Sunday, September 06, 2020

The Breathtaking view of Majestic Waterton National Park (Part 1 of 3)

Canada amat berbangga dengan Taman Taman Negara di bawah pengelolaan mereka. Taman Taman negara ini di jaga dengan baik dan banyak akta akta diwartakan semata mata untuk melindungi taman taman negara ini. 

Canada menggangap Taman Negara sebagai permata asli negara! Taman Negara ini di selenggarakan oleh PARK CANADA demi menjaga kecantikan semulajadi dan mendidik pengunjung untuk memahami, menghargai dan menikmati keindahan semulajadi tanpa merubah atau merosakkan integriti semulajadinya. 

Sesawang untuk Park Canada adalah seperti di bawah ini:


Kali ini saya akan membawa pembaca BLOG ini ke salah satu Taman Negara yang tersohor di sini, iaitu, Taman Negara Waterton. 

Maka Terimalaaaaaahhhhhh ........

Di bawah sesawang Park Canada , ada menceritakan yang Taman Negara Waterton ini betapa cantiknya Taman Ngeara ini di mana pertemuan antara Banjaran ROckies dan Alberta Praires. 

 "The prairies of Alberta meet the peaks of the Rocky Mountains in Waterton Lakes National Park. Clear lakes, thundering waterfalls, rainbow-coloured streams, colourful rocks and mountain vistas await hikers and sightseers. With an exceptional diversity of wildlife and wildflowers and a cozy little waterfront town to serve as a home base, Waterton packs a big natural punch into a relatively small and accessible area.


Di saran jua untuk membaca Laman Sesawang My Waterton  di mana tersenarai pelbagai informasai dan apa yang menarik dan apa yg tertarik di sini.

Muqadimmah nya pun boleh membuat kita teruja ... "Waterton Lakes National Park is internationally known as one of the most beautiful destinations in the Canadian Rockies. And for good reason. Waterton is where the rolling prairies of Alberta meet the stunning Rocky Mountains and is filled with diverse wildlife, dozens of different wildflowers and some of the best hiking in North America. The town of Waterton Lakes National Park is the perfect destination if you're looking for adventure, fun and relaxation no matter what season it may be. 

Saksikan Video di atas di mana saya telah sempat merakamkan perjalanan saya ke sini.



Taman Negara Waterton ini lebih kurang 3 jam perjalanan dari Calgary.   Namun masa 3 jam itu tidak terasa langsung.   Di sepanjang perjalanan , kita di hamparkan dengan (kalau dari Calgary) hamparan hamparan Prairies .... Dan kepada yang pernah membesar di zaman 70an atau 80an , pasti telah menonotn Little House on The Prairies ... dengan Laura Ingalls .... maka sepanjang perjalanan ... boleh ler berangan seolah olah berada di ketika itu ... berlari lari bersama sama keluarga Ingalls !!!!

Kami datang awal bulan August , di mana Ladang bunga bunga Canola tengah rancak berbunga .   Sepanjang perjalanan , kiri kanan Highway kita boleh nampak sayup sayup kekuningan Ladang Bunga Canola.
Sudah tentulah kita akan teruja untuk bergambar di sini.   Boleh ler berhenti sebenatar untuk bergambar !!!
Apabila kita menghampir Crownest (sebuah pekan kecil sebelum tiba ke Taman Negara Waterton), kita boleh lihat di sepanjang jalan kincir kincir angin berceracak banyaknya !!!!  Memang teruja!
Berhenti kat tepi sat , nak ambil gambar kincir angin.
Kincir Angin, Ladang , berlatar belakangkan Banjaran Rockies .... memang Indah!
Lihatlah ......

Jalan lurus  , kereta pun tak berapa banyak , so memang boleh ler nak posing ker atau sambil baring baring.
Sayup sayup rumah dan ladang dia orang ...
Dan perjalanan di teruskan .   Kita akan memasuki Taman Negara Waterton ... tunggu sambungan nya.

4 comments:

  1. Nice sharing Hj 👍👍🙏

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kerana sudi datang Tuan Properties !!!! (Save kan satu rumah cantik utk saya yaaa)

      Delete
  2. Allah izin cantik tempatnya.. memang puas mata memandang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maha Suci Allah ... indah ciptaannya ...

      Delete