Maka Terimalaaaaahhhhhhh ...............

Video Clip pasal Ikan yang garang .....
Another Video .......
Terimalah apa yang telah dirakamkan melalui lensa digital kamera ku .... Walaupun hanya sekeping gambar yang tidak mampu berkata kata, tapi ianya mampu untuk menyampaikan maksud yang tersirat dan tersurat ... Maka Terimalaaaaahhhhh .......

Kami datang kembali ke Pantai Al Hasi ... kali ni dengan rombongan dari Mekah pulak. Ada 25 buah kereta semuanya ikut serta pada rombongang kali ini ..... dan Alhamdullilah, kali ini, tempat yang kami buat port tuh, masya Allah ... ikan ikan dan coral coralnya .... Subhanallah ... ammmmaaattttttt cannntttikkkkk sekali.
Pelbagai jenis species ikan yang berwarna warni ada ...... and kali ini jugak kami bercamping agak lama di sini ... iya ler sebab ada jugak yang bermalam di sini. Malangnya (malang ker nasib baik?) aku tak dapat nak ikut serta bermalam, sebab mempunyai tetamu dari Rabigh ... so kena ler layan tetamu kaaaaannnnnnn
Nur Qamarul .... dia pun turut serta jugak ... dan sempena musim cuti sekolah ni (sekolah , university kat Arab , sekarang ni tengah bercuti selama seminggu), dia akan tinggal kat rumah aku ... maklum ler ala ala dah jadi anak angkat gitu kaaan hehehehe ... anyway, dia pun rajin gak, siap pergi mengajar sana sini lagi sempena dengan cuti sekolah nih!!!
Kali ni sahaja ajer aku guna bentuk mosaic gambar gambar nih .... ialah ler sebab kalau letak satu satu, takut terlalu congested dan banyak lak ..... since kat fd Flickr Toys ada macam macam mosaic yang boleh di buat, aku pun main main ler .....
Aku memang agak terpegun dengan collection ikan ikan yang ada kat Laut merah nih .... rasa macam nak ambik scuba diving ajer balik ... tapi mmmmm aku tak leh nak ambik , sebab telinga aku tak berapa elok lagi .... operation ari tuh tak menjadi .... nak buat lagi sekali operation, mungkin tidak kot ... sebab ada seram nya kat sini hehehehehhee
Coral coral kat tempat picnic kami nih memang banyak dan cantik ... walaupun tempat picnic tuh tak ler cantik mana , sebab tak ada pokok pelbagai ... (And Tandas pun tak ada !!!)
Aku memang asyik dengan ikan ikan yang pelbagai warna dan rupa nih ...... aku boleh leka mengikuti mereka ..... memang aasssyyyiiikkkk (dan tak ada kena mengena dengan dangdut mana mana yaaa)
Coral coral yang pelbagai rupa dan bentuk ....
Koleksi karang karang di Laut Merah ....
Zuraili dan anak anak dia .... diver malaysia dia laut merah gitu ..... dan semua ini aku ambik dengan mengunakan camera yang tak ada jenama ... harganya SAR 400 ajer .....