Showing posts with label Rockies. Show all posts
Showing posts with label Rockies. Show all posts

Sunday, September 06, 2020

The Breathtaking view of Majestic Waterton National Park (Part 1 of 3)

Canada amat berbangga dengan Taman Taman Negara di bawah pengelolaan mereka. Taman Taman negara ini di jaga dengan baik dan banyak akta akta diwartakan semata mata untuk melindungi taman taman negara ini. 

Canada menggangap Taman Negara sebagai permata asli negara! Taman Negara ini di selenggarakan oleh PARK CANADA demi menjaga kecantikan semulajadi dan mendidik pengunjung untuk memahami, menghargai dan menikmati keindahan semulajadi tanpa merubah atau merosakkan integriti semulajadinya. 

Sesawang untuk Park Canada adalah seperti di bawah ini:


Kali ini saya akan membawa pembaca BLOG ini ke salah satu Taman Negara yang tersohor di sini, iaitu, Taman Negara Waterton. 

Maka Terimalaaaaaahhhhhh ........

Di bawah sesawang Park Canada , ada menceritakan yang Taman Negara Waterton ini betapa cantiknya Taman Ngeara ini di mana pertemuan antara Banjaran ROckies dan Alberta Praires. 

 "The prairies of Alberta meet the peaks of the Rocky Mountains in Waterton Lakes National Park. Clear lakes, thundering waterfalls, rainbow-coloured streams, colourful rocks and mountain vistas await hikers and sightseers. With an exceptional diversity of wildlife and wildflowers and a cozy little waterfront town to serve as a home base, Waterton packs a big natural punch into a relatively small and accessible area.


Di saran jua untuk membaca Laman Sesawang My Waterton  di mana tersenarai pelbagai informasai dan apa yang menarik dan apa yg tertarik di sini.

Muqadimmah nya pun boleh membuat kita teruja ... "Waterton Lakes National Park is internationally known as one of the most beautiful destinations in the Canadian Rockies. And for good reason. Waterton is where the rolling prairies of Alberta meet the stunning Rocky Mountains and is filled with diverse wildlife, dozens of different wildflowers and some of the best hiking in North America. The town of Waterton Lakes National Park is the perfect destination if you're looking for adventure, fun and relaxation no matter what season it may be. 

Saksikan Video di atas di mana saya telah sempat merakamkan perjalanan saya ke sini.



Taman Negara Waterton ini lebih kurang 3 jam perjalanan dari Calgary.   Namun masa 3 jam itu tidak terasa langsung.   Di sepanjang perjalanan , kita di hamparkan dengan (kalau dari Calgary) hamparan hamparan Prairies .... Dan kepada yang pernah membesar di zaman 70an atau 80an , pasti telah menonotn Little House on The Prairies ... dengan Laura Ingalls .... maka sepanjang perjalanan ... boleh ler berangan seolah olah berada di ketika itu ... berlari lari bersama sama keluarga Ingalls !!!!

Kami datang awal bulan August , di mana Ladang bunga bunga Canola tengah rancak berbunga .   Sepanjang perjalanan , kiri kanan Highway kita boleh nampak sayup sayup kekuningan Ladang Bunga Canola.
Sudah tentulah kita akan teruja untuk bergambar di sini.   Boleh ler berhenti sebenatar untuk bergambar !!!
Apabila kita menghampir Crownest (sebuah pekan kecil sebelum tiba ke Taman Negara Waterton), kita boleh lihat di sepanjang jalan kincir kincir angin berceracak banyaknya !!!!  Memang teruja!
Berhenti kat tepi sat , nak ambil gambar kincir angin.
Kincir Angin, Ladang , berlatar belakangkan Banjaran Rockies .... memang Indah!
Lihatlah ......

Jalan lurus  , kereta pun tak berapa banyak , so memang boleh ler nak posing ker atau sambil baring baring.
Sayup sayup rumah dan ladang dia orang ...
Dan perjalanan di teruskan .   Kita akan memasuki Taman Negara Waterton ... tunggu sambungan nya.

Sunday, January 05, 2020

Setelah menghilang selama dua tahun lebih ....

Agak lama jua aku menyepi dari ruangan Blog ini.   Lebih dari tahun .... namun dalam masa dua tahun tuh, tak ler senyap terus ... aku masih lagi aktif ber IG ... jadi tak ada ler sepi terus menyepi gitu ...

Banyak yang terjadi utk dua tahun lama nya aku menyepi ...  Insya Allah , aku rasa aku akan aktif balik berblogging, mungkin dalam seminggu satu post ... kita tunggu ler nanti macam mana.

Maka Terimalaaaaaahhhhhh ........


Seperti yang semua maklum, keadaan ekonomi di Calgary pada tahun 2015 telah di landa downturn yang agak teruk.   Aku kehilangan kerja, namun Alhamdullilah, aku dapat kerja di Vancouver.  Tapi setelah dua tahun, project kami tuh tidak menjadi.  Maka aku terpaksa ler meninggalkan Vancouver dan pulang ke Calgary.


Pada hari terakhir aku di Vancouver,aku telah sewa kereta dan drive dari Vancouver pulang ke Calgary.  Bulan 10 cuaca agak tidak menentu ... ada hujan,  snow semua ada ...


Perjalanan memang seronok dan cantik.   Aku singgah bermalam dan meneruskan perjalanan ... memang seronok ler sebab tak ada apa yg nak di kejarkan .   Jadi aku memang drive dan enjoy viewnya.

Aku siap singgah di Lake Louise, Emerald dan juga jalan ke Jasper!!!  Memang enjoy ler !  Tapi kena marah ngan bini sebab lambat balik rumah ! Hahahahhahaa


Namun, Alhamdullilah , setelah tamat di Vancouver, aku dapat offer di RAPID , Pengerang.  Maka berhijrah ler aku ke Pengerang.


Alhamdullilah ... Project ini menyediakan Camp yang bertaraf Lima Bintang !   Memang cantik dan selesa bilik dia.


Di sini lah aku bermastutin selama 2 tahun ... eh tipu , lepas lapan bulan,aku pindah ke Lotus lak


Kalau di Canada, gunung ganang penyeri ... namun di sini pantainya amat cantik !!!  Setiap peluang yg ada, aku pasti akan menikmati angin petang pantai !!!


Di Pengerang .... buah buhan peneman aku.   Aku suka sangat kerana pelbagai buah buahan tempatan terdapat di sini.   Rambutan adalah antara yg paling aku suka.



Apalah duduk kat Pengerang kalau tak pernah makan Asam Pedas dia !!!  Memang juling mata !!!


Uniknya orang sini, makan goreng pisang ngan sambal kicap !!!


Lobster ada amat terkenal di Pengerang !!!


Durian dari pelbagai ceruk !!!  Memang puas !!!


Pulasan yang manis dan lekang ... hanya di Pengerang!


Telur Pindang yang makin pupus, namun tidak di Pengerang !!!


Mee rebus tersedap di Dunia hanya di Pengerang !


Sembahyang Hajat di bawah Pipe Rack ... hanya di Pengerang !



Susunan kasut waktu Solat Jumaat ... hanya di Pengerang !

Perayaan pelbagai kaum di sambut tanpa merosakkan aqidah ... hnaya di Pengerang !




Raya Cina ker apa ker .... PETRONAS tetap di hati ... hanya di Pengerang !!!


Tapi itu hanya kenangan .... kini kembali semula di Tanah Air ku ....