Saturday, April 30, 2011

Berbekam

Pada hujung minggu ni, aku sekeluarga tak tak kemana mana pun .... kami hanya berada di Yanbu sahaja. dan kebetulan pada minggu ini adalah minggu pembelajaran ... yakni Ustaz Ustaz dari Madinah akan turun ke Yanbu untuk mengajar.

Minggu ini , salah seorang pelajar tahun 3 Jurusan Hadith, yakni, Ust Khatimi dari Sulawesi Indonesia, pun ikut turut serta turun ke Yanbu. Dia ni pendiam ajer , tetapi mempunyai kelebihan, iaitu, beliau pandai berbekam ....

Maka Terimallaahhhhhhhhhhhhhhhh ................

2011-04-28 08.43.15_edit0
Inilah Ustaznya, Ustaz Khatimi .... kecil ajer orangnya ....

2011-04-28 08.43.04_edit0
Proses berbekam di mulakan dengan cupping udara kemudian bekas yang dah kena sedut tuh di toreh toreh samada dgn menggunakan pisau kepada yang dah biasa, atau pun di cucuk cucuk ngan jarum kepada yang takut takut ...

2011-04-27 21.41.32_edit0
Darah kotor di sedut .... pekat dan terus jadi macam gel gitu

2011-04-28 08.44.50_edit0

Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1663.
Dari Ibnu 'Abbas r.a.. dari Nabi saw.: "Kesembuhan dari penyakit itu adalah dengan melakukan tiga hal: berbekam, minum madu dan dibakar dengan besi panas. Tetapi aku melarang umat ku membakar dengan besi panas itu."

So memang elok sangat kita berbekam ... ianya adalah amalan sunnah Rasullulah SAW.

2011-04-28 08.42.59_edit0
Yang kita keluarkan adalah darah kotor ... bukannya darah yang dalam circulation pun!

2011-04-27 21.41.10_edit0
Selalunya kita akan buat dalam 9 cawan/cups gitu .....

So apa lagi ... cubalahhhhh ....

No comments:

Post a Comment