Showing posts with label Vancouver. Show all posts
Showing posts with label Vancouver. Show all posts

Sunday, January 05, 2020

Setelah menghilang selama dua tahun lebih ....

Agak lama jua aku menyepi dari ruangan Blog ini.   Lebih dari tahun .... namun dalam masa dua tahun tuh, tak ler senyap terus ... aku masih lagi aktif ber IG ... jadi tak ada ler sepi terus menyepi gitu ...

Banyak yang terjadi utk dua tahun lama nya aku menyepi ...  Insya Allah , aku rasa aku akan aktif balik berblogging, mungkin dalam seminggu satu post ... kita tunggu ler nanti macam mana.

Maka Terimalaaaaaahhhhhh ........


Seperti yang semua maklum, keadaan ekonomi di Calgary pada tahun 2015 telah di landa downturn yang agak teruk.   Aku kehilangan kerja, namun Alhamdullilah, aku dapat kerja di Vancouver.  Tapi setelah dua tahun, project kami tuh tidak menjadi.  Maka aku terpaksa ler meninggalkan Vancouver dan pulang ke Calgary.


Pada hari terakhir aku di Vancouver,aku telah sewa kereta dan drive dari Vancouver pulang ke Calgary.  Bulan 10 cuaca agak tidak menentu ... ada hujan,  snow semua ada ...


Perjalanan memang seronok dan cantik.   Aku singgah bermalam dan meneruskan perjalanan ... memang seronok ler sebab tak ada apa yg nak di kejarkan .   Jadi aku memang drive dan enjoy viewnya.

Aku siap singgah di Lake Louise, Emerald dan juga jalan ke Jasper!!!  Memang enjoy ler !  Tapi kena marah ngan bini sebab lambat balik rumah ! Hahahahhahaa


Namun, Alhamdullilah , setelah tamat di Vancouver, aku dapat offer di RAPID , Pengerang.  Maka berhijrah ler aku ke Pengerang.


Alhamdullilah ... Project ini menyediakan Camp yang bertaraf Lima Bintang !   Memang cantik dan selesa bilik dia.


Di sini lah aku bermastutin selama 2 tahun ... eh tipu , lepas lapan bulan,aku pindah ke Lotus lak


Kalau di Canada, gunung ganang penyeri ... namun di sini pantainya amat cantik !!!  Setiap peluang yg ada, aku pasti akan menikmati angin petang pantai !!!


Di Pengerang .... buah buhan peneman aku.   Aku suka sangat kerana pelbagai buah buahan tempatan terdapat di sini.   Rambutan adalah antara yg paling aku suka.



Apalah duduk kat Pengerang kalau tak pernah makan Asam Pedas dia !!!  Memang juling mata !!!


Uniknya orang sini, makan goreng pisang ngan sambal kicap !!!


Lobster ada amat terkenal di Pengerang !!!


Durian dari pelbagai ceruk !!!  Memang puas !!!


Pulasan yang manis dan lekang ... hanya di Pengerang!


Telur Pindang yang makin pupus, namun tidak di Pengerang !!!


Mee rebus tersedap di Dunia hanya di Pengerang !


Sembahyang Hajat di bawah Pipe Rack ... hanya di Pengerang !



Susunan kasut waktu Solat Jumaat ... hanya di Pengerang !

Perayaan pelbagai kaum di sambut tanpa merosakkan aqidah ... hnaya di Pengerang !




Raya Cina ker apa ker .... PETRONAS tetap di hati ... hanya di Pengerang !!!


Tapi itu hanya kenangan .... kini kembali semula di Tanah Air ku ....

Wednesday, April 12, 2017

Cheery Blossoms in Vancouver

Vancouver adalah salah satu bandar di luar Jepun yang mempunyai banyak tempat untuk menikmati keindahan bunga sakura atau Cherry Blossoms nih ... Kata mereka laaahh, saya hanya cite apa yang mereka kata!

Maknanya, kalau nak tengok bunga sakura nih, tak gi Jepun pun OK ... kat Vancouver pun banyak ... gitu ler statementnya ...

Pelbagai activiti di aturkan sempena nak meraikan Cherry Blossoms Festival nih, click di sini yaa .... tapi satu pun aku tak gi , tanpa sebab apa pun ... sajer jer tak gi!

Alhamdullilah, Ahad yang lepas cuaca tak hujan , maka berkesempatan ler aku untuk ronda ronda sambil ambik gambar ...

Maka Terimalaaaaaahhhhhh ........




Masuk musim bunga, bunga cherry adalah antara bunga yang terawal akan berbunga mekar.  Seperti yang orang kata, Vancouver adalah satu satunya bandar di Luar Jepun yang mempunyai banyak tempat tempat atau kawasan kawasan untuk melihat atau menikmati keindahan Bunga Cherry / Sakura.  





Kawasan nih adalah di Burrard Station.  Pada 30hb March yang lalu, telah di adakan upacara perasmian Vancouver Cherry Festival 2017 kat sini.   Tapi aku tak ada kat sini ler, aku tak kerja ari tuh.  Sebab balik Calgary.
 




Vancouver nih memang senantiasa hujan kalau dari bulan November hingga April/May.  So kalau hari tak hujan, langit biru, memang cantik untuk bergambar !  Mood pun riang gembira jer menyaksikan keindahan alam semesta.





Berjalan di bawah rimbunan bunga bunga segar memekar !!! Sambil dihiburkan oleh siulan burung burung riang berkicau.
 


Kawasan nih memang agak popular gak ler ... sebab betul betul kat tengah bandar dan berhampiran dengan Station Utama lak tuh.   Ramai gak orang datang buat photoshoot gak !


Ni di kawasan perumahan ... sewaktu pergi dan balik dari kerja, aku selalu nampak kawasan nih bunga bunga nya mula memekar.   Aku agak tertarik ... so aku pun merancang, kalau cuaca elok, aku nak ke sini dan lihat sendiri ....


Aku tidak keciwa .... kawasan nih berdekatan ngan Train Station , sekolah dan Church ... dan since aku datang hari Ahad, orang yang nak gi Sembahyang pun singgah sini dulu ambik gambar !


Aku dapati pokok pokok dia memang dah berumur gitu ...


Suka akan juluran pepohon sepanjang jalan ....


Redup mata memandang ...


Kawasan nih aku rasa bunga bunga dia tengah galak memekar ... belum banyak gugur atau daun belum tumbuh lagi !


Aku suka akan aturan perspective nih ....


Di bawah pohon cherry


Perspective dari sudut yang berbeza ..


Kawasan perumahan yang agak damai ...


Aku perasan dan perhatikan yang bunga nih memekar tak memandang ke atas , tapi ke bawah !




Indah sungguh kawasan ini ...



Awan hujan nak datang dah !!!


Perasan tak bunga dia memekar ke bawah !
 

Yang gugur ... tetap cantik kan !


Lepas tuh aku ke kawasan nih lak ... kawasan nih adalah yang TERCANTIK bagi aku ... tahun lepas pun aku datang sini gak.  Tahun nih bila aku datang, aku perhatikan daun daun dah banyak ...


Namun ianya tetap cantik.  Tahun nih Vancouver agak sejuk dan banyak salji turun ... selalunya Vancouber tak pernah salji sangat !


Memang tak jemu mata memandang ...


Lagi ....


Lagi ... dari sudut / angle lain


Lagi ....


Hari tuh ada pengantin buat photo shoot ... aku curi curi ambik !


Lagi ...


Lagi ...

Ni dari species yang lain lak ....


Kat kawasan sama, tapi street yang berlainan ...


Sudut lain ...


Lagi ....


Bunga cherry ....


Org kat sini kata pokok sini jenis yang tak berbuah !


Bunga lain ...


Sudut berbeza ...


Bunga yang ada kat situ ...


Lagi ...


Lagi ...


Lagi ...


Kudup ....


Cherry ...


Lagi ,,,


Lagi ...


Aku suka gambar nih ....


Lagi ...

Lagi ...






Itu jer ......