Wednesday, June 15, 2011

Musim Cuti Telah Bermula ...

Hari ini , 15 June 2011, Rabu, aku dah mula bercuti musim panas ... kali ini aku cuma ambil 11 hari bekerja sahaja .... sebab ingat nak simpan cuti untuk Bulan Ramadhan nanti ....

Dan Insya Allah, Hari ini aku akan mula bermusafir ... tahun ini, kami tidak pulang ke Tanah Melayu ... tetapi kami bercadang untuk pergi melihat negara orang pula ....

Insya Allah, aku akan cuba update sebanyak mungkin ... tetapi kalau nak tahu yang paling cepat, of course ler di FACEBOOK kaaaannn ....

Maka Terimalaaaaaahhhhhh........

Iman 5
Mula mula Iman bercuti dulu ... tetapi seperti biasa sebelum bercuti, dia ada buat macam Majlsi Penutup gitu ... kena pakai dress putih .... pass tuh bila balik dapat hadiah macam macam ... Since sekolah Iman cikgunya semua perempuan , aku tak boleh pergi ... so hanya my wife ajer yg pergi.

Iman 4
Dalam Majlis itu, ada ler my wife jumpa Cikgu Cikgu Iman dan sebagainya ... seperti biasa ada show, dan according to my wife, Iman tetap Malu Malu hehehhehehee

Nurul Iman
So Iman dulu bercuti .... Kalau Iman dah cuti, so pagi pagi aku boleh ler lepak lepak lebih sikit ... sebab kalau tak, terpaksa bertungkus lumus (wooowww bertungkus lumus lagi heheheh) nak siap kan Iman pagi pagi ... sebab bas sekolah dia datang dalam kul 7.05 pagi gitu ....

JKRD 39
Walaupun Iman dah bermula cuti, tapi Afiq dan Aisyah tetap bersekolah .... So lepas Iman, YIS pulak buat JK Recognition Day .... Since ini sekolah America, aku boleh ler datang , walaupun cikgu cikgu nya wanita ....

JKRD 35
Habis ler Junior Kindergarden , dan Insya Allah, bukak sekolah ni, Afiq masuk Kindergarden lak ... Yuran untuk International school ni agak mahal, kalau JK yang half day ni ajer dah nak dekat SAR 14,000 setahun ... nanti bila masuk Kindergarden, sebab full day, yurannya adalah dalam SAR 40,000 lebih setahun!!! Alhamdullilah ... Alhamdullilah ... Alhamdullilah, package sini dia bayar untuk sekolah anak anak .... Thank you SABIC!!!

JKRD 44
Afiq , Irfan dan Cikgu Raeda dia orang ... so dalam kelas ni ada ler dua orang anak Malaya ... at least Afuq ada ler kawan kawan yang sebahasa .... tetapi rata rata , dia orang berkomunikasi dalam bahasa Inggeris ... Since kat umah memang aku dan wife cakap Melayu , so Insya Allah, tidak akan hilang ler Bahasa Ibunda ini dari lidah anak anak kami ....

JKRD 30
Kelas dia tak ramai ... cuma dalam 12 orang sahaja ... mula mula start sekolah tuh dalam 8 orang sahaja ..... so Cikgu memang boleh tumpukan perhatian kepada mereka .... siap ada Teaching Assistant lagi!!!

JKRD 05
Dia orang ada ler buat show pada hari tuh ... tapi seperti biasa ler , like father like son gitu .... Afiq pemalu sangat .... malu malu gitu ... since command in english masih baru, Afiq cuma dapat small part ajer dalam play ini .... Itu pun malu malu hehehehhehehee

JKRD 26
Guru Counselor yang kasi Sijil .... sebab Guru Besar ada hal waktu tuh ... cuma dapat datang waktu pembukaan ajer .

JKRD 27
"My name is Syafiq. My Teacher is Ms Raeda. I kept her on her toes" Inilah line yang Afiq kena hafal .... Alhamdullilah ... dia dapat hafal line dia ... tapi seperti biasa , masih malu malu gitu hehehhehehhee

JKRD 36
Gambar Afiq dan Irfan. Dua orang kawan baik.

JKRD 34
Irfan Anak Hj Zuraili

Afiq JK Recognition Day
Wajah Wajah JK .....

Since Aisyah Grade 5 .. so tak ada majlis ... cuma ada YIS Summer Concert ajer ... tapi aku ambik gak gambar, tak cantik sangat ... sebab gelap kaaaannnn

Monday, June 06, 2011

Pulanglah .... Anakmu merindui mu ...

Pulanglah .... Itulah tajuk lagu raya oleh Aisyah ... dan ini tidak ada kena mengena ngan Hari raya ... sebab raya lambat lagi ... ni baru masuk bulan Rejab!

Ini mengenai rintihan seorang anak ... terhadap ibunya ... setiap kali aku masuk rumah, pasti akan aku terdengar tangisan anak kecil merintih akan ibunya ... ibunya yang telah hilang ... mungkin pergi buat selama lama nya ..... sedih hati ini hanya aku sendiri yang tahu ....

Iyaler ... bayi kecil yang baru mengerti akan kehidupan telah berhadapan dengan sebuah kehilangan ... kehilangan tempat dia berkasih sayang ... kehilangan ibu tempat dia menyusu ....

Memang sedih ......

Maka Terimalaaaaaahhhhhh ........

Lion 1
Mula mula, sewaktu kami pulang dari Mekah, kepulangan kami agak sepi tanpa di sambut oleh Lion. Di sebabkan kepenatan perjalanan, aku terus tidur. Pagi pagi esok pun, Lion tidak muncul muncul ... walaupun aku memanggil manggilnya berkali kali dengan suara yang lunak dan merdu tapi ala ala boleh dengar satu Al Nakheel itu!!!

Lion 2
Hingga kini ... Lion pergi meninggalkan kami ... tanpa sebarang nota ... Andainya Lion telah tiada , di mana kuburnya? Di mana nisannya?

Kitty
Lebih tragis ... apabila kami pulang dari Mekah minggu lepas ... KITTY telah TIADA ... dan anaknya terisak isak menangis mencari ibunya .... begitu jua dengan aku dan anak anak ... namun Kitty tetap tiada ... Apakah Kitty jua telah meninggalkan kami???

Kitty 1
Kini tiada lagi Lion ... Tiada lagi Kitty ... dah tiada lagi mereka mereka ini yang berebut rebut dengan aku nak masuk ke dalam rumah !!! (By the way, kami memang tak kasi mereka masuk rumah ... tapi every opportunity yang ada, Kitty dan Lion akan berusaha juga nak masuk!!!)

Actually di RC ni aku nampak ada cat catcher malam malam ... mereka menangkap kucing kucing liar .... and since Lion dan Kitty suka main main dan duduk duduk melepak kat luar rumah, mungkin mereka juga telah kena tangkap!!!

Bonding
Tiada lagi moment moment begini buat Pluto ... ianya pergi buat selama lamanya ....

Pluto the Scarry Kitty
Pluto ... malang sungguh nasib mu ... lahir lahir tanpa mengetahui siapa kah ayahmu .... dan kini ibumu yang di kasihi pergi meninggalkan dirimu sebatang kara di dunia yang fana ini ... Tabahlah menghadapi hari hari muka wahai Pluto ....

Thursday, May 26, 2011

Kem Motivasi Remaja di Mekah

Pada 3, 4 dan 5hb May 2011 yang lepas, kami telah ke Mekah. Kami berangkat sebaik sahaja selesai acara di YIS. Since bertolak pun dah agak lewat, yakni dah nak dekat pukul 8.30 malam dah, so sampai pun memang dah nak dekat tengah malam dah pun ... agak penat ler jugak. Tapi Alhamdullilah, sepanjang perjalanan aku tak ler rasa mengantuk macam biasa ...

Dan keesokannya pulak, Aisyah ada program motivasi yang di anjurkan oleh UQ PRO TEAM. Seperti yang aku citekan, kumpulan UQ PRO Team ni , yang di wakili oleh adik adik pelajar University Ummul Qura di Mekah. Mereka ini bergiat aktif di dalam memberi khidmat kepada masyarakat Malaysia khasnya yang berada di Saudi Arabia, dan juga sekitarnya dan juga dari Malaya.

Butiran lanjut mengenai mereka boleh di dapati di http://uqproteam.blogspot.com/ Tetapi kini mereka lebih aktif bergiat di FACEBOOK. So cari mereka di Facebook. So kepada kekawan yang perlukan khidmat mereka, hubungi mereka secara terus ... kalau mention nama Ghazali dari Yanbu kot kot dapat discount kot hahahahahahhahahaa

Since di Mekah ni agak strict bab bab bergambar (aku rasa ler, sebab aku malas nak bersoal jawab dgn pihak berkuasa ...) memang agak limited ler nak ambil ambil gambar secara bebas ... Apa apa pun ....

Maka Terimalaaaaaahhhhhh ........

Noon time at Kaabah
Walaupun aku kata di sini agak susah nak ambil ambil gambar nih, tapi buat masa sekarang nih, aku tengok orang dah agak "bebas" mengambil gambar. Gambar ni dari tingkat atas di Masjidil Haram. Sebaik selesai sembahyang Zohor ... Terasa bahang kepanasannya ...

Kaabah
View Kaabah ni memang seronok di tengok. Nikmat dapat beribadah di sini, hanya Tuhan sahaja yang tau .... Agar kita semua di permudahkan dan di senantiasa di jemput menjadi tetamuNya di sini.

Waiting for the call
Menanti masuknya waktu ... orang senantiasa ramai ....

Final take off
Selepas selesainya solat Fardhu, selalunya ada pula Solat Jenazah. Dan Fadhilat mengerjakan solat Jenazah ni amat lah besar ganjarannya ...

Mekah 001
Anak muda yang Handsome ni adalah anak Pak Jais yang kerja di JAIS ... kelas kan!!! Inilah Al Fadhil Ustaz Khairul Ariffin Jais ... ketua pelajar di sini dan orang kuat (ialah tak kan ler dia tak kuat kaannn )

Mekah 011
Si Handsome yang kedua ni lak, ala ala muka Shahir yang kat AF tuh .. mula mula aku kenal dia, waktu tuh aku masih lagi minat ngan AF (by the way, la ni aku dah tak tengok AF, kerana AF tuh tidak baik untuk dibuat bekalan ... ) memang dia macam muka Shahir (Tapi mana ler ada orang tengok AF tuh kat Mekah kaann ... so org semua ala ala blur blur ajer ....) Dia ni pun salah seorang penggerak UQ Pro team gak ler ... and bakal menjadi bapa dalam masa 7 bulan lagi ... Insya Allah. Dan senantiasa mengambil gambar!

Mekah 016
Anak anak Yanbu dan juga Ibu Ibu Yanbu sayang kat Ustaz Abd Aziz nih ... dia ni amat pandai jaga hati orang dan tinggi budi bahasanya (dan begitu juga yang lain yaaaa ...) Sekarang ni dia ala ala dah diikat oleh orang Yanbu ... so dua minggu sekali dia akan turun ke Yanbu utk berkongsi ilmu dengan warga Yanbu ... malam tadi dia pulun habis cite pasal perjalanan Roh .... iyalah , dah kul 12.30 malam pun masih panas membahaskan isu isu semasa .... nganttukkkkkkk ...

Mekah 017
Ini lak si Kembar ... aku tak pasti samada Akmal atau Aiman ... sampai terlena lena dia dengar khutbah penutup oleh Khairul ... actually according to Aisyah, malam tadi dia orang tidur agak lewat, and kul 3 pagi dah bangun dah .. itu yang buat ngantuk tuh ...

Mekah 018
Ini anak Fadeli .... kesian dia terintai intai cari ayah dia .... ayah dia ingat ambil anka selepas solat Jumaat ... so tak datang ler ambil ....

The Full Concentration Faces
Sekarang ni aku suka sangat guna fd flickrs toys nih ... mosaic dia cantik ...

Jangan Pandang Belakang
Lagi koleksi gambar gambar yang di ambil pada majlis penutup tuh ... since aku duduk kat belakang, so nampak kepala ajer ler ....

Kem Motivasi Remaja di Mekah
Inilah antara gambar gambarnya .... dan of course aku guna fd Flickrs toys punya mosaic ...

Monday, May 16, 2011

Farewell Party For Jamal Baksh

Semalam, iaitu pada 15 May 2011, Company kami telah mengadakan majlis perpisahan , farewell party, untuk Jamal Baksh. Dia berhenti / bersara (aku pun tak faham sangat, ada yang kata dia berhenti dan ada yang kata dia bersara) setelah berkhidmat sekian lamanya ....

Majlis telah di buat di YANSAB Recreational Center kat Camp 4. Jamal ni aku kenal ler , sebab selalu bersua dan bercerita. Dia ni suka akan buah buahan tempatan Malaysia seperti Durian, Manggis, Rambutan, dan sebagainya ...

Maka Terimalaaaaaahhhhhh ........

JF 059
Jamal Baksh ... Yang unik tentang dia ialah matanya ... matanya warna light kelabu gitu ... Ini adalah warna matanya yang asli, tanpa contact lens tau!

JF 025
Majlis di buat di Yansab Recreational Center kat Camp 4. Inilah kolam renang tempat aku selalu berenang dan exercise (iya ... pada suatu masa dahulu ... aku rasa dah nak dekat setahun lebih aku tak berenang atau exercise!)

JF 022
Majlis di buat secara makan bertalam ... dalam satu hidang ada 5 orang.

JF 065
Iya .. mempersembahkan .... LAHAM MANDIIIIII ... adalah makanan utama!!! Aku suka part perut muda yang di pintal pintal tuh!!! Memang puas ler makan daging kambing (and kambing adalah my favorite ! Alhamdullilah)

JF 062
Mula mula aku nak duduk kat sini, tapi tgk hidangan kambing dia tak mengancam , aku move kat hidangan yang di atas tuh ... hehehehehe

JF 063
Nasi satu talam, ada salad dan ada yogurt serta air gas .... nikmat!!! Jemput makan yaaaa (I mean makan Laham Mandi ler ....)

JF 023
Unutk pengetahuan semua, kalau di Saudi ni, tak sempurna majlis atau acara tanpa KEK! KEK adalah salah satu item yang WAJIB gitu! Baik Majlis Hari Raya, Kawin, Kegembiraan dan apa lagi (Oppsss majlis Hari jadi tak ada di Saudi heheheheh)

JF 066
Allloooooo kalau SATU TALAM tuh mana ler nak habis ... tetambah lak lagi yang makan orang orang kita lak ... since aku duduk ngan Fadeli, dan ada lagi sorang Mamat dari Sudan , maka inilah lebih kita orang! Sayang sangat! Aku memang dah tak leh nak GO dah ....

JF 084
Tapi jgn risau ler bab bab pembaziran nih. Sebab menurut empunya cerita, setiap kali selepas apa apa majlis sahaja, makanan yang tak habis ni selalunya di beri kepada mereka mereka yang susah ... so kira macam tiada pembaziran dalam erti kata sebenarnya ler ...

JF 020
Ini adalah Mohamad Al Amoudi, kira macam boss besar aku ler .. dia ni kita orang punya L3.

JF 061
Aku dan Fadeli ... kat department ni, cuma ada tiga orang anak Malaya ... Hafiz balik Malaya cuti ... so tinggal kami berdua ajer ...

JF 082
Sami Sulami, one of the Engineer kat PD. (Bukan Port Dikson tapi Project Development). Dia ni kira macam cikgu Bahasa Arab aku ler. Dia begitu bersemangat mengajar aku Bahasa Arab. Dan dia akan bertutur bahasa Arab dengan aku. Dan faham faham ajer lidah pelat aku nih kaann... Asyik berlatih nak sebut hurf supaya biar betul sebutan dan makhraj huruf tersebut!

JF 030
Saleh Al Harbi ni kira macam jiran aku kat Opis ler ... bilik dia ngan bilik aku bersebelahan ajer ... and kami satu department ... Dia Buat Cost Estimation dan Buat Planning. Selalu ler kita orang berbincang masalah Negara dan Dunia masa kini ....

JF 029
Faris Dajam. Dia ni kalau kat PETRONAS macam HPS ler ... dan aku percaya, one day nanti , dia akan jadi orang besar SABIC, Insya Allah. Anyway, dari aku borak borak nagn dia, ayah dia Pilot so dia macam dibesarkan di California gitu ....

JF 028
Ini Cashier kat Kantin Ibn Rushd. Dia ni baby face dan mempunyai Lesung Pipit!

JF 024
Server kat Kantin Ibn Rushd. Dulu kerja kat Penang, so dia boleh ler faham sikit sikit Bahasa Melayu dan Bahasa Mandarin.

JF 060
Jamal bersama sama cenderahati yang dia dapat ...

JF 071
Majlis potong kek selepas makan ...

JF 081
Sheikh Attar .. dah berkhidmat di Saudi ni lebih dari 20 tahun!!! Dia datang dari India.

JF 074
Faisal , Engineer kat PD gak ...

JF 075
Salah seorang designer ... yang amat meminati CARMEN SOO ... aku pun tak kenal ... mula mula aku datang sini, dia tau ajer aku dari Malaysia, terus tanya aku kenal tak ngan si Carmen Soo nih! Allloooo ... aku ni peminat SITI NURHALIZA dan ZIANA ZAIN dan SHARIFAH AINI dan OGY dan ... Siapa itu Carmen Soo??? Magistrate ? Lawyer? ....

JF 002
Another old timer ... dia dulu pernah kerja di JB dan Spore. Dan bebaru ni, dia kehilangan isteri tercinta. So skg ni dia menduda.

JF 091
Eli .. salah seorang designer kat sini. baru dapat baby tapi isteri dan baby di Filipina.

JF 003
Satu satunya wanita yang hadir di dalam majlis ini

JF 037
Gambar beramai ramai sebelum pulang ....

People who served
Since aku dah seronok main ngan mosaic nih, maka inilah gambar gambar orang yang melayan kami pada malam itu.

Jamal Baksh Farewell Party
Ini adalah orang orang tempatan

People at Jamal Baksh Farewell Party
Bukan orang orang tempatan

Eli
Eli

Wajah Wajah yang Hadir
Semua yang Hadir ....

Nota Kaki - Majlis majlis di sini tiada pasang lagu lagu ....