Untuk Entry kali ni ... aku akan buat dua part ... so harap kita semua baca kedua dua part tuh ...
Part Pertama ialah pasal BEST LAKSA in GURUN ... (Itu di claim oleh Reza dan Ilias dan Helmi dan semua orang Gurun yang aku Kenal!!!) Laksa Mak Su , kat Rel Keretapi dan Belakang kedai Hardware di Gurun ... kelas kan dia orang punya description of location ... sure ala ala navigator pun tercabar gitu!!!!
Part Kedua ialah mengenai aku selepas makan laksa tersebut aku telah ke SEDAKA di Yan Kedah. Tujuan adalah untuk memberi sedikit sumbangan kepada salah seorang penerima zakat di sana ... dia seorang Nelayan yang susah ... maklum ler kerja nelayan ... ada ikan ada ler rezeki kan ....
Maka Terimalaaaahhhhhhhhhhh ...............
Ini dia MAK SU Gurun ... Laksa dia ala ala satu Gurun tau ..... (Lapan Tahun yang lalu aku rasa dia tak bukak lagi gerai dia nih ... kalau tak sudah tentu ler aku tau kaannnn)
Ini dia gerai Laksa Mak Su ... sebenarnya pembantu dia lagi seorang iaitu Yati dia orang kata dulu kerja kat Canteen MHI waktu construction dulu ... tapi Yati dah dua minggu tak datang kerja , dia sakit ... so aku tak jumpa ler ngan dia
Ini customer kat kedai laksa .... nama dia Awie ... nampak ala ala very d Janz gitu ... tapi tak makan cili youuuu!!!!! Laksa dia tak nak cili !!!
OK Ni Pak Su (Aku agak ler ... sebab waktu nak bayar ... dia yang tukang kira)
Ini customer dia jugak ... duduk kat sebelah meja aku ... dia lak nak laksa dia lebih bunga kantan !!!
Ini Illias .... Rakan sekerja aku di PFK ... sebenarnya aku dah kenal Ilias ni waktu construction dulu .... sekarang ni dia orang semuanya dah manager manager gitu .....
Dia kata nama dia PUTERI .... tak kisah ler ... Puteri ... dia pelayan di sini .... Dia ala ala malu malu kucing gitu ngan aku ... nak ambik gambar pun ala ala segan dan malu malu gitu ...
Ini dia Laksa yang aku order ... aku mintak TELUR DUA BIJI ... Kuah Laksa dia PEKAT dan TERASA IKAN serta cukup masam dan pedas dia (Sambil tulis ni pun aku masih terliur lagi, rasa rasa nyer esok petang nak pergi makan laksa lagi ler ...)
OK sekarang kita tengok kat Part Kedua .....
Inilah rumah separuh siap En Zulkifli Samad, seorang Nelayan di Sedaka Yan. Rumah yang di duduki ni adalah di atas tanah RESERVE SUNGAI dan JALAN .... maknanya ala ala macam setinggan jugak ler .... En Zulkifli ada 5 orang anak (Tapi sekarang tinggal 4, seorang dah simpan - ni bahasa Kedah taauuuu) Anak dia yang sulong (Lelaki) selepas STPM bekerja ngan PLUS kat TOLL PLAZA SUNGAI MUDA. Yang kedua Perempuan , baru habis SPM. Tapi result untuk ke U tak dapat lagi ... mungkin tak ada harapan , kena tunggu next semester.
Anak dia yang ketiga di Tingkatan 2 dan yang bongsu bakal menduduki UPSR. Seorang ajer anak dia lelaki, yang lain semuanya perempuan.
Ini dia En Zulkifli Samad. Aku tak dapat nak ambil gamabr clear .. sebab dah nak dekat gelap .. so poor lighting kat dalam umah.
Inilah rumah separa siap En Zulkifli. Marilah kita berdoa agar murah rezeki En Zulkifli dan mampu dia untuk menyudahkan rumahnya ini.
Mudah mudahan Allah memudahkan urusan dunia akhirat nya ......
Dan dalam senarai , kami ada ramai lagi yang memerlukan bantuan ... so kalau sapa sapa yang sudi tuh, boleh hubungi saya.
Tuesday, July 03, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Issh terliur tgk gambar laksa tu! Jeles-jeles!
ReplyDeleteYa semoga Allah murahkan rezeki EnZulkifli sekeluarga.
Sunflora;
ReplyDeleteYou kan pandai masak ... ikan kat banyak kat sana .. hehehhee
Sunflora;
Itulah .. sama sama ler kita berdoa buat beliau sekeluarga
Hi, nice blog! keep-up.. saya selalu dtg sini tengok.
ReplyDeleteNunn;
ReplyDeleteTerima kasih kerana sudi nak luangkan masa ziarah kat sini ...
Terima kasih ...
Kalau makan laksa tu, jangan lupa bawak garamnya sekali..
ReplyDeleteNanti jadi macam dalam Ahmad Albab. Laksanya pekat, merah, berkilat. Tapi takde garam. Geramnya aku!!!! (Kata A R Tompel laa)
tak sabaq nak balik rumah tok kat guaq... boleh singgah gurun makan laksa mak su......
ReplyDeleteuuuuuwaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Indera ...
ReplyDeleteHeheheh laksa ni dah cukup dah ... cuma saya suka tambah OTAK UDANG ajer hehehehehehhee
Monster Mom ...
Singgah ler ... rasa rasa satu Guaq pun tau Laksa Mak Su kat rel keteapi nih!!
Hehehee
Hahahaha Iliyas masuk blog!
ReplyDeleteAku pun ingat nak letak satu persatu laaa muka kengkawan lama dalam PETRONAS dulu.
Hansac ...
ReplyDelete(Hanafi Ali ker) ... Ilias pun kirim salam kat you ....
Tuan Haji,
ReplyDeleteNak buat refinery ke kat Yan/Gurun tu?
Rudy
mak aiiiiii........... menceceh air liru tengok pic laksa tu.... tetiba mengidam nih.... eermm.... pos lah kat aku sini.... pos laksa, boleh???
ReplyDeleteEn. Zul tu... mudah2an urusannya dipermudahkan ek...
itu maktok dan tok ayah saya!!!!!
ReplyDelete