Sunday, June 29, 2014

Selamat Menjalani Ibadah Puasa

Alhamdullilah ... tahun nih dah masuk tahun kedua kami sekeluarga berpuasa di bumi Canada ... Puasa di perantauan tak sama dengan di tanah air ...

Namun nikmat dan kelazatan beribadah tetap terasa, sebab konsep ibadah itu sendiri tidak bergantung kepada lokasi ... ianya hubungan kita dengan pencipta.

Maka Terimalaaaaaahhhhhh ........

Semuga kita semua selamat menjalani ibadah puasa ... Puasa mengajar kita erti kesabaran dan kenikmatan yang ada ... hargai ...

Selfie bersama sama dengan Iman ....


Berpuasa di Calgary nih, agak panjang dari seawal pukul 3.30 pagi sehinggalah ke pukul 10 malam ...  walaupun panjang , namun ianya tetap di lalui dengan tabah .


Keadaan langit yang mendung petang sebelum puasa bermula.  Kami sekeluarga telah sempat bersama sama dengan keluarga Jamil dan Keluarga Fakharuddin bersantai santai di tepian pantai.


Selfie terlalu amat sinonim dengan masa kini ...


Last kayuh kayuh and selfie Shaikh Jamil camera ....

Thursday, June 19, 2014

Camping di Tunnel Mountain

Pada minggu lepas, kami telah berpeluang untuk bercamping di Tunnel Mountain ... tapi kami cuma semalam jer, sebab pada Ahadnya, Syafiq ada kelas swimming.

Keadaan cuaca hujan dan mendung ... pada hari nak pergi tuh, hujan turun dari pagi.  Namun Alhamdullilah, bila sampai ke Tunnel Mountain, hujan mula reda dan berhenti.  Malam hujan cuma renyai sedikit.

Namun cuaca agak dingin, terutama pada waktu malam ... memang sejuk sangat!

Maka Terimalaaaaaahhhhhh ........

 Masing masing terpaksa berjaket ... sebab sejuk banget !!!  Walaupun dah kul 9 lebih malam , tapi hari masih cerah lagi.  Maghrib lebih kurang kul 10 malam !

 Lama sangat nak tunggu gelap , jadi ler, main jugak bunga api.  Kebetulan ada jual bunga api, sebab 1 July nih Canada day .....


Afiq dan Ziyad berdiang ... sebab sejuk ... nasib baik boleh buat unggun api ... bonfire gitu

 Iman bergambar dekat dengan khemah ... khemah ni katanya boleh muat lapan orang !!!

 Selfie sebelum tidur ngan Afiq.  Tidur pun kena pakai jaket , sebab memang sejuk !

 Hiking di sekitar kawasan khemah / camping ground.  Suspen gak, sebab waktu nih Ranger kata dia orang ada detect beruang di kawasan ini .

 Bergambar sempena hari bapa .... gambar ikhsan dari Abang Arabi.


 Bergambar ramai ramai sebelum balik ... gambar ikhsan dari Abang Arabi

 Lepak lepak pagi ... sarapan nasi goreng ... siap buat Yong Tau Foo lagi !!!!

 Ni dah nak balik dah ... Azlan baru sampai ... so bergambar ler lagi.  Gambar ikhsan Azlan

Mak Azlan ada datang ... bergambar ngan my wifey ... gambar ikhsan Azlan.

Sunday, June 15, 2014

Rampaisari 11 June 2014

Rabu, bersamaan dengan 11 June 2014.  Sekejap masa berlalu ... dah setengah tahun kita meninggalkan 2014.  Masa akan terus berlalu , samada kita sedari atau tidak.

Maka Terimalaaaaaahhhhhh ........

 Musim panas dah menjengahkan muka di sini ... since hujung minggu dan tak ada buat apa apa, aku bawak anak anak pergi ke Auburn House ... macam community center untuk Auburn Bay nih .. yang bestnya, dia ada tasik.  Memang seronok ler untuk bersantai ... kalau musim sejuk boleh main skating.

 Untuk kemudahan ini, setiap penduduk dikenakan bayaran sebanyak $400 lebih setahun.  Since aku menyewa di sini, so Tuan Rumah yang bayar club membership fees nih.

Walaupun dah musim panas, namun air tasik nih tetap sejuk sangat !!!  Memang tak sanggup kalau nak mandi, mengelatar jadinya.

 Selain dari tasik, dia juga ada splash or fountain pool ... seronok tengok bebudak main main air kat sini.

 Pagi Isnin ada hujan sikit.  Tapi biasa ler hujan kat sini tak macam hujan kat tanah negara kita ... lebat dan boleh basah kuyub jadinya .... sini hujan ala di renjis renjis gitu .... tapi sejuk.


 Hari Isnin hari , Syafiq ada dentist appointment ... selama 3 kali atau 6 minggu berturut turut.  Untuk kali pertama nih, doktor akan cabut dua batang gigi serta menampal geraham hujung dia tuh.  Kali ni doktor cuma buat belah kiri pipi dia jer.

Since ini clinic khas untuk kanak kanak ... harga dia pun boleh tahan jugak.   Untuk kanak kanak tidak phobia atau takut, doktor akan kasi laughing gas / nitrogen dulu ... jadi kanak kanak akan rasa tenang dan seronok ... tengok Syafiq tersengih dan tersenyum akibat the laughing gas tuh.


 Doktor dia amat berhemah dan berhati hati dengan kanak kanak.  Kanak kanak merasa seronok dan boleh berbual bual dengan doktor lagi.

Kalau nak tau macam mana services dia, boleh ler melayari laman web mereka ... CHILD DENTISTRY

Cuma yang tak tahan nyer, untuk ni jer aku kena $770 ... Insurance mungkin bayar 80% di atas rate normal.  Dan untuk laughing gas, Insurance tak cover.

Namun kita agak berpuas hati dengan service yang di beri dan layanan yang di terima.


 Pada hari ni lak, Rabu, SUNCOR Well Pad Program - Project Control ada buat Potluck lunch.  Dia orang semua kata kalau boleh nak kena masak sendiri ... tak nak ler beli kat kedai.   So my wife buat ler Rendang Ayam dan Pulut Kuning.   Dia orang semua makan , ada yang tambah sampai dua kali ... katanya sedap .


 Ni salad dari Rusia, kawan aku Natalie yang buat.

 Ini batista (rasanya) dari Morroco.  Dalam dia ada macam bihun, udang, sotong dan ikan salmon.  Sedap gak.  Aku siap bawak balik tiga ketul utk wife rasa.

 

Dessert nih paling aku suka.  Aku siap tambah sampai tiga kali ... sebab manis kan.  Nama dia Dessert Tiga Susu ... (Dalam bahasa spanish, aku tak pandai nak eja dan sebut)


Kek Apricot ... orang kata sedap sedap ... tapi aku tak rasa ler pulak ... sebab kenyang sangat dengan pulut ler apa ler kaaannn



 Masing masing merasakn juadah yang terhidang .....


Chris dan Dan tengah sibuk buat salad dia orang ....

Antara yang hadir ... tak ramai pun Project Control untuk Well Pad Program nih.   Yang tepi sekali ni ilah boss aku ... dah berumur dah ..

Sunday, June 08, 2014

Pelbagai dan Rampaian - Ahad 08 June 2014

Ini adalah kemaskini aku jika tiada sangat topic atau specific perkara yang nak di cerita ... so aku akan guna pelbagai atau Rampaian ...

Maka Terimalaaaaaahhhhhh ........

*Gambar Ikhsan - Tuan Shaik Jamil ....

Minggu lepas kami telah berkelah di North Glenmore Park ... cuaca amat baik sekali walaupun ada kedatangan hujan sekejap.   Overall memang cantik, tambah tambah lagi dengan makanan yang banyak - BBQ.


Pergi ke Canadian Tire, katanya ada sale besar besaran untuk musim panas ... iya memang sale besar besaran ler ... cuma murah $0.01 atau 1 sen jer ... kat Canada nih, syiling satu sen pun dah tak wujud dalam pasaran.



Apalah musim panas tanpa BBQ atau Grills kan .... our favorite BBQ - Lamb Chop !!!  Memang terbaik !!!!

 Salmon ... memang sedap dan melilih air liur .... simple jer resipi dia, tapi kesedapan , hingga menjilat jari !!!!


Set BBQ baru.  Ni plan nak bawak pergi Camping next week.  Tak sabar rasanya !!!!

Kids Up Front dan Cavalia Odysseo in Calgary

Alhamdullilah , dengan ikhsan KIDSUPFRONT, dan juga PREP PROGRAM , Iman dapat dua tiket untuk menyaksikan pertunjukan Odysseo.   Kalau nak pergi sendiri, memang agak mahal jugak ler harga tiket nya .   Since Iman dapat dua tiket jer, maka yang pergi hanyalah aku dan Iman.

Maka Terimalaaaaaahhhhhh ........

KidsUpFront ialah satu organisasi atau badan yang bertujuan untuk memberi peluang kepada kanak kanak kurang upaya, tidak berkemampuan dan sebagainya untuk bersama sama merasakan keseronokan di luar sana.  Untuk lebih lanjut, boleh ler membaca di laman web mereka.

Apa yang terfikir olehku ialah alangkah bangus nya badan seperti ini juga wujud di Malaysia.  Di mana ianya mampu untuk memberi peluang kepada mereka yang tidak berkemampuan untuk sama sama menikmati acara sukan, konsert atau taman tema .... Untuk butiran lanjut boleh ler lawat laman web KIDSUPFRONT ....


* Gambar gambar seterusnya adalah di ambil dari website CAVALIA.NET .  Hakcipta adalah milik CAVALIA.NET

 * Gambar adalah di ambil dari website CAVALIA.NET .  Hakcipta milik CAVALIA.NET


Tiket yang aku dapat tu adalah untuk show Odysseo oleh Cavalia.   Show ini memang  di dalam kelas dia tersendiri !!!!!!!


 * Gambar adalah di ambil dari website CAVALIA.NET .  Hakcipta milik CAVALIA.NET

Pertunjukan ini gabungan kuda dan akrobat ...

 * Gambar adalah di ambil dari website CAVALIA.NET .  Hakcipta milik CAVALIA.NET

Kalau nak tau seronok ker tak show nih, pergi ke website dia and dia ada letak jugak video dan sebagainya.

 * Gambar adalah di ambil dari website CAVALIA.NET .  Hakcipta milik CAVALIA.NET


 * Gambar adalah di ambil dari website CAVALIA.NET .  Hakcipta milik CAVALIA.NET


 * Gambar adalah di ambil dari website CAVALIA.NET .  Hakcipta milik CAVALIA.NET 
 * Gambar adalah di ambil dari website CAVALIA.NET .  Hakcipta milik CAVALIA.NET 
 * Gambar adalah di ambil dari website CAVALIA.NET .  Hakcipta milik CAVALIA.NET 
 * Gambar adalah di ambil dari website CAVALIA.NET .  Hakcipta milik CAVALIA.NET 
* Gambar adalah di ambil dari website CAVALIA.NET .  Hakcipta milik CAVALIA.NET