Thursday, April 28, 2011

Ziarah Taif March 2011

Since mood nak update blog tengah berkobar kobar, so pada minggu yang tenang ini , aku pun nak ler cite satu kisah .... bukan kisah politik , atau pasal video atau pasal Haji Hadi (terbaca dalam STAR hari ni pasal Video dan juga kisah Hj Hadi) .... kisah mengenai Ziarah kami ke Taif yang telah dikendalikan oleh para pelajar Mekah under UQ ProTeam ..... memang puas hati ler dengan segala urusan nih ...

Nak promote sikit, andainya, sesiapa yang nak ke Mekah / Madinah , dan inginkan perkhidmatan dari segi urusan hotel dan Ziarah serta majlis pengisian ilmu, memang aku syorkan untuk berhubung ngan UQ PRO TEAM nih .... Mereka memberi perkhidmatan yang berkualiti serta mereka juga arif dan berilmu di dalam bidang yang mereka sampaikan .... iya ler mereka nihj kannya rata rata belajar di Umm Qura Univ (kalau di Mekah) dan Univ Islam Madinah (kalau di Madinah) kaaaannn ...

Maka Terimalllllaaaaaahhhhhhhhhhhh .......... (Aku pun tak sure ejaan yang aku guna untuk terimalah , samada consistent atau tak )

Ziarah Taif 1
Untuk sampai ke Taif, dia ada beberapa jalan masuk ... samada hendak melalui bandar Taif dahulu ataupun masuk ikut Al Hada , sebuah pusat peranginan ala ala Genting Highland di Malaya ... (Al Hada tak ada Casino, Judi dan Arak ... tapi ada taman permainan ...) KAMI BENCI JUDI!

Kami bertolak dari Yanbu lepas kerja , so langsung terus masuk ikut Mekah dan lalu ring roadnya dan keluar kat Kudai and terus menuju arah Arafah ... sebelum sampai Arafah, ada exit utk ke AL Hada ... memang cantik dan canggih jalan melalui lereng lereng gunung nih.

Ziarah Taif 2
Dah sampai kat Puncak ... nampak sayu[p sayup Mekah .... dari sini timbul pertanyaan atau detil hati, apakah Rasullullah SAW dulu sewaktu beliau keluar ke Taif untuk berdakwah kepada pendiuduk Taif melalui lereng lereng gunung ini? Apakah lereng lereng gunung iini di lalui oleh Halimatun Saadiah sambil mendukung Baginda utk di bawa ke Taif? Wallahu Alam ... aku pun tak tahu ...

Ziarah Taif 4
Sampai di Taif dalam pukul 9.30 malam gitu ... since UQ Pro Tream dah arrange semua, kami terus sahaja ke Hotel yang telah di tempah ... since Taif di atas kawasan pergunungan , cuaca di sini jauh lebih dingin dengan Makkah .... so agak seuk ler sikit. Sampai kering kering bibir gak ler hehehhehehe

Ziarah Taif 5
Kami dari Yanbu datang dalam beberapa keluarga ... ramai juga yang batal di saat saat akhir di sebabkan panggilan tugasan .... Irfan anak Hj Zuraili ... sama baya ngan Afiq ... so dia orang ni macam kawan baik ler ... pass tuh satu sekolah lak ... dan dalam satu kelas lak (iya ler dah cuma ada 11 orang murid tak kan ler kelas lain lain lak kannnn)

Ziarah Taif 6
Pagi pagi lepas sarapan, aku menaiki bas yuang telah di aturkan oleh UQ Pro Team untuk memulakan sessi ziarah kami .... Stop kami yang pertama adalah di Istana Lama Shubra. Istana yang di bina zaman kerajaan Othmaniah. Tiada waktu Zaman Rasullulah SAW dulu ... Raja Saudi dulu guna Istana ini sebagai IStana hinggap kalau mereka ke Taif. Sekarang ni dah jadi Museum ... tapi waktu kami pergi , Museum tak bukak pun! Ni ler salah seorang UStaz dia ... Ust Aswadi ....

Ziarah Taif 7
Biasa ler , kalau dah datang, so cuba ler gambar gambar dari pelbagai sudut agak terserlah keunikan sesuatu object tuh ..... tapi aku ni kan nya ala ala amateur ajer dalam bidang photography, so kena ler terus mencuba dan mencuba ...

Ziarah Taif 8"
Di bahagian hadapan ... aku suka akan design bidai/tingkap Arab nih ...nampak unik sangat .... seni ukir dia cantik dan macam tahan lama ajer .... so kepada yg minat Bali style tuh, aku cadangkan cer tengok tengok design tingkap Arabia nih ....

Ziarah Taif 9
Ini lak pintunya ... begitu sarat dengan ukiran nya .....

Ziarah Taif 10
Group photo .... di hadapan Istana Shubra

Ziarah Taif 11
Kalau tadi yang lelaki ... ni yang wanitanya pula ...

Ziarah Taif 12
Perhentiannya seterusnya adalah Masjid Kouk atau Siku ... nama di beri kerana menurut cerita, apabila Rasullulah datang ke Taif dan berjumpa dengan pembesar pembesar Taif, mereka masing masing menolak apa yang di bawa oleh Rasullulah SAW ... malah Baginda telah di di hina dan di baling dengan batu batu kecil di sepanjang perjalanan oleh anak anak muda Taif ... sampai berdarah darah dan kesakitan .... maka apabila Baginda tiba di sini, di katakan ada yang cuba menolak batu besar tersebut utk di gelincirkan atau di golekkan ke arah Baginda ... namun di katakan batu tersebut tersekat di situ .... (Waktu tu memang ler tak ada masjid di sini , tapi menurut cerita , orang Arab, setiap tempat yg bersejarah ataupun significant akan di dirikan masjid sebagai tanda)

Ziarah Taif 13
Ini adalah salah satu Masjid berdekatan dengan the Prophet Garden. Masjid ini dah tak di gunakan pun ... saja ajer nak bawa melihat .. kerana masjid ini di bina selepas masa Rasullulah SAW ... di bina menara yang tinggi dan muazzin akan melaungkan Azan dari menara ini untuk memanggil para petani dan penduduk di sekitar untuk mengerjakan solat .... so dulu mana ler ada loudspeaker and mana ler ada orang orang yg nak hantar petition supaya Azan tak di laungkan dengan loud speaker waktu subuh kaaannnnn ....

Ziarah Taif 14
Di beritahu bahawa menara ini masih di dalam bentuk atau keadaan nya yang asli atau asal ....

Ziarah Taif 15
Dari menara ini, dapat kita melihat suasana atau pemandangan Bandar Taif Lama ... Taif ni agak subur gak ...

Ziarah Taif 16
Suasana hijau ... memang seronok atau sejuk mata memandang ....

Ziarah Taif 17
Dalam gayat gayat nak naik menara tuh, Aisyah telah berjaya sampai ke puncak nya ... so sebagai "I was Here" punya momento ... tak perlu nak tulis tulis di dinding kan ... just capture it!

Ziarah Taif 18
Inilah seni binaan nya ... ikatan batanya agak kemas (dulu waktu kat TIKL, aku siap belajar nama nama ikatan bata ni tauuuu!!!!)

Ziarah Taif 19
Dari menara Masjid ni, kami terus ke Prophet Garden ... tak jauh dari sini, cuma sepalaung ajer .... since aku tak dapat nak ambil gambar ladang anggur ... (sebab waktu tu bukan musoim anggu so pokok anggur pun tak ada!!!) gambar posing posing wife and Mama Bungas pun OK ler , tanda kenangan ... So tempat berehatnya Rasullulah SAW di ladang Anggur adalah berhampiran dengan Masjid putih tuh ... (kan aku ada mention, yg mana mana tempat bersejarah atau significant orang arab akan bina masjid)

Ziarah Taif 20
Now aku tau pasal apa aku tak snap snap gambar .. waktu ni Iman dah penat and dia ala ala meragam sikit ... so aku kena dukung dia ... dan berat badan dia boleh tahan jugak ler ... ala ala kalau aku dukung dia senantiasa, gym gym atau weighlighting nih tak yah aku buat dah ... but for sure muscle aku naik berketul ketul .... (Tapi tak ada pun muscle aku berketul ketul naik ... samada Iman tak cukup berat, ataupun aku yang tak cukup dukung Iman hahahahhaha)

Ziarah Taif 21
Kami semua kepenatan dah ke sana ke mari melihat kesan kesan sejarah di Taif ... maka dia orang pun bawa kami ke Pasar Segar Taif .... aku suka akan tomato nih .. macam mengeliurkan sahaja ... tapi aku tak beli pun ... sebab leceh nak bawak balik ek Yanbu kaaannnn

Ziarah Taif 22
Pandai jugak peniaga ni susun susun buah tomato dia ....

Ziarah Taif 23
Besar besar terung bulat dia ... aku pun lupa nak tanya apa orang Arab panggil terung bulat nih!

Ziarah Taif 25
Dalam berbagai pose terung ...

Ziarah Taif 24
Pekerja ni memintak aku ambik gambar dia .... so since aku membawa missi WORLD PEACE , aku pun ambil ler gambar dia .....

Ziarah Taif 26
Apabila hidangan air teh tanpa daun mint kaaannn ... mint memang ada di jual di mana ... tapi aku suka yang merah tuh Red Radish ker apa ker

Ziarah Taif 27
Warna warna keceriaan di Pasar .

Ziarah Taif 28
Dan pekerja ini juga ....

Ziarah Taif 29
Dan dia juga ....

Ziarah Taif 31
Hendak menuju semula ke bus, nampak orang jual carrot

Ziarah Taif 32
Penjual carrot tadi ...

Ziarah Taif 33
Pada petangnya kami ke kawasan gunung lak ... (di dah memang kawasan gunung kan ... nak gi gunung mana lak?) .. Salah satu puncak tertinggi di Taif.

Ziarah Taif 34
Beramai ramai ... (waktu ni kami dah letih sangat .... and waktu aku type nih , aku pun letih sangat sangat!!! Siap boleh lena lena sambil type ... ngannnntttuuuulklk ,,,,, tyupe pun dah salah salah nih) - Ni dah sedar dan bangun semula, tapi terlena jap

Ziarah Taif 36
Keesokkan harinya kami pulang semula ke Yanbu ..... ni ler keadaan gunung yang nak turun ke Mekah dari Al Hada ..

Ziarah Taif 38
Bye bye Taif ....






Tuesday, April 26, 2011

Ribut Pasir / Jerebu di Madinah

Pada 14hb April (Khamis) yang lepas, aku telah ke Madinah untuk menemui kedua ibubapa mertua ku yang telah datang untuk mengerjakan Umrah.

(Di mana pada hari ini juga ada kecelakaan telah berlaku kepada seorang pelajar Madinah hingga menyebabkan beliau meninggal duni di Al Hasi. - Alhamdullilah, beliau pun telah selamat di kebumikan di Perkuburan Baqi di Madinah pada 21 April selepas solat Jumaat)

Dari Yanbu cuaca masih cllleeaarr gitu ... tetapi apabila sahaja hendak menghampiri Madinah , suasana terus berubah ... menjadi kekuning kuningan dengan debu debuan)

Maka Terimaaalllaaaahhhhhhhhhhhhh ..................

Madinah 1
Visibility Jalan menurun ... memang tak nampak apa apa di hadapan , walaupun pada waktu tuh waktu tengah hari ....

Madinah 2
Aku berhenti seketika nak mengabadikan keadaan ini. Sebab walaupun aku dah duduk agak lama di sini, tapi rasanya ini aku tempuh jerebu/ribut pasir macam ni.

Madinah 3
Semuanya nampak samar samar ...

Madinah 4
Memang tak nampak sangat ... semuanya drive dengan hati hati ....

Masjid Nabawi Sewaktu Jerebu / Ribut Pasir
Keadaan di Masjid Nabawi sewaktu nak masuk solat ....

2011-04-14 15.56.11_edit0
Memang jerebu yang agak tebal .....

Bas Jemaah Di Madinah
Bas ni tak ada kena mengena ngan keadaan Ribut Pasir atau Jerebu ... saja aku suka akan keadaan atau bentuk bas nih yang agak unik gitu ....

Monday, April 25, 2011

Sepetang bersama sama Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

Semalam, 24 April 2011, kami di Yanbu berasa amat bertuah kerana telah datang tetamu dari jauh, iaitu Tuan Guru Haji Abdul Hadi Hj Awang bersama sama dengan Dr Ahmad Samsuri dan lain lain pengiringnya.

Tujuan utama kedatangan Tuan Guru adalah untuk mencari dana bagi menghadapi PRU 13 yang mana akan di adakan dalam masa terdekat ini. Di samping itu juga, ianya bertujuan untuk menyampaikan amanat serta informasi mengenai parti pimpinan beliau, yakni, PAS.

Alhamdullilah, ramai juga masyarakat Yanbu telah keluar untuk menyambut kedatangan beliau di samping untuk mendengar takzirah beliau dan juga untuk menyumbang apa yang termampu.

Maka Terimaaallllaaaahhhhhhhhhhhhhhhh ....................

Hadi 9
Haji Fadzil ... di antara tetamu yang hadir pada awal kedatangan Tuan Guru. Jadi pada sebelah petang , ada takzirah ringkas.

Hadi 7
Anak Haji Khuzz ... bersama sama rombongan Tuan Haji Abdul Hadi dari Madinah.

Hadi 6
Dr. Ahmad Samsuri MokhtarPolitical Secretary to The President katanya dalam kad nama dia ....

Hadi 5
Haji Hadi dalam berbagai pose .... pose keletihan adanya ... ialah ... perjalanan dari Dammam menuju Madinah kemudian langsung ke Yanbu dengan menaiki kereta .... kan penat tuh!

Hadi 1
Dalam pose tengah berfikir ...

Hj Abdul Hadi Hj Awang
Dan pose pose yang telah di mosaic ...

Takzirah petang Bersama Tuan Guru Haji Abdul Hadi Hj Awang
Ini gambar sewaktu petang .... terima kasih kepada Pak Loh yang telah bersusah payah nak ambil gambar nih ....

Sepetang Bersama Tuan Guru
Ini sewaktu program di sebelah malamnya ..... Alhamdullilah, masyarakat Yanbu telah menyumbangkan dana yang agak lumyana juga, di dalam masa yg singkat.

Sunday, April 24, 2011

Setelah berhibinasi

Masa berlalu .... Blog tak update update pun ... bukannya apa, cuma mood nak update blog tuh tak ada sangat ...

Sebab la ni, ada jalan pintas untuk bersocial contact contact ... iaitu FACEBOOK .... jadi masa untuk duduk update Blog atau melangkau langkau Blog dah tak ada

Blog ni seronoknya , sebab ianya boleh mengembalikan kenangan silam dari catatan dan paparan (bukan PAPAR SABAH tau) gambar gambar yang di ambil .... memang seronok ....

So aku rasa semangat pun dah kembali ....

Maka Terimalllaaaaaahhhhhhhhhhhhhhhhh .............


The Kaabah Door Cover
Gambar Kelambu Kaabah yang di ambil kat Museum Makkah tempuh hari. Tempuh hari (tempuh hari tuuuu ... ni sure dah lama kaaaannn) kita roang dari yanbu ada buat lawatan ke Mekah ... dan salah satu agenda lawatan ialah pergi ke Museum Makkah. Seronok gak tengok artifact artifact Mekah dan Madinah ....

Camel
Kalau ke negara padang pasir , tanpa Unta tiada maknanya kaannn ... Unta ni adalah binatang yang agak unik ... namanya pun di sebut sebut di dalam Al Quran .... Apa orang kata, Bahtera Padang Pasir gitu .... tapi aku tetap suka akan bulu matanya yang lentik ....

Ini dulu yaaaa ... nanti aku update lagi ....

Wednesday, November 17, 2010

Hari Raya Qurban - 2010

Kerajaan Arab Saudi telah announce kan yang Hari Wukuf (9 Zulhijjah) pada tahun ini jatuh pada Hari Isnin bersamaan dengan 15 November 2010. Maka 10 Zulhijjah, Eidul Adha jatuh pada keesokkan harinya iaitu Selasa, 16 November 2010. (Walaupun di Malaysia, mereka beraya pada 17 November 2010)

Hari Raya Korban begitu sinonim dengan Haji dan Qurban (ellloooo habis tak kan lak nak sinonim ngan benda benda lain kot!)

Maka Terimaaaalllaaaaahhhhhhhhhhhhh .....
Pasar Kambing .... tentu ler jual kambing kan , tak kan nak jual Ayam lak ... kalau jual Ayam kita panggil Pasar Ayam ....Maka dua hari sebelum tuh, kami dah siap shopping shopping Kambing (Kharuf) utk dijadikan korban. Kalau Kharuf yg agak besar nih agak mahal sikit ... tapi bagi orang Arab, Harga bukan menjadi ukuran utk ibadah ....

Orang memilih atau tengok tengok kambing yang bakal di beli atau di pilih.

Kharuf yang di jual di Pasar Yanbu ... aku namakan Pasar ni Pasar besar Livestock Yanbu ....

Process memilih kambing yang hendak di beli. Aku dapati orang Arab nih tak ada pun tawar menawar ... bila dia letak SAR 1,500 seekor , dia orang terus ajer ambil ... tak ler macam kita kan, kalau bab tawar menawar nih memang ler ala ala expert gitu kaaannn .... since aku pun pergi ngan Jiran aka Imam Masjid ... so ikut ajer ler ...

Rata rata pekerja kat sini adalah orang orang Sudan ... so ni ala ala flashback Zaman Sudan jugak ler ....

Inilah kambing yang bakal dijadi kan korban pada tahun ini .... sepertiga di sedekahkan, sepertiga di hadiahkan dan sepertiga lagi utk diri sendiri ....

Dan Alhamdullilah, pada tahun ni juga seramai 64 orang jemaah Haji dari Yanbu telah dipilih untuk menjadi tetamu Allah pada tahun ini ... sebanyak 3 buah coaster telah bertolak dari yanbu pada seawal 11 pagi ... dan Alhmadullilah kul 5.30 petang selamat sampai di Mekah utk mengerjakan tawaf. Semuanya telah selamat sampai di Mina pada pukul 2.30 pagi.

Antara mereka yang bertungkus lumus bekerja keras utk menghantar jemaah haji sekalian .... walaupun penat, namun pose istimewa tetap di beri ... itulah semangat raya namanya ....

Kebetulan hari Sabtu tuh kita orang dah mula bercuti, maka ramai ler yang datang menghantar mereka di An Nawar ....

Hajjah Norlee dan teman baik nya Puan Norain .....

Inilah wajah wajah bakal jemaah haji yang begitu kusyuk mendengar taklimat haji ... sempena kurusu haji yang di kelolakan UQPro Team .... banyak ilmu yang boleh di timba ....

Inilah kawasan lapangnya ....

Kawasan lapang yang hanya di guna setahun dua kali sahaja .... utk solat sunat hari raya ....

Seawal selepas solat subuh, orang telah mula datang ke kawasan lapang untuk solat sunah Eid ... dah jadi adat atau trend di sini yang solat hari raya di adakan di satu kawasan lapang sahaja ... maka seluruh penduduk akan turun ke kawasan lapang ini utk solat ...

Kusyuk duduk mendengar khutbah raya selepas solat sunat ... walaupun ramai yang terus beredar seusai solat .. mungkin tidak mengerti kot ....

Dengan lafaz Bismillahirahmannirrahim dan Allahu Akbar ... maka kambing ini telah selamat di sembelih. Muga Allah menerima korbanku ini ....

Begitu cekap sekali Mamat Sudan nih buat kerja ....

Nampak senang kerjanya ... tapi kalau di malaya , sure verry remeh temeh nak korban ... terlalu banyak pantang and larang and apa apa lagi ...

Alhamdullilah telah di sembelih dan putus urat tuh ...

Dibiarkan dulu agar darah keluar dan nyawa putus ...

Process melapah tak sampai setengah jam .... very kagum ngan kerja dia orang .... senang senang ajer kambing ni dia orang kerjakan ...

Setelah Setahun berhibinasi ...

Sedar tak sedar , BLOG ini dah setahun tak ber-update ... ala ala hibinasi gitu .... ini tidak bermakna Tuannya pun berhibinasi jugak yaa ... sebab Tuannya bukannya Bear nak berhibinasi hibinasi nih ..... mungkin bentuk tubuh ala ala bear adalah kan ....

Maka Terimalaaaaaahhhhhhhhhhhhhhhh ................


Tidur yang lena ... sampai tak sedar orang ambil gambar dia ... yang cutenya lak, Si Kitty pun sama tidur , tapi waktu nak snap gambar dia dah sedar lak ....


Maka tunggulah entry entry seterusnya lak ..... hehehehhehehehehee ada ker tak, itu soalan cepumas ler yaaaa ....