Monday, May 16, 2011

Farewell Party For Jamal Baksh

Semalam, iaitu pada 15 May 2011, Company kami telah mengadakan majlis perpisahan , farewell party, untuk Jamal Baksh. Dia berhenti / bersara (aku pun tak faham sangat, ada yang kata dia berhenti dan ada yang kata dia bersara) setelah berkhidmat sekian lamanya ....

Majlis telah di buat di YANSAB Recreational Center kat Camp 4. Jamal ni aku kenal ler , sebab selalu bersua dan bercerita. Dia ni suka akan buah buahan tempatan Malaysia seperti Durian, Manggis, Rambutan, dan sebagainya ...

Maka Terimalaaaaaahhhhhh ........

JF 059
Jamal Baksh ... Yang unik tentang dia ialah matanya ... matanya warna light kelabu gitu ... Ini adalah warna matanya yang asli, tanpa contact lens tau!

JF 025
Majlis di buat di Yansab Recreational Center kat Camp 4. Inilah kolam renang tempat aku selalu berenang dan exercise (iya ... pada suatu masa dahulu ... aku rasa dah nak dekat setahun lebih aku tak berenang atau exercise!)

JF 022
Majlis di buat secara makan bertalam ... dalam satu hidang ada 5 orang.

JF 065
Iya .. mempersembahkan .... LAHAM MANDIIIIII ... adalah makanan utama!!! Aku suka part perut muda yang di pintal pintal tuh!!! Memang puas ler makan daging kambing (and kambing adalah my favorite ! Alhamdullilah)

JF 062
Mula mula aku nak duduk kat sini, tapi tgk hidangan kambing dia tak mengancam , aku move kat hidangan yang di atas tuh ... hehehehehe

JF 063
Nasi satu talam, ada salad dan ada yogurt serta air gas .... nikmat!!! Jemput makan yaaaa (I mean makan Laham Mandi ler ....)

JF 023
Unutk pengetahuan semua, kalau di Saudi ni, tak sempurna majlis atau acara tanpa KEK! KEK adalah salah satu item yang WAJIB gitu! Baik Majlis Hari Raya, Kawin, Kegembiraan dan apa lagi (Oppsss majlis Hari jadi tak ada di Saudi heheheheh)

JF 066
Allloooooo kalau SATU TALAM tuh mana ler nak habis ... tetambah lak lagi yang makan orang orang kita lak ... since aku duduk ngan Fadeli, dan ada lagi sorang Mamat dari Sudan , maka inilah lebih kita orang! Sayang sangat! Aku memang dah tak leh nak GO dah ....

JF 084
Tapi jgn risau ler bab bab pembaziran nih. Sebab menurut empunya cerita, setiap kali selepas apa apa majlis sahaja, makanan yang tak habis ni selalunya di beri kepada mereka mereka yang susah ... so kira macam tiada pembaziran dalam erti kata sebenarnya ler ...

JF 020
Ini adalah Mohamad Al Amoudi, kira macam boss besar aku ler .. dia ni kita orang punya L3.

JF 061
Aku dan Fadeli ... kat department ni, cuma ada tiga orang anak Malaya ... Hafiz balik Malaya cuti ... so tinggal kami berdua ajer ...

JF 082
Sami Sulami, one of the Engineer kat PD. (Bukan Port Dikson tapi Project Development). Dia ni kira macam cikgu Bahasa Arab aku ler. Dia begitu bersemangat mengajar aku Bahasa Arab. Dan dia akan bertutur bahasa Arab dengan aku. Dan faham faham ajer lidah pelat aku nih kaann... Asyik berlatih nak sebut hurf supaya biar betul sebutan dan makhraj huruf tersebut!

JF 030
Saleh Al Harbi ni kira macam jiran aku kat Opis ler ... bilik dia ngan bilik aku bersebelahan ajer ... and kami satu department ... Dia Buat Cost Estimation dan Buat Planning. Selalu ler kita orang berbincang masalah Negara dan Dunia masa kini ....

JF 029
Faris Dajam. Dia ni kalau kat PETRONAS macam HPS ler ... dan aku percaya, one day nanti , dia akan jadi orang besar SABIC, Insya Allah. Anyway, dari aku borak borak nagn dia, ayah dia Pilot so dia macam dibesarkan di California gitu ....

JF 028
Ini Cashier kat Kantin Ibn Rushd. Dia ni baby face dan mempunyai Lesung Pipit!

JF 024
Server kat Kantin Ibn Rushd. Dulu kerja kat Penang, so dia boleh ler faham sikit sikit Bahasa Melayu dan Bahasa Mandarin.

JF 060
Jamal bersama sama cenderahati yang dia dapat ...

JF 071
Majlis potong kek selepas makan ...

JF 081
Sheikh Attar .. dah berkhidmat di Saudi ni lebih dari 20 tahun!!! Dia datang dari India.

JF 074
Faisal , Engineer kat PD gak ...

JF 075
Salah seorang designer ... yang amat meminati CARMEN SOO ... aku pun tak kenal ... mula mula aku datang sini, dia tau ajer aku dari Malaysia, terus tanya aku kenal tak ngan si Carmen Soo nih! Allloooo ... aku ni peminat SITI NURHALIZA dan ZIANA ZAIN dan SHARIFAH AINI dan OGY dan ... Siapa itu Carmen Soo??? Magistrate ? Lawyer? ....

JF 002
Another old timer ... dia dulu pernah kerja di JB dan Spore. Dan bebaru ni, dia kehilangan isteri tercinta. So skg ni dia menduda.

JF 091
Eli .. salah seorang designer kat sini. baru dapat baby tapi isteri dan baby di Filipina.

JF 003
Satu satunya wanita yang hadir di dalam majlis ini

JF 037
Gambar beramai ramai sebelum pulang ....

People who served
Since aku dah seronok main ngan mosaic nih, maka inilah gambar gambar orang yang melayan kami pada malam itu.

Jamal Baksh Farewell Party
Ini adalah orang orang tempatan

People at Jamal Baksh Farewell Party
Bukan orang orang tempatan

Eli
Eli

Wajah Wajah yang Hadir
Semua yang Hadir ....

Nota Kaki - Majlis majlis di sini tiada pasang lagu lagu ....

Thursday, May 12, 2011

Kem Motivasi Remaja di Mekah

Pada 3, 4 dan 5hb May 2011 yang lepas, kami telah ke Mekah. Kami berangkat sebaik sahaja selesai acara di YIS. Since bertolak pun dah agak lewat, yakni dah nak dekat pukul 8.30 malam dah, so sampai pun memang dah nak dekat tengah malam dah pun ... agak penat ler jugak. Tapi Alhamdullilah, sepanjang perjalanan aku tak ler rasa mengantuk macam biasa ...

Dan keesokannya pulak, Aisyah ada program motivasi yang di anjurkan oleh UQ PRO TEAM. Seperti yang aku citekan, kumpulan UQ PRO Team ni , yang di wakili oleh adik adik pelajar University Ummul Qura di Mekah. Mereka ini bergiat aktif di dalam memberi khidmat kepada masyarakat Malaysia khasnya yang berada di Saudi Arabia, dan juga sekitarnya dan juga dari Malaya.

Butiran lanjut mengenai mereka boleh di dapati di http://uqproteam.blogspot.com/ Tetapi kini mereka lebih aktif bergiat di FACEBOOK. So cari mereka di Facebook. So kepada kekawan yang perlukan khidmat mereka, hubungi mereka secara terus ... kalau mention nama Ghazali dari Yanbu kot kot dapat discount kot hahahahahahhahahaa

Since di Mekah ni agak strict bab bab bergambar (aku rasa ler, sebab aku malas nak bersoal jawab dgn pihak berkuasa ...) memang agak limited ler nak ambil ambil gambar secara bebas ... Apa apa pun ....

Maka Terimalaaaaaahhhhhh ........

Noon time at Kaabah
Walaupun aku kata di sini agak susah nak ambil ambil gambar nih, tapi buat masa sekarang nih, aku tengok orang dah agak "bebas" mengambil gambar. Gambar ni dari tingkat atas di Masjidil Haram. Sebaik selesai sembahyang Zohor ... Terasa bahang kepanasannya ...

Kaabah
View Kaabah ni memang seronok di tengok. Nikmat dapat beribadah di sini, hanya Tuhan sahaja yang tau .... Agar kita semua di permudahkan dan di senantiasa di jemput menjadi tetamuNya di sini.

Waiting for the call
Menanti masuknya waktu ... orang senantiasa ramai ....

Final take off
Selepas selesainya solat Fardhu, selalunya ada pula Solat Jenazah. Dan Fadhilat mengerjakan solat Jenazah ni amat lah besar ganjarannya ...

Mekah 001
Anak muda yang Handsome ni adalah anak Pak Jais yang kerja di JAIS ... kelas kan!!! Inilah Al Fadhil Ustaz Khairul Ariffin Jais ... ketua pelajar di sini dan orang kuat (ialah tak kan ler dia tak kuat kaannn )

Mekah 011
Si Handsome yang kedua ni lak, ala ala muka Shahir yang kat AF tuh .. mula mula aku kenal dia, waktu tuh aku masih lagi minat ngan AF (by the way, la ni aku dah tak tengok AF, kerana AF tuh tidak baik untuk dibuat bekalan ... ) memang dia macam muka Shahir (Tapi mana ler ada orang tengok AF tuh kat Mekah kaann ... so org semua ala ala blur blur ajer ....) Dia ni pun salah seorang penggerak UQ Pro team gak ler ... and bakal menjadi bapa dalam masa 7 bulan lagi ... Insya Allah. Dan senantiasa mengambil gambar!

Mekah 016
Anak anak Yanbu dan juga Ibu Ibu Yanbu sayang kat Ustaz Abd Aziz nih ... dia ni amat pandai jaga hati orang dan tinggi budi bahasanya (dan begitu juga yang lain yaaaa ...) Sekarang ni dia ala ala dah diikat oleh orang Yanbu ... so dua minggu sekali dia akan turun ke Yanbu utk berkongsi ilmu dengan warga Yanbu ... malam tadi dia pulun habis cite pasal perjalanan Roh .... iyalah , dah kul 12.30 malam pun masih panas membahaskan isu isu semasa .... nganttukkkkkkk ...

Mekah 017
Ini lak si Kembar ... aku tak pasti samada Akmal atau Aiman ... sampai terlena lena dia dengar khutbah penutup oleh Khairul ... actually according to Aisyah, malam tadi dia orang tidur agak lewat, and kul 3 pagi dah bangun dah .. itu yang buat ngantuk tuh ...

Mekah 018
Ini anak Fadeli .... kesian dia terintai intai cari ayah dia .... ayah dia ingat ambil anka selepas solat Jumaat ... so tak datang ler ambil ....

The Full Concentration Faces
Sekarang ni aku suka sangat guna fd flickrs toys nih ... mosaic dia cantik ...

Jangan Pandang Belakang
Lagi koleksi gambar gambar yang di ambil pada majlis penutup tuh ... since aku duduk kat belakang, so nampak kepala ajer ler ....

Kem Motivasi Remaja di Mekah
Inilah antara gambar gambarnya .... dan of course aku guna fd Flickrs toys punya mosaic ...

Tuesday, May 10, 2011

UN Day di YIS

Pagi ni bila aku bangun tidur, kepala rasa berdenyut denyut pening .... ni kat tempat kerja pun kepala masih pening yang amat banget!!!

So mintak tolong orang urutkan kepala, and then telan panadol , and then cakap kat Boss, I am not feeling well ... and then update BLOG untuk hilangkan pening ...

(Iya ler, aku ada banyak kerja , tapi aku rasa kalau aku buat kerja aku, sure bertambah pening. So just cakap kat boss, I am not feeling well ajer ...)

Apa apa pun, pada minggu lepas, yakni pada 04 May 2011, sekolah anak aku ada mengadakan UN Day, ala macam International Day waktu kat University dulu ler .... so since dah ramai anak anak Malaysia yang belajar di sana, maka, ada ler Malaysia buat booth. Sibuk ler orang orang rumah bermesyuarat pelbagai ... ialah muafakat itu membawa berkat gitu kaaannn ...

Maka Terimalaaaaaahhhhhh........
(Masnor ... it is 6 a's with 6 h's and 8 dots heheheheee)

May 001
Snowwhite .. Kucing Jantan liar ... (iya tak ada kena mengena ngan UN Day di YIS pun). Aku ingat dia ni ler bapa kepada Pluto anaknya Kitty (sebab aku dah terserempak banyak kali dia dan Kitty), tapi since Pluto tak ada macam muka dia, so aku terpaksa ler kata dia bukan bapanya Pluto (Ujian DNA agak sensitive kepada sesetengah orang!) Snowwhite ni aku tengok betul betul macam Jojo ... Terasa rindu akan Jojo ...

May 002
Sementara nak menantikan Show start, muka Afiq ala ala masam masam gitu ... sebab dia dari kul 4 dah datang dah ... ikut ibunya kemas booth ... so pass tuh air lak tak ada ... jadi macam dahaga ler tuh!!!

From Malaysia ... with Love
Show dimulakan dengan parade .. dua orang dari setiap negara akan naik ke pentas di iringi oleh Montage negara masing masing .... dan para peserta akan memberikan greeting dalam bahasa negara tersebut ... dalam banyak banyak tuh , cuma aku agak "TERTARIK" sebab ada this singaporean (aku tak kenal pun), dia orang India, tapi dia suruh anak dia bagi greeting "Ni Hao Ma" ... Why? I don't know ... Nanti aku tanya sama itu Hud Hud ...

With a message ... Spread the Love
Wakil dari Indonesia pakai baju kebaya ...cantik sangat kain yang digunakan ... kalau nak buat pakaian pengantin pun sesuai dengan material yg digunakkan ... Cuma Montaj dari Malaysia, aku rasa banyak tempat yang aku tak pergi lagi di Malaysia ... sebab aku tak pernah dengar pun nama nama kampung yang di bubuh tuh ehhehehehe

We bring Love
Antara nya ... pengacara , dan lain lain ....

On Stages
Bila semua negara dah persembahkan montaj, ramai ramai naik ke pentas ... tapi aku memang kalau indoor photography nih agak lemah sikit ... bab bab lighting nih!!! Tapi semangat Alia !!! Seronok tengok!!! Pass tuh ada persembahan ... Aina pun ammmbbooiiiii .... Semangat !!!! Sure Aina lepas ni bila belajar kat malaya akan rasa something missing ... sebab cara American School and Malaya School amat jauh berbeza ...

May 051
Selepas persembahan pentas, dia ada makan makan dari makana seluruh dunia gitu .... Ini roti dari Saudi Arabia ... actually aku dah duduk kat 3 tahun lebih dah ... aku pun belum rasa lagi roti nih hehehehhee

May 050
Ini lampu dari Sri Lanka ... dia orang kan ada Hindu dan Budha serta Islam (Islam tak ramai).

May 049
Pizza dari Lubnan ... cikgu Afiq siap korek gigi lagi kekenyang ler tuh makan pizza. Tapi aku personnaly tak suka sangat pizza nih ...

May 046
Tak ada bunga manggar tak sah ler kannn ... Booth dari Malaysia ... dapat kat corner lot lagi ... sure kalau Mamak Restaurant akan suka ... sebab dia orang punya favaorite mesti kedai kat corner lot gitu!!!

May 047
Rajin orang Malaysia nih ... Kay siap buat Laksa lagi .. aku pun bedal ler laksa dalam dua tiga mangkuk ... tapi berlakun ler , nak kasi kat Afiq ler , Iman ler ... tapi semuanya masuk kat perut aku gak ... Macam macam ada ... ada pulut kuning ler ... bunga telur ler ... and dodol pun ada (of course ler promote sikit ... bini aku yang "buat" ) kuih muih pelbagai jenis dan rasa ... memang kenyang ler (Aku tak gi pun makan kat gerai gerai lain ... except pergi kat kat gerai Indon, rasa mee dia ... !!! Enak sekali Dong!!!)

Happy Faces During the UN Days at YIS
Wajah wajah ceria dari seluruh dunia ... suka aku tengok pelbagai warna dan corak ... (Aku ni bab bab cultural nih memang minat!!!)

Syafiq and Ms Raeda, JK Teacher
Gambar Afiq ngan Cikgu Raeda dia .... suka lak aku tengok pose nih ... so aku framekan ... hehehhehehee

Lega ... pening kepala pun dah beransur hilang ... so aku nak sambung buat kerja ... sebab tadi aku cuma cakap kat boss nak rehat kejap ajer .... Alhamdullilah ....