Thursday, April 28, 2011

Ziarah Taif March 2011

Since mood nak update blog tengah berkobar kobar, so pada minggu yang tenang ini , aku pun nak ler cite satu kisah .... bukan kisah politik , atau pasal video atau pasal Haji Hadi (terbaca dalam STAR hari ni pasal Video dan juga kisah Hj Hadi) .... kisah mengenai Ziarah kami ke Taif yang telah dikendalikan oleh para pelajar Mekah under UQ ProTeam ..... memang puas hati ler dengan segala urusan nih ...

Nak promote sikit, andainya, sesiapa yang nak ke Mekah / Madinah , dan inginkan perkhidmatan dari segi urusan hotel dan Ziarah serta majlis pengisian ilmu, memang aku syorkan untuk berhubung ngan UQ PRO TEAM nih .... Mereka memberi perkhidmatan yang berkualiti serta mereka juga arif dan berilmu di dalam bidang yang mereka sampaikan .... iya ler mereka nihj kannya rata rata belajar di Umm Qura Univ (kalau di Mekah) dan Univ Islam Madinah (kalau di Madinah) kaaaannn ...

Maka Terimalllllaaaaaahhhhhhhhhhhh .......... (Aku pun tak sure ejaan yang aku guna untuk terimalah , samada consistent atau tak )

Ziarah Taif 1
Untuk sampai ke Taif, dia ada beberapa jalan masuk ... samada hendak melalui bandar Taif dahulu ataupun masuk ikut Al Hada , sebuah pusat peranginan ala ala Genting Highland di Malaya ... (Al Hada tak ada Casino, Judi dan Arak ... tapi ada taman permainan ...) KAMI BENCI JUDI!

Kami bertolak dari Yanbu lepas kerja , so langsung terus masuk ikut Mekah dan lalu ring roadnya dan keluar kat Kudai and terus menuju arah Arafah ... sebelum sampai Arafah, ada exit utk ke AL Hada ... memang cantik dan canggih jalan melalui lereng lereng gunung nih.

Ziarah Taif 2
Dah sampai kat Puncak ... nampak sayu[p sayup Mekah .... dari sini timbul pertanyaan atau detil hati, apakah Rasullullah SAW dulu sewaktu beliau keluar ke Taif untuk berdakwah kepada pendiuduk Taif melalui lereng lereng gunung ini? Apakah lereng lereng gunung iini di lalui oleh Halimatun Saadiah sambil mendukung Baginda utk di bawa ke Taif? Wallahu Alam ... aku pun tak tahu ...

Ziarah Taif 4
Sampai di Taif dalam pukul 9.30 malam gitu ... since UQ Pro Tream dah arrange semua, kami terus sahaja ke Hotel yang telah di tempah ... since Taif di atas kawasan pergunungan , cuaca di sini jauh lebih dingin dengan Makkah .... so agak seuk ler sikit. Sampai kering kering bibir gak ler hehehhehehe

Ziarah Taif 5
Kami dari Yanbu datang dalam beberapa keluarga ... ramai juga yang batal di saat saat akhir di sebabkan panggilan tugasan .... Irfan anak Hj Zuraili ... sama baya ngan Afiq ... so dia orang ni macam kawan baik ler ... pass tuh satu sekolah lak ... dan dalam satu kelas lak (iya ler dah cuma ada 11 orang murid tak kan ler kelas lain lain lak kannnn)

Ziarah Taif 6
Pagi pagi lepas sarapan, aku menaiki bas yuang telah di aturkan oleh UQ Pro Team untuk memulakan sessi ziarah kami .... Stop kami yang pertama adalah di Istana Lama Shubra. Istana yang di bina zaman kerajaan Othmaniah. Tiada waktu Zaman Rasullulah SAW dulu ... Raja Saudi dulu guna Istana ini sebagai IStana hinggap kalau mereka ke Taif. Sekarang ni dah jadi Museum ... tapi waktu kami pergi , Museum tak bukak pun! Ni ler salah seorang UStaz dia ... Ust Aswadi ....

Ziarah Taif 7
Biasa ler , kalau dah datang, so cuba ler gambar gambar dari pelbagai sudut agak terserlah keunikan sesuatu object tuh ..... tapi aku ni kan nya ala ala amateur ajer dalam bidang photography, so kena ler terus mencuba dan mencuba ...

Ziarah Taif 8"
Di bahagian hadapan ... aku suka akan design bidai/tingkap Arab nih ...nampak unik sangat .... seni ukir dia cantik dan macam tahan lama ajer .... so kepada yg minat Bali style tuh, aku cadangkan cer tengok tengok design tingkap Arabia nih ....

Ziarah Taif 9
Ini lak pintunya ... begitu sarat dengan ukiran nya .....

Ziarah Taif 10
Group photo .... di hadapan Istana Shubra

Ziarah Taif 11
Kalau tadi yang lelaki ... ni yang wanitanya pula ...

Ziarah Taif 12
Perhentiannya seterusnya adalah Masjid Kouk atau Siku ... nama di beri kerana menurut cerita, apabila Rasullulah datang ke Taif dan berjumpa dengan pembesar pembesar Taif, mereka masing masing menolak apa yang di bawa oleh Rasullulah SAW ... malah Baginda telah di di hina dan di baling dengan batu batu kecil di sepanjang perjalanan oleh anak anak muda Taif ... sampai berdarah darah dan kesakitan .... maka apabila Baginda tiba di sini, di katakan ada yang cuba menolak batu besar tersebut utk di gelincirkan atau di golekkan ke arah Baginda ... namun di katakan batu tersebut tersekat di situ .... (Waktu tu memang ler tak ada masjid di sini , tapi menurut cerita , orang Arab, setiap tempat yg bersejarah ataupun significant akan di dirikan masjid sebagai tanda)

Ziarah Taif 13
Ini adalah salah satu Masjid berdekatan dengan the Prophet Garden. Masjid ini dah tak di gunakan pun ... saja ajer nak bawa melihat .. kerana masjid ini di bina selepas masa Rasullulah SAW ... di bina menara yang tinggi dan muazzin akan melaungkan Azan dari menara ini untuk memanggil para petani dan penduduk di sekitar untuk mengerjakan solat .... so dulu mana ler ada loudspeaker and mana ler ada orang orang yg nak hantar petition supaya Azan tak di laungkan dengan loud speaker waktu subuh kaaannnnn ....

Ziarah Taif 14
Di beritahu bahawa menara ini masih di dalam bentuk atau keadaan nya yang asli atau asal ....

Ziarah Taif 15
Dari menara ini, dapat kita melihat suasana atau pemandangan Bandar Taif Lama ... Taif ni agak subur gak ...

Ziarah Taif 16
Suasana hijau ... memang seronok atau sejuk mata memandang ....

Ziarah Taif 17
Dalam gayat gayat nak naik menara tuh, Aisyah telah berjaya sampai ke puncak nya ... so sebagai "I was Here" punya momento ... tak perlu nak tulis tulis di dinding kan ... just capture it!

Ziarah Taif 18
Inilah seni binaan nya ... ikatan batanya agak kemas (dulu waktu kat TIKL, aku siap belajar nama nama ikatan bata ni tauuuu!!!!)

Ziarah Taif 19
Dari menara Masjid ni, kami terus ke Prophet Garden ... tak jauh dari sini, cuma sepalaung ajer .... since aku tak dapat nak ambil gambar ladang anggur ... (sebab waktu tu bukan musoim anggu so pokok anggur pun tak ada!!!) gambar posing posing wife and Mama Bungas pun OK ler , tanda kenangan ... So tempat berehatnya Rasullulah SAW di ladang Anggur adalah berhampiran dengan Masjid putih tuh ... (kan aku ada mention, yg mana mana tempat bersejarah atau significant orang arab akan bina masjid)

Ziarah Taif 20
Now aku tau pasal apa aku tak snap snap gambar .. waktu ni Iman dah penat and dia ala ala meragam sikit ... so aku kena dukung dia ... dan berat badan dia boleh tahan jugak ler ... ala ala kalau aku dukung dia senantiasa, gym gym atau weighlighting nih tak yah aku buat dah ... but for sure muscle aku naik berketul ketul .... (Tapi tak ada pun muscle aku berketul ketul naik ... samada Iman tak cukup berat, ataupun aku yang tak cukup dukung Iman hahahahhaha)

Ziarah Taif 21
Kami semua kepenatan dah ke sana ke mari melihat kesan kesan sejarah di Taif ... maka dia orang pun bawa kami ke Pasar Segar Taif .... aku suka akan tomato nih .. macam mengeliurkan sahaja ... tapi aku tak beli pun ... sebab leceh nak bawak balik ek Yanbu kaaannnn

Ziarah Taif 22
Pandai jugak peniaga ni susun susun buah tomato dia ....

Ziarah Taif 23
Besar besar terung bulat dia ... aku pun lupa nak tanya apa orang Arab panggil terung bulat nih!

Ziarah Taif 25
Dalam berbagai pose terung ...

Ziarah Taif 24
Pekerja ni memintak aku ambik gambar dia .... so since aku membawa missi WORLD PEACE , aku pun ambil ler gambar dia .....

Ziarah Taif 26
Apabila hidangan air teh tanpa daun mint kaaannn ... mint memang ada di jual di mana ... tapi aku suka yang merah tuh Red Radish ker apa ker

Ziarah Taif 27
Warna warna keceriaan di Pasar .

Ziarah Taif 28
Dan pekerja ini juga ....

Ziarah Taif 29
Dan dia juga ....

Ziarah Taif 31
Hendak menuju semula ke bus, nampak orang jual carrot

Ziarah Taif 32
Penjual carrot tadi ...

Ziarah Taif 33
Pada petangnya kami ke kawasan gunung lak ... (di dah memang kawasan gunung kan ... nak gi gunung mana lak?) .. Salah satu puncak tertinggi di Taif.

Ziarah Taif 34
Beramai ramai ... (waktu ni kami dah letih sangat .... and waktu aku type nih , aku pun letih sangat sangat!!! Siap boleh lena lena sambil type ... ngannnntttuuuulklk ,,,,, tyupe pun dah salah salah nih) - Ni dah sedar dan bangun semula, tapi terlena jap

Ziarah Taif 36
Keesokkan harinya kami pulang semula ke Yanbu ..... ni ler keadaan gunung yang nak turun ke Mekah dari Al Hada ..

Ziarah Taif 38
Bye bye Taif ....






3 comments:

  1. Salam Haji..

    cantik2 gambar nyer...

    tgk jln di lereng2 tu...scary kan...

    tgk gmbr je dah best, lum pergi lagi...

    sukran

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum warohmatullah hiwabarokatuh wahai tuan empunya blog...(~_~)....

    BHS berkenan tengok gambar gambar kat sini, BHS suka cerita-cerita kat blog ni....terima kasih berkongsi pengalaman...maka terimalahhhhhhh....
    TAHNIAH kerna mendapat semangat mengupdate blog yang BHS hargai sangat ni ..hee...BHS nak menjelajah lagi dan lagi kat sini...la la la la la....update selalu tauuu....

    wassallam....

    ReplyDelete
  3. Mudah-mudahan ada rezeki kami ke Taif pula.

    ReplyDelete