Wednesday, September 28, 2005

Taukul - Kitchen In Sudanese

Hari ni , selera ni macam nak makan makanan Sudan ajer ... memang selalu dengar orang Sudan selalu makan FUL dan TAMIYA , tapi aku pun nak rasa jugak lah makanan Sudan ni ... Iyalah dah nak dekat setahun aku duduk sini, tapi aku tak pernah pun makan makanan Sudan yang betul betul (ada ker makan yang tipu tipu?)

Ajak Angelica tunjuk dan temankan pergi ke kedai makanan Sudan yang agak bagus dan menyelerekan ... SUDAN TAUKUL ada pilihan Angelica ... terletak kat Khartoum 2.
(Ni yang malas ni, nak tempuh jem dan sebagainya!!!)

Inilah Kisrah dan jugak Karuf panggang - Daun Jarjil tak lupa - and a lot of ONIONS!!!

Makanannya kisrah (rasa masam masam macam tosei) di gaul (banjir) dgn kuah !!! Kuah dia ada dua pilihan , Serbuk Bendi atau Sayu hijau (semuanya di lecek / lenyeh halus!!!)

Kami jugak seperti basa order daging dan karuf panggang .... minuman MANGGO dan GUAVA juice !!!! Nikmat!!! (Makan untuk tiga orang kena SD 3000 - RM 45!)

Silakan jamu selera - Jgn malu malu!!!

Black Out


Black Out - Dark Pitch ... Itulah pemandangan dari balcony banglo kita orang pada malam tadi ... Black Out lagiiiii So sapa sapa yang nak ambik klass lukisan tu, lukis ajer pemandangan malam di ketika black out ... senang guna warna hitam ajer!!!

Black Out …. Atau terputus bekalan api .. di antara kejadian yang sering terjadi di Sudan terutamanya pada musim panas. Adalah menjadi satu kemestian bagi setiap Rumah rumah atau pejabat pejabat mempunyai generator nya tersendiri …. Sebab kejadian terputus bekalan api adalah lumrah dan acap kali berlaku

Malam tadi rumah kami trepaksa lagi bergelap (dah dua malam berturut turut, dalam minggu ni) terputusnya bekalan api!!! Panas nya tu Tuhan ajer yang maha mengetahuinya …

Bertemankan lilin, torchlight dan apa sahaja bekalan tambahan bagi penganti bekalan electric yang terputus ….

Tetapi ini ada satu keunikan nya hidup kat sini …. Kalau kat Negara kita mana ada sat sat putus bekalan … so KUDOS to TNB!!!!!


Romantik? Hehehheeee Kami bermandikan cahaya lilin ... Kalau sejuk OK ler ... ni panaaasssssssss tuhan ajer yang tau


Inilah keadaan dalam bilik aku ... Gelap dan Romantik ... (Sebenarnya atas katil tu ada Arznel tgh main games!)

Monday, September 26, 2005

Sand Storm / Ribut Pasir

Ribut Pasir … Suatu nama yang agak janggal atau asing di dalam kamus hidup bagi orang orang yang bermastutin di Malaysia …. Namun ianya bukanlah suatu perkara yang aneh bagi mereka yang berada di Sudan …

Ribut pasir pasti datang mengunjung / melawat Sudan pada hari hari tertentu …. Datangnya tanpa di undang …. Tetapi tiadalah membawa musibah yang besar … apa orang dulu dulu kata … “Alah bisa tegal biasa ..”

Cuma ribut pasir ni menjadi satu kerisauan kepada kami andainya hari ribut pasir mengunjung tu bersamaan dgn hari orang nak R n R … nampaknya kena lah bersabar … sebab jadual penerbangan menjadi tidak menentu pada waktu itu …

Terima dengan senyuman dan hati yang terbuka ….




26 September 2005 ... Ribut pasir datang lagi Posted by Picasa


Ribut Pasir (Sand Storm) datang lagi ... Posted by Picasa


Angin menderu deru .... Bersiaplahhh Posted by Picasa

Sunday, September 25, 2005

Dubai ... Kota Kemewahan

Syukur alhamdullilah, sebab tiada Direct Flight dari Kuala Lumpur untuk Ke Khartoum. So dengan ini, maka dgn sebab inilah , kami dapat merasa untuk singgah di bandar bandar persinggahan seperti Dubai, Doha, Abu Dhabi ataupun Cairo sebelum terus ke Khartoum.

Dubai ada bandar pilihan yang paling popular ... sebab nya menyediakan laluan perjalanan yang paling senang dan mudah!!! Dan melalui Dubai, Syarikat Emirates menyediakan kemudahan yang bagus untuk penumpang penumpang nya ....

Akhir kata , Dubai adalah sebuah kota kemewahan yang menjanjikan seribu satu macam keinginan .....


Hyatt Regency , Bilik yang berharga DHS 1,440 semalam!!! Posted by Picasa


Ruang Tamu yang luas dan lapang. Habis dah DHS 1,440 semalam kannnn (lebih kurang RM 1,500 semalam!!!) Posted by Picasa


Bilik Air yang contemporary !!! Posted by Picasa


Laut nan sayup mata memandang!!! Posted by Picasa


Pandangan Swimming Pool Dari Tingkap Bilik Penginapan .... Posted by Picasa


Dubai ... Kota yang serba mewah! Posted by Picasa

Friday, September 23, 2005

Koleksi Gambar Gambar di Cairo


Pintu Masuk ke National Museum di Cairo Posted by Picasa


Pintu Masuk ke Dalam National Museum ... Arca pada pintu sebelah kanan Posted by Picasa

Pemandu taxi yang terperangkap dalam kesesakan jalanraya .. (kebetulan pada hari ni ada Piliharaya). Dia asyik membebel dan yang kelakarnya siap boleh bercerita lagi dgn pemandu pemandu yang lain!!! Posted by Picasa
Wajah Anak Mesir yang hairan melihat aku orang luar ..... Curiously Cutie Sweetie Posted by Picasa


Kesesakan jalan raya di Cairo. Perhatikan taxi taxinya yang agak dah uzur .... Aircond jangan harap lahhhhh .... Posted by Picasa


Poster kempen pilihanraya ... UNDILAH HOSNI MOBARAK! Posted by Picasa


Arca di salah satu gerbang jambatan di Sungai Nile. Posted by Picasa

Peternak /Gembala Kambing mengembala kambing / menjual kambing ti tengah bandar Kaherah (dekat ngan Khan Khalili)


Menara Masjid di Khan Khalili .... (Masjid Saidina Hussein rasanya) Posted by Picasa


Mesir tanpa tarian Gelek tak sah!!! Tengok belly dancing di Nile Cruise! Posted by Picasa


Farhan dan Azami , my dear friend in Cairo ... see the belly dancer boobs hehehehhee Posted by Picasa

Cairo / Kaherah ..... Uniknya

Apabila aku memberitahu kawan kawan yang aku akan stop-over di Cairo, boleh dikatakan semuanya mengeluarkan statement yang sama ...

"Jaga-jaga, orang Mesir kuat PENIPU!" or " Be careful, orang Mesir memang tak leh di percayai!!"

Hati ni naik takut jugak ler ... iyalah kita ni pun bukannya berani sangat .... walaupun ini bukan kali pertama ke sana kann .....

Tetapi , Alhamdullilah, I really enjoyed my trip, and syukurlah , semuanya berjalan dgn selamat .


Ini ada sebahagian dari koleksi gambar gambar aku di sana ..... Mana dia PYRAMID? Hahahahhaaaaa ......


Lihat betapa gembiranya pemandu taxi ni .... siap tepuk tepuk tangan lagi menyanyi nyanyi !!! Ellllloooooooo nak bawak taxi ker nak jadi penghibur?




Inilah bilik hotel ku ... Di Marriot Cairo ... OK ajer tak ler secantik Marriot di DOHA, QATAR.

Di pintu masuk Hotel Marriot Di Cairo ... Aku suka akan ukiran ukiran nya .... Cantik kesenian Arab ....

Thursday, September 22, 2005

Selamat Tinggal ....


Mengucapkan Selamat Tinggal adalah sesuatu yang paling sukar untuk di lakukan ... yang meninggal dan yang kena tinggal ...

18 September 2005, lebih kurang jam 4:15 pm , tibalah saatnya aku untuk mengucapkan SELAMAT TINGGAL buat ISTERI ku yg Tercinta serta Aisyah Syafiqah dan Nurl Iman , anak anak ku yang amat ku sayangi .... Aku terpaksa untuk kembali bertugas di perantauan ... meninggalkan orang yang tersayang di Kuala Lumpur ...

Aku terpaksa pergi untuk selama 60 hari ... dan akan kembali semula ke Malaysia bagi tempuh R n R selama 18 hari ....

Memang lah bekerja di luar negara agak menyeronokkan dengan mendapat imbuhan yang lumayan dan dapat merasai menaiki pesawat di Business Class ... Satu kemudahan atau pengalaman yang sukar untuk di lupai .... Dgn bekerja di luar negara jugak aku dapat peluang untuk melangkah lebih jauh di dalam perjalanan ku .....

Tetapi .....

Aku amat merindui anak-anak dan isteri ku ... Mereka adalah penyeri dan pelengkap hidupku!

Ya Allah ... Tabahkan hati ku dan muga aku akan terus tabah menghadapinya ....

Gadis Gadis Tempatan (Selatan)



Inilah gadis gadis tempatan di kawasan Selatan tempat aku bekerja ...
(Nama dan Tempat terpaksa di rahsiakan di atas atas isu keselamatan - Negara ini pelik sikit, dia boleh buat apa sahaja yg dia nak ...)



Wanita wanita ini terpaksa bekerja keras untuk kaum keluarga mereka! Merekalah yang aku lihat membawa barang barang keperluan dari pada pasar ke kawasan kawasan kediaman mereka. Di mana anak kecil terpaksa di kendung, barang terpaksa di bawak .. mmmmm



Tetapi dengan bekerja keras, gadis2/wanita2 ini dikurniakan oleh Allah BODY POSTURE yang amat menarik ... Mereka ini rata rata Tegak berdiri ... Ala-ala MODEL terkenal begitu.

Aku jua perhatikan , asal nama wanita, memang tidak lepas daripada bergaya ... mereka ini cuba untuk kelihatan menarik dan bergaya di dalam ertikata in their own fashion ... mengayakan pelbagai accesories dan dgn warna pakaian yang agak terang dan menarik.

Walau apa pun .... gadis2/wanita2 ini mempunyai body odor yang amat terlalu amat kuat!!!! Bau hancing, campur busuk campur keldai , campur lembu!!!! Betul betul aku tak tahan!!!