Monday, May 16, 2011

Farewell Party For Jamal Baksh

Semalam, iaitu pada 15 May 2011, Company kami telah mengadakan majlis perpisahan , farewell party, untuk Jamal Baksh. Dia berhenti / bersara (aku pun tak faham sangat, ada yang kata dia berhenti dan ada yang kata dia bersara) setelah berkhidmat sekian lamanya ....

Majlis telah di buat di YANSAB Recreational Center kat Camp 4. Jamal ni aku kenal ler , sebab selalu bersua dan bercerita. Dia ni suka akan buah buahan tempatan Malaysia seperti Durian, Manggis, Rambutan, dan sebagainya ...

Maka Terimalaaaaaahhhhhh ........

JF 059
Jamal Baksh ... Yang unik tentang dia ialah matanya ... matanya warna light kelabu gitu ... Ini adalah warna matanya yang asli, tanpa contact lens tau!

JF 025
Majlis di buat di Yansab Recreational Center kat Camp 4. Inilah kolam renang tempat aku selalu berenang dan exercise (iya ... pada suatu masa dahulu ... aku rasa dah nak dekat setahun lebih aku tak berenang atau exercise!)

JF 022
Majlis di buat secara makan bertalam ... dalam satu hidang ada 5 orang.

JF 065
Iya .. mempersembahkan .... LAHAM MANDIIIIII ... adalah makanan utama!!! Aku suka part perut muda yang di pintal pintal tuh!!! Memang puas ler makan daging kambing (and kambing adalah my favorite ! Alhamdullilah)

JF 062
Mula mula aku nak duduk kat sini, tapi tgk hidangan kambing dia tak mengancam , aku move kat hidangan yang di atas tuh ... hehehehehe

JF 063
Nasi satu talam, ada salad dan ada yogurt serta air gas .... nikmat!!! Jemput makan yaaaa (I mean makan Laham Mandi ler ....)

JF 023
Unutk pengetahuan semua, kalau di Saudi ni, tak sempurna majlis atau acara tanpa KEK! KEK adalah salah satu item yang WAJIB gitu! Baik Majlis Hari Raya, Kawin, Kegembiraan dan apa lagi (Oppsss majlis Hari jadi tak ada di Saudi heheheheh)

JF 066
Allloooooo kalau SATU TALAM tuh mana ler nak habis ... tetambah lak lagi yang makan orang orang kita lak ... since aku duduk ngan Fadeli, dan ada lagi sorang Mamat dari Sudan , maka inilah lebih kita orang! Sayang sangat! Aku memang dah tak leh nak GO dah ....

JF 084
Tapi jgn risau ler bab bab pembaziran nih. Sebab menurut empunya cerita, setiap kali selepas apa apa majlis sahaja, makanan yang tak habis ni selalunya di beri kepada mereka mereka yang susah ... so kira macam tiada pembaziran dalam erti kata sebenarnya ler ...

JF 020
Ini adalah Mohamad Al Amoudi, kira macam boss besar aku ler .. dia ni kita orang punya L3.

JF 061
Aku dan Fadeli ... kat department ni, cuma ada tiga orang anak Malaya ... Hafiz balik Malaya cuti ... so tinggal kami berdua ajer ...

JF 082
Sami Sulami, one of the Engineer kat PD. (Bukan Port Dikson tapi Project Development). Dia ni kira macam cikgu Bahasa Arab aku ler. Dia begitu bersemangat mengajar aku Bahasa Arab. Dan dia akan bertutur bahasa Arab dengan aku. Dan faham faham ajer lidah pelat aku nih kaann... Asyik berlatih nak sebut hurf supaya biar betul sebutan dan makhraj huruf tersebut!

JF 030
Saleh Al Harbi ni kira macam jiran aku kat Opis ler ... bilik dia ngan bilik aku bersebelahan ajer ... and kami satu department ... Dia Buat Cost Estimation dan Buat Planning. Selalu ler kita orang berbincang masalah Negara dan Dunia masa kini ....

JF 029
Faris Dajam. Dia ni kalau kat PETRONAS macam HPS ler ... dan aku percaya, one day nanti , dia akan jadi orang besar SABIC, Insya Allah. Anyway, dari aku borak borak nagn dia, ayah dia Pilot so dia macam dibesarkan di California gitu ....

JF 028
Ini Cashier kat Kantin Ibn Rushd. Dia ni baby face dan mempunyai Lesung Pipit!

JF 024
Server kat Kantin Ibn Rushd. Dulu kerja kat Penang, so dia boleh ler faham sikit sikit Bahasa Melayu dan Bahasa Mandarin.

JF 060
Jamal bersama sama cenderahati yang dia dapat ...

JF 071
Majlis potong kek selepas makan ...

JF 081
Sheikh Attar .. dah berkhidmat di Saudi ni lebih dari 20 tahun!!! Dia datang dari India.

JF 074
Faisal , Engineer kat PD gak ...

JF 075
Salah seorang designer ... yang amat meminati CARMEN SOO ... aku pun tak kenal ... mula mula aku datang sini, dia tau ajer aku dari Malaysia, terus tanya aku kenal tak ngan si Carmen Soo nih! Allloooo ... aku ni peminat SITI NURHALIZA dan ZIANA ZAIN dan SHARIFAH AINI dan OGY dan ... Siapa itu Carmen Soo??? Magistrate ? Lawyer? ....

JF 002
Another old timer ... dia dulu pernah kerja di JB dan Spore. Dan bebaru ni, dia kehilangan isteri tercinta. So skg ni dia menduda.

JF 091
Eli .. salah seorang designer kat sini. baru dapat baby tapi isteri dan baby di Filipina.

JF 003
Satu satunya wanita yang hadir di dalam majlis ini

JF 037
Gambar beramai ramai sebelum pulang ....

People who served
Since aku dah seronok main ngan mosaic nih, maka inilah gambar gambar orang yang melayan kami pada malam itu.

Jamal Baksh Farewell Party
Ini adalah orang orang tempatan

People at Jamal Baksh Farewell Party
Bukan orang orang tempatan

Eli
Eli

Wajah Wajah yang Hadir
Semua yang Hadir ....

Nota Kaki - Majlis majlis di sini tiada pasang lagu lagu ....

Tuesday, May 10, 2011

UN Day di YIS

Pagi ni bila aku bangun tidur, kepala rasa berdenyut denyut pening .... ni kat tempat kerja pun kepala masih pening yang amat banget!!!

So mintak tolong orang urutkan kepala, and then telan panadol , and then cakap kat Boss, I am not feeling well ... and then update BLOG untuk hilangkan pening ...

(Iya ler, aku ada banyak kerja , tapi aku rasa kalau aku buat kerja aku, sure bertambah pening. So just cakap kat boss, I am not feeling well ajer ...)

Apa apa pun, pada minggu lepas, yakni pada 04 May 2011, sekolah anak aku ada mengadakan UN Day, ala macam International Day waktu kat University dulu ler .... so since dah ramai anak anak Malaysia yang belajar di sana, maka, ada ler Malaysia buat booth. Sibuk ler orang orang rumah bermesyuarat pelbagai ... ialah muafakat itu membawa berkat gitu kaaannn ...

Maka Terimalaaaaaahhhhhh........
(Masnor ... it is 6 a's with 6 h's and 8 dots heheheheee)

May 001
Snowwhite .. Kucing Jantan liar ... (iya tak ada kena mengena ngan UN Day di YIS pun). Aku ingat dia ni ler bapa kepada Pluto anaknya Kitty (sebab aku dah terserempak banyak kali dia dan Kitty), tapi since Pluto tak ada macam muka dia, so aku terpaksa ler kata dia bukan bapanya Pluto (Ujian DNA agak sensitive kepada sesetengah orang!) Snowwhite ni aku tengok betul betul macam Jojo ... Terasa rindu akan Jojo ...

May 002
Sementara nak menantikan Show start, muka Afiq ala ala masam masam gitu ... sebab dia dari kul 4 dah datang dah ... ikut ibunya kemas booth ... so pass tuh air lak tak ada ... jadi macam dahaga ler tuh!!!

From Malaysia ... with Love
Show dimulakan dengan parade .. dua orang dari setiap negara akan naik ke pentas di iringi oleh Montage negara masing masing .... dan para peserta akan memberikan greeting dalam bahasa negara tersebut ... dalam banyak banyak tuh , cuma aku agak "TERTARIK" sebab ada this singaporean (aku tak kenal pun), dia orang India, tapi dia suruh anak dia bagi greeting "Ni Hao Ma" ... Why? I don't know ... Nanti aku tanya sama itu Hud Hud ...

With a message ... Spread the Love
Wakil dari Indonesia pakai baju kebaya ...cantik sangat kain yang digunakan ... kalau nak buat pakaian pengantin pun sesuai dengan material yg digunakkan ... Cuma Montaj dari Malaysia, aku rasa banyak tempat yang aku tak pergi lagi di Malaysia ... sebab aku tak pernah dengar pun nama nama kampung yang di bubuh tuh ehhehehehe

We bring Love
Antara nya ... pengacara , dan lain lain ....

On Stages
Bila semua negara dah persembahkan montaj, ramai ramai naik ke pentas ... tapi aku memang kalau indoor photography nih agak lemah sikit ... bab bab lighting nih!!! Tapi semangat Alia !!! Seronok tengok!!! Pass tuh ada persembahan ... Aina pun ammmbbooiiiii .... Semangat !!!! Sure Aina lepas ni bila belajar kat malaya akan rasa something missing ... sebab cara American School and Malaya School amat jauh berbeza ...

May 051
Selepas persembahan pentas, dia ada makan makan dari makana seluruh dunia gitu .... Ini roti dari Saudi Arabia ... actually aku dah duduk kat 3 tahun lebih dah ... aku pun belum rasa lagi roti nih hehehehhee

May 050
Ini lampu dari Sri Lanka ... dia orang kan ada Hindu dan Budha serta Islam (Islam tak ramai).

May 049
Pizza dari Lubnan ... cikgu Afiq siap korek gigi lagi kekenyang ler tuh makan pizza. Tapi aku personnaly tak suka sangat pizza nih ...

May 046
Tak ada bunga manggar tak sah ler kannn ... Booth dari Malaysia ... dapat kat corner lot lagi ... sure kalau Mamak Restaurant akan suka ... sebab dia orang punya favaorite mesti kedai kat corner lot gitu!!!

May 047
Rajin orang Malaysia nih ... Kay siap buat Laksa lagi .. aku pun bedal ler laksa dalam dua tiga mangkuk ... tapi berlakun ler , nak kasi kat Afiq ler , Iman ler ... tapi semuanya masuk kat perut aku gak ... Macam macam ada ... ada pulut kuning ler ... bunga telur ler ... and dodol pun ada (of course ler promote sikit ... bini aku yang "buat" ) kuih muih pelbagai jenis dan rasa ... memang kenyang ler (Aku tak gi pun makan kat gerai gerai lain ... except pergi kat kat gerai Indon, rasa mee dia ... !!! Enak sekali Dong!!!)

Happy Faces During the UN Days at YIS
Wajah wajah ceria dari seluruh dunia ... suka aku tengok pelbagai warna dan corak ... (Aku ni bab bab cultural nih memang minat!!!)

Syafiq and Ms Raeda, JK Teacher
Gambar Afiq ngan Cikgu Raeda dia .... suka lak aku tengok pose nih ... so aku framekan ... hehehhehehee

Lega ... pening kepala pun dah beransur hilang ... so aku nak sambung buat kerja ... sebab tadi aku cuma cakap kat boss nak rehat kejap ajer .... Alhamdullilah ....

Tuesday, May 03, 2011

Kehidupan dan Kematian ....

Hidup lawannya mati .... dalam minggu ini, ada dua kejadian kematian yang ada kena mengena dengan orang yang aku kenal ... seorang ialah Yaqoob Ali (aku tau dia kerja kat YANPET ajer) dan seorang lagi ialah Osama Bin Laden (Aku tau Bin Laden Groups ajer) ...

Kisah Yaqoob amat menyedihkan hati, menemui ajal sewaktu nak pergi kerja , kereta datang rempuh dia di persimpangan jalan walaupun waktu itu lampu hijau buat Yaqoob. Dia meninggalkan seorang isteri yang sedang mengandung dan dua orang anak yang masih kecil , umur dalam 10 dan 7 tahun. Aku ke sembahyang jenazah dia di Masjid Umar Abd Aziz di Al Nakheel ... sedih gak tengok anak dia di peluk dan dicium orang sambil nangis nangis ... of course sebab ni kat Saudi, so yg perempuan tak ada ler ... hatta ke kubur sekalipun pun ....

Kisah Osama Bin Laden lak, tak tau samada betul ker tak ... sebab aku sendiri pun tak pernah mengenali si Osama nih .... so susah aku nak comment ... aku pun tak dapat nak ikut serta pergi sembahyang jenazah dia, sebab message yang datang pun dah lewat, kebetulan aku pun agak sibuk.

Apa apa pun, Innalillah wainnalilahi rajiun buat mereka berdua. Muga Allah mengampunkan dosa mereka dan di tempatkan mereka di kalangan orang orang yang beriman dan bertaqwa.

Maka Terimalaaaaaahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh ...................

(Gambar gambar berikut tiada kena mengena dengan Arwah Yaqoob maupun Arwah Osama ...)

Nurul Iman
Iman agak kehairanan pada pagi minggu yang lalu ... ya ler .. tetiba ajer dia temgok aku bawa camera aku ke sana ke mari ... maklum ler dah lama aku tak main ambil ambil gambar nih ... Iman ada lazy eyes .... tak tau sampai bila.

Pluto The New Kitten
Misi aku pagi tu ialah nak ambil gambar si Pluto, anaknya si Kitty. Kitty muda muda lagi dah jadi ibu , ibu tunggal lak ... sebab aku tak tau siapa bapa si Pluto. Nak kata Snowwhite tak mungkin, sebab Snowwhite putih melepak.

Pluto The New Kitten
Actually ni macam pose yang sama ... tapi yang ini aku tak crop dinding batu bata tuh ... saja saja nak tengok perbedaan dan kelebihan di dalam cropping gambar ...

Zig Zag
Actually nak ambil gambar Ziq Zaq ... tapi terfokus kat pokok depan dia ... so Zig Zaq jadi blur blur gitu ....

Zig Zag
Ini baru dapat ambil gambar Zig Zaq ....

Pluto the Scarry Kitty
Wajah comel dan ayu Pluto ... aku tak sure akan jantina Pluto buat masa nih, sebab aku tak check lagi. Tapi rasanya Betina sebab dari tompokan warnanya.

Pluto is nursing
Tengah menyusu pun aku snap snap .... Kitty hanya menyusu badan untuk Pluto, tiada minuman susu tambahan diberikan kat Pluto. Dia kata (Kitty ler), susu ibu adalah terbaik untuk bayi.

Bonding
Inilah Kitty , si Ibu Muda, Tunggal lagi lak tuh .... mula mula aku risau jugak ... sebab dia dapat anak tiga orang, seorang terus hilang ... tinggal lagi dua ... pass tuh tinggal Pluto ajer ... Aku takut Kitty tak pandai nak menyusu atau jaga anak dia, sebab dia muda lagi. Alhamdullilah, Kitty seorang ibu yang penyayang .....dan pandai jugak dia jaga anak.

Roman Bud / Pomogranate Bud
Since dah bawak keluar camera, so aku pun pusing pusingkan badan ambil gambar kat sekeliling rumah .... ini putik nya buah Delima. Delima adalah di antara buah yang memang aku suka ler ...

Ghaz 10
Yang ini dah nak jadi buah dah ..... Insya Allah dalam dua bulan dapat ler aku tuai hahahahhahaa (ntah ntah tak sempat ....)

Ghaz 11
Pandangan depan lak ... tapi slightly blur sebab ada angin tiup kaaannn ....

Ghaz 9
Pandangan sisi kiri lak .... so teringat waktu kat sekolah dulu ... nak buat isometric ... dari tiga sudut ... kemudian combine kan ....

Ghaz 14
Alhamdullilah, pokok pandan ni boleh hidup dan agak segar. Siap ada anak anak lagi. So kepada yang di Yanbu kalau nak anak pandan, datang datang ler ziarah aku kat sini yaa ....

Ghaz 13
Pokok serai yang segar lebat di samping pokok selasih. Dan kalau nak sebatang dua serai kalau emergency tuh, drop drop by ajer ....

Ghaz 20
Ada dua tiga rumpun serai kat rumah nih. Alhamdullilah. Sebab serai kalau kat Panda tuh mau cecah SAR 55 sekilo! Tapi kalau kat kedai Indo dalam SAR 20 ke SAR 25 sekilo.

Pucuk Ubi
Pokok Ubi pun ada .... rasanya Ummi Wafa yang kasi kat wife aku batang ubi nih .... tanam jadi ler pulak ... Alhamdullilah

Pucuk Ubi / Daun Ubi
Kenapa ada daun ubi lebar dan daun ubi tirus eh? Sapa tau?

Hibiscus Bud
Walaupun duduk di Padang pasir yang kering kontang, namun tetap gigih juga menanam pokok bunga bungaan ...

Hibiscus- Bunga Raya
Iya ler ... walaupun jauh, namun Bunga Raya, bunga Kebangsaan tak di lupakan ...

Bunga Raya
Aku perhatikan pokok bunga raya aku mudah di serang ulat ulat putih tuh ... walaupun aku basuh dengan air, tetap dia akan datang balik!!

Ghaz 8
Ini Ust Abd Moin Abd Nasir ... graduan University Islam Madinah. Dah nak balik Malaya dah .... Masya Allah, bagus Ustaz ini berceramah dan mengupas satu satu topic ... nampak very matang sangat!