Saturday, July 07, 2012

Santai di Pagi yang hening

Satu kebiasaan yang sering aku lakukan ( kalau dah kebiasaan, tentulah ianya sering dilakukan, kaaann) apabila berada di Mekah, ialah seusai solat Subuh dan jenazah, dan andainya tiada halangan, aku akan mengerjakan tawaf Sunat tujuh pusingan Baitullah.

Di kala tiada ramai jemaah, ianya mengambil masa kurang dari setengah jam. Namun pada hari hari jemaah ramai, biasanya ianya memakan masa dalam 45 min ke sejam.

Selepas solat sunat tawaf, biasanya aku akan menunggu matahari naik untuk mengerjakan solat Dhuha pula. Dan sementara menunggu nunggu ni, aku gemar menikmati suasana pagi yang permai. Suasana yg damai dan tenang. Tidak terucap atau terlakar dek kata kata maupun gambar.

Alhamdullilah kerana diberi Allah akan nikmat dan kesempatan ini. Alhamdullilah.

No comments:

Post a Comment