Sunday, March 18, 2012

Ribut Pasir

Walaupun di Yanbu jarang kena ribut pasir, tapi sesekali tu kena juga lah!

Maka Terimalaaaaaahhhhhh........

Pemandangan Subuh sewaktu selesai Solat.


Di sekitar kawasan rumah.


Hari ni tiada work permit dikeluarkan. Sebab ribut!


Pasir di laman rumah.

Cuaca Sejuk

Cuaca sejak dari petang semalam dan berangin kuat dan agak sejuk atau dingin.
Terasa ala ala winter is coming back gitu.
Maka Terimalaaaaaahhhhhh ........




Cuaca yang agak mengejut gitu. Pagi ni jadi begitu sejuk lak.




Terbaca posting dari seorang pelajar Madinah. Katanya, menurut kata gurunya, sekarang ni kita lebih banyak memyentuh Smartphone dari Al Quran itu sendiri.
So fikirkanlah




Fatamorgana ... Maya air ... Namun apabila di ambil gambar, lensa camera tidak dapat merakamnya.

Friday, March 16, 2012

Ghazali (Orang Malaya Di Yanbu, KSA)'s photostream

iphone_photoiphone_photoiphone_photo11110
975421
010Yanbu Flower FestivalYanbu Flower FestivalYanbu Flower Festival
Yanbu Flower FestivalYanbu Flower FestivalYanbu Flower FestivalYanbu Flower FestivalYanbu Flower FestivalYanbu Flower Festival
Testing from Flickr

Sambungan ...

Memandangkan aku update ngan menggunakan Iphone, dia macam susah nak terima gambar banyak banyak.

Namun tetap gigih.

Maka Terimalaaaaaahhhhhh ........



Pagi khamis ...



Berpusu pusu jemaah nak pulang selepas Solat Zohor.



Terasa macam musim Haji lak. Lautan manusia. Namun... Alhamdullilah dapat bersama sama mereka.

Mekah ...

Mekah ... Tidak sama dengan apa yang telah aku lalui ... Dari Zaman pertama kali menjejak kaki untuk mengerjakan Umrah, ianya telah berubah. Berubah dari segi infrastructurenya, crowdnya dan sebagainya.

Kini ianya berubah lagi ...

Maka Terimalaaaaaahhhhhh ......



Kalau dulu, pergi Umrah memang tak terlintas nak duduk belah belah Ayjad ni. Tapi tidak kini, hotel di hadapan haram samada harganya agak lumayan ataupun tidak ada kekosongan!



Elaf Al Mashaer jadi pilihan. Hotel Amjad tak larat nak daki bukit. Hotel ni di bawah sekali, so tak kena daki bukit! Hotel dia agak selesa dan ada internet laju!



Selepas kerja seperti biasa, lepas kerja terus datang. Alhamdullilah. Selesai umrah dalam kul 12.30 tengah malam. Alhamdullilah.



Keadaan agak tenang. Dah tengah malam. Namun tidak lah sunyi.



Walaupun musim Umrah, namun boleh kelihatan jemaah yang agak ramai. Suasana sewaktu hendak mengerjakan solat subuh.



Jemaah berpusu menuju ke masjid.



Jangan lupakan kasut anda!


Keadaan yang begitu padat, macam musim haji lak.


Berpusu pusu mengerjakan tawaf.

Sunday, March 11, 2012

Yanbu Flower Festival

Here I just can share with my Flickr

Testing from Blogpress

Sekarang ni dah ada macam macam cara nak update Blog.

Memandangkan nowdays senantiasa ngan Iphone jer, maka nak cuba update guna Iphone lak.

Maka Terimalaaaaaahhhhhh ........

(Pakai Iphone pun nak guna tagline ni jugak ker?)




Al Quran Kareem. Nak tgk mcm mana gambar ni jadi nanti.




Yanbu Flower Festival.

- Posted using BlogPress from my iPhone

Thursday, February 09, 2012

Ulasan Buku - Kunci Kunci Surga (Sama ngan Malaysian Yanbu Portal)

Masih tidak ada apa yang terbaru atau terkini update dari aku di sini ...
Tanpa membiarkan ianya kosong begitu, aku sertakan ulasan buku yang aku tulis ...

Maka Terimalaaaaaahhhhhh ........
Kunci Kunci Surga
40 Tips Meraih Kebahagian Dunia Dan Akhirat
Oleh Dr. Abdul Muhsin Al Qasim – Imam, dan Khatib Masjid Nabawi, Madinah
Soft Cover dengan setebal 224 halaman
SAR 17 sahaja
Terbitan Dar AlKitab wa Al Sunna, International Publishing House, Lahore

Petikan dari halaman PENGANTAR
“Tulisan ini merupakan bungai rampai ringkas dari berbagai tema yang bisa membantu seorang hamba meraih “samudera” kebahagian.”
Petikan dari Halaman Belakang Buku
“Setiap orang tentu mendambakan kebahagian. Penderitaan yang mendera sebisa mungkin berubah menjadi kesenangan. Atau setidaknya, kebahagian yang selama ini ada tak pudar seiring berjalannya waktu. Namun, tak jarang apa yang diasumsikan sebagai kebahagian hanyalah fatamorgana”
Apa kata saya sebagai pembaca
Buku yang setebal 224 halaman ini seronok membacanya … tetapi Cuma ada kalanya, bahasa Indonesia yang digunakan kita tak tahu maknanya … namun Apps Google Translate menyelematkan keadaan. Translate jer … Cuma ada juga perkataan Arab yang telah di Indonesiakan seperti Ghibah … itu kita kena cari lebih sikit …
Dah nama buku ni 40 Tips, maka susunannya adalah mengikut tips tips sebanyak 40 tersebut. Tips tips adalah merangkumi segala genap aspek kehidupan seharian.
Tips tips tersebut adalah seperti Kebahagian (dah nama buku ni pun Meraih kebahagian), Ikhlas,Riya’, Tawakal, Rezeki, Berbaik Sangka, Berbakti kepada orang tua, silaturrahim, menjaga waktu, ilmu, nasihat, sabar, amar makruf nahi mungkar dan banyak lagi tips tips nya.
Apa yang saya suka tentang buku ini ialah, di bawah halaman buku ini, di tulis semula secara ringkas mengenai isipati tips tips tersebut.
“Barangsiapa berbuat Riya’, Allah akan melihatkan aibnya” adalah tips yang di tulis di bawah halaman bagi Tips No 3 – Bisakah Riya’ Menghinggapi Orang Orang Saleh? Jadi apabila kita membaca buku ni, kita boleh ingat semula akan tips tips tersebut dengan melihat kepada halaman bawah ini sahaja. Ini bermaknan, andainya untuk Tips 3 ini d tulis dalam 4 halaman, maka pada setiap halaman, akan ditulis summary tips yang dibincangkan. So kepada yang agak malas membaca, terus lihat halaman bawah dan terus dapat tips tersebut. Bagus kan. (Tetapi saya sarankan agar anda membaca tips tersebut dengan details … sebab penting untuk kita memahaminya)

Dan kepada ibu ibu Yanbu sekalian, Tips 39 – Cara Terbaik Menghafal Al Quran!!! Tapi saya sendiri tidak mencubanya … sebab (aiiyyooo perlu ker alasan alasan?) Dalam tips ini di terang secara detail mengenai cara yang beliau lalui dan amalkan, di mana ianya amat berkesan pada pendapat beliau.
Pada tips terakhir, yakni, Tip 40 – Petunjuk dalam berbagai Macam Tuntutan Kehidupan, di ceritakan serba ringkas tentang aturcara kehidupan kita. Cuma 4 halaman sahaja, namun isinya amat mendalam. Tahukah kita Nabi Muhammad SAW membenci tidur sebelum Isya’ dan bercakap cakap sesudahnya? Dan saya dapat saranan dari buku Aneka Dzkir Bermanafaat dan buku ini adalah agak sama (dari sumber Al Quran dan Hadis yang Sahih).
So apa lagi, marilah kita beramai ramai ke Islamic Center Camp 1 untuk mendapatkan buku ini. Jadikan tips tips ini amalan kita sehari harian … di dalam mencari kebahagian dunia dan akhirat.