...

 Dia nih ala ala jinak gitu ....

 Lepas Lake Moraine, kami bergerak ke Lake Louise pulak ....

Lake Louise pun memang cantik gak .... dan dari sini kami bergerak pulang semula ke Calgary ... Insya Allah, kalau ada rezeki kita jumpa lagi ...

Monday, September 08, 2014

Salji menyapa terlalu awal di Calgary

Alhamdullilah ... maka dengan ini tamat lah musim panas buat Calgary ... selamat tingal dan selamat datang musim sejuk ...

Pada September 8, 2014, hari Isnin, Calgary telah di sapa oleh sang Salju ...

Maka Terimalaaaaaahhhhhh ........


Pagi tadi waktu hantar anak ke sekolah, hujan dah mula turun, dan cuaca agak sejuk ... terpaksa ler pakai winter coat pelbagai ...


Snow dah mula turun dan ... heater kat dalam rumah pun terpaksa di pasang ... sebab memang dah sejuk ...


Kat belakang rumah ... tak sempat nak simpan kerusi dan semua peralatan musim panas ...


Maka setakat ini sahajalah khidmat mu wahai bunga nan indah ...


Kat depan rumah mula di tutupi salji ... tapi ini tak lama ... sebab terlalu awal ... mungkin dalam dua tiga hari sahaja ...



Pokok epal depan umah, belum sempat lagi daun gugur dan buah gugur, salji dah menyapa ..

Suka tengok ... terus rasa macam nak makan buah kana merah yang kakak aku kirim , masih ada dalam peti ais lagi ..


Salji dan Epal ...


Snap sana snap sini ...


Pokok umah jiran pun aku snap


Ni bukan kereta aku ... tapi kereta jiran ... pun aku snap


Kesian jiran aku, dia terpaksa buang snow snow kat pokok pokok dia !!! Dia kata kalau tak buang, dia takut pokok dia mati !


Terpaksa ler dia buang semua snow snow di pokok pokok nya ... orang sayang pokok kannn


Tangga umah .... tak lama lagi terpaksa ler buang semua bunga bunga nih .... selamat tinggal ...