Showing posts with label SUMMER. Show all posts
Showing posts with label SUMMER. Show all posts

Sunday, September 06, 2020

The Breathtaking view of Majestic Waterton National Park (Part 1 of 3)

Canada amat berbangga dengan Taman Taman Negara di bawah pengelolaan mereka. Taman Taman negara ini di jaga dengan baik dan banyak akta akta diwartakan semata mata untuk melindungi taman taman negara ini. 

Canada menggangap Taman Negara sebagai permata asli negara! Taman Negara ini di selenggarakan oleh PARK CANADA demi menjaga kecantikan semulajadi dan mendidik pengunjung untuk memahami, menghargai dan menikmati keindahan semulajadi tanpa merubah atau merosakkan integriti semulajadinya. 

Sesawang untuk Park Canada adalah seperti di bawah ini:


Kali ini saya akan membawa pembaca BLOG ini ke salah satu Taman Negara yang tersohor di sini, iaitu, Taman Negara Waterton. 

Maka Terimalaaaaaahhhhhh ........

Di bawah sesawang Park Canada , ada menceritakan yang Taman Negara Waterton ini betapa cantiknya Taman Ngeara ini di mana pertemuan antara Banjaran ROckies dan Alberta Praires. 

 "The prairies of Alberta meet the peaks of the Rocky Mountains in Waterton Lakes National Park. Clear lakes, thundering waterfalls, rainbow-coloured streams, colourful rocks and mountain vistas await hikers and sightseers. With an exceptional diversity of wildlife and wildflowers and a cozy little waterfront town to serve as a home base, Waterton packs a big natural punch into a relatively small and accessible area.


Di saran jua untuk membaca Laman Sesawang My Waterton  di mana tersenarai pelbagai informasai dan apa yang menarik dan apa yg tertarik di sini.

Muqadimmah nya pun boleh membuat kita teruja ... "Waterton Lakes National Park is internationally known as one of the most beautiful destinations in the Canadian Rockies. And for good reason. Waterton is where the rolling prairies of Alberta meet the stunning Rocky Mountains and is filled with diverse wildlife, dozens of different wildflowers and some of the best hiking in North America. The town of Waterton Lakes National Park is the perfect destination if you're looking for adventure, fun and relaxation no matter what season it may be. 

Saksikan Video di atas di mana saya telah sempat merakamkan perjalanan saya ke sini.



Taman Negara Waterton ini lebih kurang 3 jam perjalanan dari Calgary.   Namun masa 3 jam itu tidak terasa langsung.   Di sepanjang perjalanan , kita di hamparkan dengan (kalau dari Calgary) hamparan hamparan Prairies .... Dan kepada yang pernah membesar di zaman 70an atau 80an , pasti telah menonotn Little House on The Prairies ... dengan Laura Ingalls .... maka sepanjang perjalanan ... boleh ler berangan seolah olah berada di ketika itu ... berlari lari bersama sama keluarga Ingalls !!!!

Kami datang awal bulan August , di mana Ladang bunga bunga Canola tengah rancak berbunga .   Sepanjang perjalanan , kiri kanan Highway kita boleh nampak sayup sayup kekuningan Ladang Bunga Canola.
Sudah tentulah kita akan teruja untuk bergambar di sini.   Boleh ler berhenti sebenatar untuk bergambar !!!
Apabila kita menghampir Crownest (sebuah pekan kecil sebelum tiba ke Taman Negara Waterton), kita boleh lihat di sepanjang jalan kincir kincir angin berceracak banyaknya !!!!  Memang teruja!
Berhenti kat tepi sat , nak ambil gambar kincir angin.
Kincir Angin, Ladang , berlatar belakangkan Banjaran Rockies .... memang Indah!
Lihatlah ......

Jalan lurus  , kereta pun tak berapa banyak , so memang boleh ler nak posing ker atau sambil baring baring.
Sayup sayup rumah dan ladang dia orang ...
Dan perjalanan di teruskan .   Kita akan memasuki Taman Negara Waterton ... tunggu sambungan nya.

Friday, July 03, 2020

Masak Apa Hari Ini ? BBQ Chicken Wings

Salah satu keunikan duduk di Negara Empat Musim, ialah makanan dia pun ikut musim gak !!!  Musim panas amat terkenal dengan musim BBQ !!!  Boleh di katakan hampir setiap rumah ada set BBQ mereka tersendiri!

Kalau dah sebut set BBQ nih, ada yang canggih manggih harga sampai beribu riban !!!  Tapi since aku nih kan orang yang tak suka membazir, so ala ala beli set BBQ yg paling simple dan murah ... asalkan boleh ber BBQ , Alhamdullilah !!!

Kan sekarang tgh viral dan glamour pasal MASAK APA HARI INI kan , so dengan itu ....


Maka Terimalaaaaaahhhhhh .....


Buat simple simple .... BBQ Chicken Wings.   Kalau orang sini, buat BBQ amat berbeza dengan orang Malaya.  BBQ sini simple jer marinate dia ... tak macam kita bubuh pelbagai bagai ... dengan bawang ler , bawang putih, halia , serai dan macam macam lagi.   Sebab kita kan ala ala senantiasa sibuk gitu, maka perap pun ala kadar jer .... janji ada rasa !


Guna nih jer ... Madu, Rempah Steak dan sebab aku suka rasa Italian ... buat Italiano spice !


Oh ya ... jangan lupa MINYAK ZAITUN jugak ... kat sini minyak zaitun harganya ala ala mampu belu gitu, maknanya semua orang guna minyak zaitun utk masakan ... tak mahal ler ... dan aku seperti biasa, memang suka beli kat COSTCO jer ....


Inilah set BBQ aku yang dah berjasa hampir 10 tahun tapi tahan lagi ... ALHAMDULLILAH !!!   Mula mula kita kasi PANAS dulu !!!!


Kemudian susun atur sayap tuh cantik cantik untuk mereka kena bahang panas api tuh ya ....


Dah tuh, boleh ler tgk tgk apa jiran jiran kita buat hari nih sambil dengar MILA membebel kat sebelah.


Sambil menunggu , kalau tak nak dengar MILA membebel ... buat air dan duduk duduk rehat tengok Jaxton main main ....


Susah gak nak ambil gambar nak buat kerja yaaaa ... hahhahaha  then kita kena ler layerkan wings kita tuh ngan sos ker atau apa apa perasa yg kita suka sebelum kita balik kan Wings tersebut.


Semua sayap dah di salut rata ...


Boleh ler di balikkan ... agar masak sekata ....


Dan jangan lupa salutkan juga bahagian yang baru di balikkan nih  ...


Tujuan kita salut pun supaya jgn dia kekeringan ... sebab wings sedap kalau dia juicy juicy nih ! ... Aku bubuh gak minyak zaitun dalam sos ... supaya dapat pembakaran yang sekata !


Inilah hasilnya .... so boleh ler makan utk kami sekeluarga ....  kena makan waktu panas panas baru sedap !!!!  Since kami nih tekak Melayu, so kami makan dengan nasi ... baru rasa puas dan kenyang ....

Senang kan ... so boleh cuba !  Pasti menjilat jari !!!!!