Showing posts with label AB. Show all posts
Showing posts with label AB. Show all posts

Sunday, September 06, 2020

The Breathtaking view of Majestic Waterton National Park (Part 1 of 3)

Canada amat berbangga dengan Taman Taman Negara di bawah pengelolaan mereka. Taman Taman negara ini di jaga dengan baik dan banyak akta akta diwartakan semata mata untuk melindungi taman taman negara ini. 

Canada menggangap Taman Negara sebagai permata asli negara! Taman Negara ini di selenggarakan oleh PARK CANADA demi menjaga kecantikan semulajadi dan mendidik pengunjung untuk memahami, menghargai dan menikmati keindahan semulajadi tanpa merubah atau merosakkan integriti semulajadinya. 

Sesawang untuk Park Canada adalah seperti di bawah ini:


Kali ini saya akan membawa pembaca BLOG ini ke salah satu Taman Negara yang tersohor di sini, iaitu, Taman Negara Waterton. 

Maka Terimalaaaaaahhhhhh ........

Di bawah sesawang Park Canada , ada menceritakan yang Taman Negara Waterton ini betapa cantiknya Taman Ngeara ini di mana pertemuan antara Banjaran ROckies dan Alberta Praires. 

 "The prairies of Alberta meet the peaks of the Rocky Mountains in Waterton Lakes National Park. Clear lakes, thundering waterfalls, rainbow-coloured streams, colourful rocks and mountain vistas await hikers and sightseers. With an exceptional diversity of wildlife and wildflowers and a cozy little waterfront town to serve as a home base, Waterton packs a big natural punch into a relatively small and accessible area.


Di saran jua untuk membaca Laman Sesawang My Waterton  di mana tersenarai pelbagai informasai dan apa yang menarik dan apa yg tertarik di sini.

Muqadimmah nya pun boleh membuat kita teruja ... "Waterton Lakes National Park is internationally known as one of the most beautiful destinations in the Canadian Rockies. And for good reason. Waterton is where the rolling prairies of Alberta meet the stunning Rocky Mountains and is filled with diverse wildlife, dozens of different wildflowers and some of the best hiking in North America. The town of Waterton Lakes National Park is the perfect destination if you're looking for adventure, fun and relaxation no matter what season it may be. 

Saksikan Video di atas di mana saya telah sempat merakamkan perjalanan saya ke sini.



Taman Negara Waterton ini lebih kurang 3 jam perjalanan dari Calgary.   Namun masa 3 jam itu tidak terasa langsung.   Di sepanjang perjalanan , kita di hamparkan dengan (kalau dari Calgary) hamparan hamparan Prairies .... Dan kepada yang pernah membesar di zaman 70an atau 80an , pasti telah menonotn Little House on The Prairies ... dengan Laura Ingalls .... maka sepanjang perjalanan ... boleh ler berangan seolah olah berada di ketika itu ... berlari lari bersama sama keluarga Ingalls !!!!

Kami datang awal bulan August , di mana Ladang bunga bunga Canola tengah rancak berbunga .   Sepanjang perjalanan , kiri kanan Highway kita boleh nampak sayup sayup kekuningan Ladang Bunga Canola.
Sudah tentulah kita akan teruja untuk bergambar di sini.   Boleh ler berhenti sebenatar untuk bergambar !!!
Apabila kita menghampir Crownest (sebuah pekan kecil sebelum tiba ke Taman Negara Waterton), kita boleh lihat di sepanjang jalan kincir kincir angin berceracak banyaknya !!!!  Memang teruja!
Berhenti kat tepi sat , nak ambil gambar kincir angin.
Kincir Angin, Ladang , berlatar belakangkan Banjaran Rockies .... memang Indah!
Lihatlah ......

Jalan lurus  , kereta pun tak berapa banyak , so memang boleh ler nak posing ker atau sambil baring baring.
Sayup sayup rumah dan ladang dia orang ...
Dan perjalanan di teruskan .   Kita akan memasuki Taman Negara Waterton ... tunggu sambungan nya.

Saturday, March 11, 2017

Tasik Abraham ... Lake Abraham

Tasik Abraham atau Lake Abraham kata orang sini, tak ler se-glam mana pun !!!  As a matter of fact, tasik nih memang tak termasuk dalam senarai mana mana laman sesawang tarikan pelancung pun !!!  Namun, di sebabkan zaman Social media nih , di mana Instagram menjadi ikutan jutaan umat ... ntah macam mana, ianya boleh meletop gitu !!!  Sekarang nih, kalau sebut pasal frozen bubble jer, terus orang akan tau tasik nih !  Gitu ler ceritanya ...

Namun, apa kata kita tengok atau ziarah gak laman sesawan dia yang sah ... CLICK DI SINI YAAAA

Maka Terimalaaaaaahhhhhh ........


Kalau ikut Google Maps, perjalanan nak ke sini mengambil masa lebih kurang 4 jam gak ler .... jauh tak jauh ... namun demi cintakan keindahan alam semulajadi ..... hahahhaha


Kalau di Malaya, kalau kita konvoi, pasti akan berkumpul kat mana mana RnR ker, Stesen PETRONAS ker .... begitu jua kami di sini .... since rumah masing masing lain lain arah dan kawasan, kami berpakat nak kumpul kumpul kat stesen minyak PETRO CANADA nih yang kat tepi HWY 1 simpang Cochrane ...  so since nih kat negeri omputih, kalau kata jam 8 pagi, memang 8 pagi ler dia orang tunggu .... (walaupun orang melayu sendiri yang buat janji tuh ! Hahhahaa) ...

 Apabila nanti ada peluang ke CANADA, ingatler ... HWY 93 Jasper Parkway - Columbia Icefield Highway nih ... adalah antara Scenic Route yang tercantik di dunia gitu !!!  Ini bukan kata saya tau ....


Lihatler pemandangan di sepanjang jalan ini ... memang tak terucap dek kata kata ... gambar gambar nih semuanya Syafiq yang ambik .... pakai handphone jer ... tapi bak kata pepatah, kalau dah cantik tuh, tetap cantik gitu !!!


Alhamdullilah cuaca pada hari kami pergi tuh agak cerah ... so jalan pun tak licin dan agak clear ... Alhamdullilah ...


Memang tak jemu dan tak ngantuk ler driving .... mata  segar melihat akan keindahan yang tak terucap itu !
 

Berhenti untuk buang air sebentar ... nak buang air, nak masuk tandas pun susah ... sebab semuanya di liputi salji ...


Pemandangan kat belakan tandas ... kat belakang tandas pun cantik !!!!


Perjalanan di terus kan ...


Suka tengok pelbagai bentuk dan ketinggian gunung ganang di sepanjang perjalanan ini.


Akhirnya kami semua sampai ke tasik yang lejen nih !!!


Memang boleh nampak ler buih buih terperangkap gitu ...


Dan menurut Wikipedia :

"Pictures of Abraham lake in the winter have gotten quite popular among internet users.[3] This is due to a phenomenon that creates "frozen bubbles" under the ice. The decaying plants on the lake bed release methane gas, bubbles of which are trapped just below the surface as the lake begins to freeze. Abraham lake has become a popular destination for photographers because of this. [4]"



Boleh nampak ketulan atau gumpulan bubble bubble yang telah terperangkap dan beku ...


Kat tepi tepi pun ada ...


Tasik nan beku ....


Kalau nak tau sejuk ker tak sejuknya kat sini, tasik yang sebesar besar nih boleh beku !!


Iman bawak dia nyer Little Pony (Iman walaupun dah 15 tahun, tapi jiwanya aku rasa masih lagi di alam kanak kanak lagi)


Berjalan di atas tasik nan beku ...


Gambar sefamily di atas tasik nan beku ...
 

Menikmati suasan tasik beku ...


Pemandangan tepian tasik ...


Aku macam suka akan suasan ini ...


Kami kumpul dan apa lagi makan makan ler ... nasi lemak, sup kambing semua ada !!!


Kita tengok orang posing ... kita pun posing gak hahahhahahaa


Since tasik nih agak besar .... so kena naik kete nak ke hujung tasik ...


Nih belah hujung tasik .... (Actually tak tau pun mana hujung mana pangkal pun hahhahaha)


Dan posing posing atas tasik beku ...


Bubble bubble yang terperangkap ...


Itulah ... dulu dulu sebelum zaman Social Media atau sebelum Instagram, phenomena nih tak ada ler orang nak kisah pun .... 


Sebab kalau di Canada nih, boleh di katakan tasik beku tuh normal ler ... sebab kalau dekat dekat ngan kawasan urban, tasik beku adalah tempat rekreasi yang agak popular dengan ice skating dan ice hockey nya ... dekat dekat umah aku pun banyak ...


Cuma sini sebab ada photographer yang mempopularkannya , terus ler meletop letop gitu !


On the way nak balik, lalu ler kat depan kambing ini ....


Kambing nih cuma tak ada phone cer , kalau tak dia pun nak updatekan kat Instagram dia pasal tasik nih hahahhahahaa


Singgah sebentar, ingat nak tgk air terjun ... tapi air terjun tutup, sebab jalan licin gitu hahhahaha


Aku suka hutan hutan gini ...


Ada lak lumut lumut nih ... suka sangat


Gaung !

Aku nih jenis gayat !!!


Air terjun pun beku !

Pose sebelum meninggalkan tasik ini ....


Pose ramai ramai .... ikhsan gambar dari Abang Arabi ....