Saturday, December 10, 2011

Gerhana Bulan - Moon Eclipse - 10 Dec 2011

Malam ini, iaitu pada 10 Dec 2011 ... terjadi Gerhana Bulan Penuh ... dan ianya adalah yang terakhir untuk tahun 2011. Dan Gerhana bulan kali ini boleh di katakan boleh di lihat di seluruh dunia ...

Tidak kecuali di Saudi juga ... sebaik sahaja selepas Solat Maghrib ... kami telah dapat menyaksikan Gerhana Bulan ... dan di kebanyakkan masjid masjid jamek, di adakan solat sunat Gerhana.

Dan gerhana selesai sebaik sahaja masuk waktu Isyak ........

Maka Terimalaaaaaahhhhhh ........

IMG_2615
Gerhana boleh di nampak dengan mata kasar sebaik sahaja selesai solat Maghrib.

Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0856.
Dari 'Aisyah r.a., isteri Nabi saw., katanya: "Telah terjadi suatu gerhana matahari pada masa hidup Rasulullah saw., lalu beliau pergi ke masjid. Di sana beliau berdiri dan takbir (melakukan solat gerhana). Sedangkan orang banyak berbaris di belakang beliau. Rasulullah saw. membaca bacaan (surah) yang panjang. Kemudian beliau takbir dan rukuk lama-lama. Kemudian beliau mengangkat kepala (i'tidal) sambil membaca 'Sami'allahu liman hamidah, Rabbana walakal hamdu..' Lalu beliau berdiri, dan sesudah itu membaca ayat yang panjang-panjang, tetapi tidak sepanjang bacaan yang pertama. Kemudian beliau rukuk pula kembali lama-lama, tetapi tidak selama yang pertama. Kemudian beliau i'tidal sambil membaca "Sami'allahu liman hamidah. Rabbana walakal hamdu," sesudah itu beliau langsung sujud. Kemudian pada rakaat yang lain beliau lakukan pula seperti itu, sehingga jumlahnya empat kali rukuk dan empat kali sujud. Dan matahari telah terang kembali sebelum beliau selesai solat. Kemudian beliau berdiri dan berkhutbah di hadapan orang banyak. Mula-mula beliau memuji Allah menurut mestinya. Sesudah itu beliau bersabda: "Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua bukti di antara sekian banyak bukti tentang kebesaran Allah. Keduanya tidak mengalami gerhana kerana kematian atau kelahiran seseorang. Kerana itu apabila kamu melihatnya gerhana, maka segeralah pergi solat. Solatlah sehingga Allah memberi kelapangan (cahaya terang) kembali kepada mu. Sabda beliau selanjutnya, "Aku telah melihat di tempatku ini segala yang dijanjikan Allah kepada mu (mengenai syurga dan neraka). Sehingga aku bermaksud hendak memetik buah-buahan syurga; ketika kamu lihat aku menjangkaukan tangan ke depan. Aku juga melihat neraka jahanam, di mana satu sama lain saling memusnahkan, iaitu ketika kamu lihat aku mundur ke belakang. Dan aku melihat juga di neraka itu Ibnu Luhay, yakni orang yang mula-mula mengadakan Sa-ibah (korban unta untuk berhala).

IMG_2616
Bukan lah mudah untuk mengambil gambar bulan ... ni terpaksa guna ISO tinggi , yang mana, menyebabkannya agak grainy ...

IMG_2631
Selepas 20 minutes ...

Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0859.
Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Bahawasanya Nabi saw. pernah solat gerhana, enam kali rukuk dan empat kali sujud (dalam dua rakaat)." Syurga dan neraka diperlihatkan kepada Nabi saw.

IMG_2627
Bulan akan kembali penuh ...

Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0553.
Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Nabi saw. mengeraskan bacaannya ketika solat khusuf (gerhana bulan). Setelah beliau selesai membaca, beliau mengucapkan takbir, lalu rukuk. Dan apabila beliau bangkit dari rukuk, beliau mengucapkan: Sami 'allahu liman hamidah. Rabbana wa lakal hamdu. (Maha mendengar Allah akan orang-orang yang memujiNya. Wahai Tuhan kami! Hanya untuk Mu lah segala pujian)." Kemudian beliau mengulangi bacaan. Dalam solat Kusuf, terdapat empat kali rukuk dan empat kali sujud dalam dua rakaat. "

IMG_2656
Sebenarnya warna bulan agak terang ... tetapi aku mengambil under exposure supaya boleh nampak detailnya.

IMG_2658
Bulan kembali penuh selepas solat Isyak

Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2424.
Dari Muhammad r.a. katanya : "Pada suatu ketika para sahabat berlumba cepat saling mengingatkan (berdiskusi): Manakah penduduk syurga yang lebih banyak lelaki atau perempuan?" Kata Abu Hurairah. "Bukankah Rasulullah saw. telah bersabdakan bahawa rombongan yang pertama-tama masuk syurga mereka bercahaya-cahaya bagaikan bulan purnama. Sesudah itu (rombongan) yang menyusul bagaikan bintang gemerlapan di langit. Setiap lelaki mempunyai dua isteri yang keduanya mempunyai betis tembus pandang sehingga kelihatan jantung betisnya bahagian dalam. Dan di dalam syurga tidak ada lelaki yang membujang."
IMG_2660
Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0591.
Dari Jarir bin 'Abdullah r.a., katanya: "Pada suatu ketika, kami duduk-duduk dekat Rasulullah saw. Tiba-tiba beliau menengok ke bulan purnama, lalu beliau bersabda: "Ketahuilah! Sesungguhnya kamu akan melihat Tuhan mu kelak seperti melihat bulan purnama ini, tanpa ada yang menghalangi untuk melihatnya. Kerana itu janganlah kamu lalaikan solat sebelum matahari terbit (solat Subuh) dan solat sebelum matahari terbenam (Asar). Kemudian Jarir membacakan ayat: "Wasabbih bihamdi rabbika qabla thulu'isy syamsi wa ghurubiha." (Thaha:130)

The Moon Eclipse


2 comments:

  1. nice shot... betul tuh. Bukan senang nak shot
    gambar bulan yang jauh..

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Nur ... menarik sekali artikel how to be happiest person ... tak habis baca lagi .. tak sempat.

    ReplyDelete