Thursday, December 18, 2008

Perjalanan Haji ....

Alhamdullilah ... segala puji dan syukur buat Tuhan yang maha Pengasih lagi Penyayang .... Kami seramai 40 orang dari Yansab dan 10 dari YUC/YIC telah selamat menunaikan Ibadah Haji yakni Rukun Islam yang Kelima ... Allah dengan Rahmat nya telah mempermudahkan perjalanan Haji kami ... dan kami semua berdoa agar Ibadah Haji kami di terima Allah dan kami mendapat Haji yang Mabrur ....

Pada asalnya, anak aku yang bongsu patut ikut serta aku dan isteri, tetapi pada saat saat kami nak berangkat, dia tak nak ikut ... dia nak stay ngan Akak akak dia di Yanbu .... maka terpaksalah aku meninggalkan Afiq di Yanbu bersama sama ngan akak akak dia di bawah pengawasan anak anak Zuraili .....

Maka Terimaaaaallllaaahhhhhhhhhhhhhhhh .......................

7 Zulhijjah 1429 - Jumaat jam 10.45 pagi - Sebanyak dua buah coaster telah di hantar oleh syarikat Sameer untuk jemaah kami yang seramai 50 orang ....

Semangat gotong royong begitu menebal di dalam jiwa anak anak Malaya ... yang mana tak pergi haji pada tahun ini, siap datang menghantar kat Masjid An Nawa lagi ... pass tuh siap tolong susunkan beg beg di atas bas lagi!!! Terima kasih di atas kerjasama kalian ....

11.30 pagi - Bas sudah sedia untuk bertolak ... sampai di Rest Area sebelum Yanbu punya Check Point, bas telah berhenti ... sebab nak isi minyak ... and since dah masuk waktu Solat Jumaat, so kedai minyak mana ada bukak kaann .... so terpaksa ler kita orang berhenti di kawasan Rest Area ini untuk bersembahyang Jumaat .....

Alkisah menunggu da tunggu nih ... selesai sembahyang Jumaat dan Driver ni isi minyak and beli minuman pelbagai, dia masih lagi menunggu ... terpaksa menunggu bas bas dari Yanbu Ballad pulak .... so tungguuuuuu ajer ler ....

Perjalanan yang selalunya memakan masa 4 jam untuk kami ke Mekah telah memakan berjam jam gitu hehehehe (Tapi tak ada lak sesapa yang dalam bas itu hilang jam atau jam dia orang dissapear kena makan gitu!!!)

Bas ini menyediakan pakej makanan ringan untuk alas perut ... ala ala macam Lunch Pack gitu ler ....

3.50 petang -- kami sampai di Juhfah , iaitu Meqat bagi kami di Yanbu. Di Meqat ini kami berniat HAJI ... di mana kebanyakan dari kami membuat HAJI IFRAD (Hanya melakukan HAJI sahaja).... dan ada dua orang yang membuat Haji Tamattuk ... yakni melakukan Umrah dahulu kemudian Haji .....

Maka apabila kami sudah Berihram dan Berniat di Meqat maka terlaksana / sempurna sudah Rukun Haji yang Pertama (Niat) dan Wajib Haji yang Pertama (Niat Ihram ni Meqat). Dan bermulalah Wajib Haji yang Kedua iaitu meninggalkan Pantang Larang Dalam Ihram.

Perjalanan yang jauh di isi dengan makan makan ringan dan bicara bicara mencari keredhaan Allah ... Agar dipermudahkan segala urusan ....

Perjalanan dihiasi dengan pemandangan padang padang pasir dan gunung gunung batu ... membawa kita berfikir kepada keagungan Illahi ....

8.00 malam kami tiba di Al Gaslah Mekah dekat ngan Al Mansour .... so kami berjanji dengan driver yang kami akan datang semula ke bas pada pukul 3 pagi untuk bertolak ke Mina ... Sampai di Al Haram, kami makan malam dulu .... beli Nasi Ayam Arab dan makan beramai ramai .... sungguh menyelerakan (atau sebab dah lapar???) ... selesai makan, bersihkan diri dan berwudhuk, kami melakukan TAWAF QUDUM (Selamat Datang) serta SAIE HAJI ....

Dengan SAIE HAJI ini, maka kami telah melaksanakan RUKUN HAJI yang KEEMPAT ....

8 Zulhijjah - Hari Tarwiyah (Quenching Day dalam bahasa Inggeris ... kerana pada hari ini Rasullah sampai ke Mina dan dikatakan diberi minuman kepada ternakan yang bakal dikorbankan)

Bas kami yang sepatutnya bertolak pukul 3 pagi telah bertolak keul 4.30 pagi untuk menuju ke Mina. Dan sampai pada satu simpang tuh ...ntah kenaper tetiba ajer TRAFFIC STAND STILL ... tak bergerak ... tetapi sebab kami dalam Ihram , kami hanya diam dan tidur sahaja ler .... sebab ada orang yag lebih teruk dari itu kaannn ...

Alhamdullilah pukul 7.30 pagi kami selamat tiba di Khemah Kami di Mina yakni BLOCK 4-5 Pintu 1! Khemah kami berada di Mina Jadid (Mina Baru yang mana telah dideclare sebagai Mina walaupun asalnya ianya kawasan Mudzalifah ...)

Since masing masing dah penat and tired ... so kami orang pun tidur tidur ler di Khemah kami yang agak selesa berbanding degan apa yag aku alami waktu mengikuti Muasasah Tabung Haji.

Dalam Khemah ni dulu aku tak perasan pun ada ala ala baggage rack kat atas tuh ... waktu gi ngan TH dulu, aku tak perasan pun ...

Apabila masing masing dah penat ... maka alangkah enak dan selesanya dapat tidur dan baring baring .... hilang penat lelah seharian .....

Lorong lorong di antara khemah khemah ... kalau kat TH, lorong lorong ni siap di tulis ngan nama nama jalan yang agak familiar di Malaya .... tetapi di sini tak ada .... and perhatikan tin tin minuman yang di sediakan!!!! Duduk kat sini, makan minum agak mewah .... minuman gas, jus buah, mineral , teh , kopi, mocha semua ada ..... pass tuh macam macam snek ada di sediakan .... memang selesalah ... pass tuh kalau lapar lapar , boleh mintak Mee Segera yang dalam mangkuk tuh ...
Anak anak kecik yang di bawa oleh Jemaah India (atau benua kecil kata Zanuddin)

Tidur sudah, sembahyang sudah .... iyaaaa makan ajer belum ....

(Selepas sembahyang Zuhor, adalah disunatkan kepada mereka yang buat Haji Tamatuk untuk mengenakan pakaian Ihram dan berniat Haji ...)

So sementara menunggu makanan tiba, kita orang duduk berbual dan berbincang serta membaca bahan bahan bacaan yang di bawa ... as for me , aku leka / asyik membaca kisah Biographi Muhamad SAW .... sungguh mengasyikkan ... jalan cerita buku tersebut amat mudah dan senang di baca ... tatacara bahasa dan penyusunan ayat dia pun agak menarik .... Membuatkan kita seolah olah bersama sama Rasullah tika itu .....

(Siap dapat bayangkan betapa perangai orang Arab Quraisy , orang Arab Taif .... Abu Jahal ... Abu Lahab .... )

Sebelum makanan tiba, seperah dia dulu tiba ... so ada yang rajin, keluar pergi ambil minuman minuman dulu .... sambil menunggu makanan ... ala ala lite lite zikir dulu ....

Dan sementara menunggu makanan, boleh komen sana komen sini .... and Haji Abang Pi kita ni boleh pose pose lagi .....

Tiba sudah masa yang dinanti nantikan .... NASI AYAM ARAB .... disebabkan peurt agak lapar , nasi yang di hidang terasa amat lazat dan sedap sekali .... sampai menjilat jari jugak ler hehhehehehe ... tapi sayang , kita perut orang Malaya .... makan tak habis ....

Di Mina, Rasullah telah bersembahyang Zuhor, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh sebelum bertolak ke Arafah ... dan dikatakan Rasullah mengerjakan Solat Qasar untuk Zuhor, Asar dan Isyak.

Kami bersembahyang di dalam kem kami sendiri .....

Motif gambar kaki cantik nih ???? (Cantik ker???)

9 Zulhijjah - Hari Wukuf ....

6.15 pagi - Selepas sembahyang Subuh, kami telah berangkat menuju ke Arafah .... di sepanjang perjalanan kita akan melihat manusia di dalam Ihram berbondong bondong menuju ke Arafah ... ada yang masih berkhemah di tepi tepi jalan ....

Lembayung pagi menyambut kedatangan kami di Arafah .....

Dah nak dijadikan cerita, bas yang kami naiki itu telah terlepas simpang ... yakni terlanjak ... maka kami pun terpaksa buat satu pusingan semula , yang mana pada waktu tuh ... traffic is STAND STILL dah .... so ala ala duduk ajer dalam bas sambil bertalbiah ....

Inilah innovasi kereta Ambulans dia .... hehehehehhee iya ler kalau pakai kereta biasa, pasti akan tersekat dalam kesesakan macam kami kaaannn ...

10.30 pagi - Alhamdullilah akhirnya kami selamat sampai di Kem kami di Arafah ....siap siapkan diri , minum minum , rehat rehat , baring baring sementara menunggu masuk waktu Hari Wukuf , yakni masuk waktu Zuhor ...

"The Hajj is Arafah ... " (Termizi & Abu Dawud 889:1949) ... dikatakan Haji itu adalah Wukuf di Arafah ... dan Wukuf di Arafaha amalannya ialah berzikir dan berdoa .... maka perbanyakkanlah berdoa di waktu ini ... kerana pada waktu ini Allah membebaskan hambanya dari Neraka ... dan mengakbulkan doa doa hambanya ......

Khutbah HAri Wukuf dan diikuti dengan Sembahyang Zuhur dan Asar yang dilakukan secara Jamak dan Qasar ..... kerana inilah yang dilakukan oleh Rasullah pada waktu baginda menunaikan Haji ....

Selepas itu, kami pun menantikan makanan yang bakal tiba .....

Di waktu yang terluang, sempat ntuk berkenalan dengan rakan sehidangan ...

Makanan yang dihantar secara systematik dan pantas ...

Dan jangan marah kalau kat tempat aku dapat dua hidangan... sebab kami ada tujuh orang ... so dia kasi dua hidangan ... tetapi .... tak abis pun !!!! Tak larat nak abiskan ... walaupun lazat sangat!!!

Aku ratah ratah ajer daging dia ... puas sangat!

Inilah periuk belanga yamng digunakan untuk memasak ... macam buat kenduri kendara lak ...

Dulang dulang yang di gunakan ....

Penat selepas makan .... tapi mana nyer zikir dan doa yang harus di buat seperti yang di anjurkan?

Perhatian --- Jemaah haji perlu mendapatkan rehat secukupnya sebelum Hari Wukuf ... agar pada hari Wukuf, Jemaah tidak penat dan tidur waktu wukuf .... sayang sangat kalau kita tidur!!!

Sebab pada waktu Wukuf inilah waktu yang paling afdal untuk kita berdoa .... antara waktu yang paling mustajab doa .... doa doa yang di perkenankan .....

Letih berdoa dan berzikir di dalam khemah .... keluar minum minum dulu ....

Dan di anjurkan jua selepas Asar untuk kita berdoa sambil berdiri di luar khemah ... maksud aku Shukri berdoa, bukannya berposing OK ....

Jemaah tak berhenti henti berdoa dan berdoa ... agar doa doa dimakbulkan Allah ...

Pada waktu inilah (Waktu Wukuf) paling ramai diampunkan dosanya oleh Allah .....

Bulan pun kelihatan .... dan sebaik sahaja masuk waktu Maghrib, kami bernagkat keluar dari Khemah Arafah untuk kembali semula ke khemah Mina . Since khemah kami bersebelahan dengan Mudzalifah, maka mudah bagi kami untuk ke Mudzalifah dari Khemah kami ....

6.15 petang ... sampai di bas untuk membawa kami pulang ke Khemah ... tetapi ... hanya duduk di dalam Bas ajer ... sebab bas tak bergerak gerak pun ....

10.30 malam - setelah berhempas pulas di dalam bas ... siap ada gaduh gaduh lagi pemandu bas kita orang ngan seorang pemandu yang lain ..... memang adventure gitu ....

Selepas sampai di Khemah kami di Mina, kami mula bersiap siap untuk ke Mudzalifah bagi tujuan bermalam di sana ... sebab Rasullah SAW, selepas berwukuf di Arafah , baginda terus ke Mudzalifah dan bersembahyang Maghrib dan Isyak (Jamak and Qasar) di Mudzalifah ... kemudaian , baginda terus tidur di Mudzalifah ....

Kami tiba di Mudzlifah, kemudian cari spot yang baik ... terus kutip kutip batu untuk di buat melontar Jamratul Aqabah keesokkan harinya ....

Aku dan rakan rakan terus tidur di Mudzalifah ... sementara kaum ibu pulak dalm kul 2 pagi pulang semula ke Khemah di Mina ....

Wajib Haji yang 3 - Bermabit di Mudzalifah selamat dilaksanakan .....

Alhamdullilah ... aku tidur amat lena ... sedar sedar dah nak dekat kul 5 .... lihat ler tandas dia punya que ... punya ler panjang ... so aku just pergi ambik wudhuk ajer .... sembahyang subuh dan berdoa sehingga matahari naik ....

10 Zulhijjah - Hari Nahar ...

Doa di Mudzalifah selepas waktu subuh dan sehingga matahari terbit adalah antara waktu yang paling mustajab berdoa .... Rasullah SAW duduk berdoa selepas subuh sehingga matahari terbit kemudian baginda langsung menuju ke Jamratul Aqqabah untuk melontar ....

Memandangkan kami ada wanita bersama sama kumpulan kami, kami telah menunggu sehingga selepas Zuhur baru keluar untuk melontar Jamratul Aqabah ...

Rasullah SAW melontar Jamratul Aqabah pada waktu Dhuha ....

Kami tidak dapat mengikut akan ini sebab tidak mahu terhimpit di dalam kesesakan lautan manusia ....

Manusia berpusu pusu menuju ke Jamrat untuk melontar .... alhamdullilah sekarang ni ada TIGA (3) tingkat yang di buka .... so Alhamdullilah, kami telah melakukan ibadah melontar dengan mudah sahaja .... walaupun terpaksa berjalan ke Jamrat sejauh 7 km (orang Arab kata 3.2 km ... tetapi kawan kawan aku kata 7 km ....)

Lautan manusia ....
Membawa satu tujuan ... mencari keredhaan Illahi dengan melakukan Ibadah Haji ....

Selesai sudah Wajib Haji yang Keempat (4) , melontar Jamratul Aqabah pada hari Nahar yakni pada 10 Zulhijjah .....

Dan dengan ini, kami boleh bertahlul Awal , yakni terlepas dari pantang larang Ihram kecuali tiga perkara .... iaitu ... permulaan persetubuhan, setubuh, dan nikah dan bernikah ....

Rasullah SAW pada Umrah Perjanjian Hubaidiah ada bersabda / berdoa sebanyak TIGA kali kepada mereka mereka yang BOTAK dan hanya sekali kepada mereka yang mengunting rambut untuk tahlul .... makan godol ler kepala Zuraili ....

Terlaksana sudah Rukun Haji yang Kelima - Bertahlul

Inilah kedai BARBER SHOP dekat dengan Jamrat .... updahnya sebanyak SAR 15 sahaja ... agak murah compare dengan waktu aku buat Haji dulu ....

Alhamdullilah .... muga Allah menerima ibadah kami ....

Andainya tak sempat nak bercukur di Jamrah ... jangan risau, pasti ada yang sudi nak tolong buat sewaktu di Khemah ....

Kepala sapa agaknya ini kaaannnn .... (Clue ...Pegawai Logistic Yansab)

Pada hari 10, 11, 12, dan 13 Zulhijjah, Rasullah berada di Mina dan baginda menunaikan Solat Zohor, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh .... Baginda menqasarkan solat Zuhur, Asar dan Isyak.

Kami pun berbuat begitu .....

11 Zulhijjah - Hari Tasyrik ....

Selepas subuh , kami telah mengambil transport (kereta sapu) untuk ke Al Haram ... dia charge dalam SAR 450 satu kereta ... so lebih kurang seorang kena SAR 40 riyal gitu ....

Alhamdullilah di Haram tak ramai orang ....

Bagi Pak Cik nih ..... no matter what ... siap tidur tidur laki bini lagi .... boollleeyyyy

Merenung Jauh ..... teringat akan kampung halaman ...

Alhamdullilah, kami telah selamat melakukan Tawaf Ifadah ... maka telah selesailah segala rukun Haji kami ... dan terlepas kami dari pantang larang Ihram ....

Alhamdullilah ... Allah mempermudahkan segala urusan kami ....

Sebaik kami selesai Tawaf .... orang sudah mula ramai di Haram ....

Kiswah / Kelabu yang baru .... baru di ganti pada hari Wukuf .....

Menunggu rakan rakan yang lain ....

Sementara menunggu , siap boleh makan BROAST lagi ....

Alhamdullilah .... bergelar Haji Zuraili dan Haji Sulaiman dah dia orang sekarang nih ....

Kami meninggalkan Haram pada kul 10 dan menuju ke Jamrat ...

Naik kereta sapu dan dia charge SAR 15 seorang .... perhatikan sampah sampah yang ditinggalkan oleh Jemaah ....

Khemah khemah yang didirikan di Mina oleh Jemaah

Terdapat juga peminta sedekah ....

Alhamdullilah kami melontar ketiga tiga Jamrat dengan mudah dan senang .... memang lapang ....

Siap boleh pose dan borak borak lagi di Jamrah ...

Manusia yang telah selesai melontar ketiga tiga Jamrat ....

Terlaksana sebahagian dari WAJIB HAJI yang KEENAM (6) Melontar ketiga tiga Jamrah pada hari hari Tasyrik .....

12 Zulhijjah - Hari Tasyrik ...

Hari Terakhir kami di Mina ... kami membuat NAFAR AWAL ... yakni hanya berada di Mina pada 2 hari tasyrik ... Kami kena meninggalkan Mina sebelum Maghrib

(Surah Al Baqarah Ayat 203 ... lebih kurang maknanya .... boleh kalau nak bermalam dua malam atau tiga malam di Mina)

Setelah barang barang kami di letakkan di bas, kami menaiki bas SAPTCO untuk ke Jamrah ... sebab tak larat nak jalan ke Jamrah ..... tambangnya SAR 10 seorang .....

Tiba di Jamrah pada awal pagi kul 7 .... nampak mentari pagi baru nak naik ....

Alhamdullilah , kami dapat melontar dengan mudah ... maka terlaksana lah Wajib Haji yang Keenam ....

Lautan manusia yang menuju arah Haram ....

Terlaksana sudah Ibadah Haji buat Isteri dan Aku ... dan bagi aku, Alhamdullilah, ini kali kedua aku dapat mengerjakan Haji ....

Alhamdullilah .....
Di antara kami yang telah selesai semua Rukun dan Wajib haji .....

Kaum Ibu serta Hajjah Alia ......

Jemaah Indonesia tetap dengan keunikan tersendiri ... ala ala menyertai pakaian beragam di perarakan Hari Kebangsaan gitu ......

Selepas melontar kami menuju ke Mekah untuk melakukan Tawaf Wada' .... Aku naik Bas SAPTCO, SAR 10 .... tapi bas kami tak dapat masuk, so dia terpaksa pusing ikut Kudai ... dalam kul 9.45 pagi baru sampai ke Haram ....

Maka setelah selesai membuat Tawaf, kami ke D saji untuk makan tengahhari dan kemudian langsung ke As Gaslah semual untuk mengambil bas kami untuk ke Yanbu ....

Dalm kul 2.45 petang kami meninggalkan kota Mekah ......

Berhenti untuk rehat dan isi minyak ..... apa yang menarik tetantang gambar ini..... cari ler sendiri dan senyum ler sendiri kalau faham .....

Alhamdullilah ... rombongan kami telah selamat sampai di Yanbu pada kul 8.00 malam .... ALHAMDULLILAH ......

12 comments:

  1. alhamdulillah abang aji ghazz ittewww.. alhamdulillah

    ReplyDelete
  2. hamamat annisa...

    tempat mandi perempuan...

    Sempat lagi skodeng Tuan Haji...

    ReplyDelete
  3. alhamdullillah...

    am happy for u ghaz! ;)
    really enjoying myself reading about ur journey...insyaallah boley di buat reference to those yg nak pegi later years...
    rezeki u dipermudahkan segala nya ;)

    oooo...main skodeng ek! ish ish ishhhh...btw, nasik ayam arab itew sangat sedap hokeyyyy...klo i mmg dah habes licin! nasik die tue cam lain dari yg lain...mkn camtue je pon i suke...although kering, takde kuah, makan ngan cili hijau die...erghhhhh...yummehhh!

    ReplyDelete
  4. Aduhhh.. gambar-gambar yang Abang Ghazali sertakan ini cukup membuat hati saya pilu. Ingin sekali turut serta di antara lautan manusia itu bersujud, bermunajat memohon keampunan ke hadrat Allah. Juga gambaran alam yang Abang Ghazali sisipkan... indah sungguh bumi Saudi.

    ReplyDelete
  5. bila baca entry u yg kali ni..... terasa sungguh kuat hati, perasaan dan diri ini ingin melakukan ibadah haji.... semoga i cepat ke sana utk haji pula.... amiiinnnn...

    p/s: tak puas ler baca entry ni sekali... :D

    ReplyDelete
  6. Rindunya Kota Suci ini. Semoga dapat diberi peluang ke sana lagi.

    Terima kasih kerana sudi share gambar ni :)

    ReplyDelete
  7. Thanks Haji Ghazali for sharing your journey. Nampak jamrah baru memang modern.

    Semoga Allah kurniakan kita semua rezeki, kesihatan yang baik, kesempatan dan peluang agar dapat mengerjakan umrah dan haji lagi di masa hadapan.

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah, Hj. Ghaz seronok sungguh baca segala adventure haji kali ni.
    Siapa uruskan khemah di Mina & Arafah?

    ReplyDelete
  9. en_me ;

    Alhamdullilah ... and terima kasih hehehehehe

    Hansac;

    Actually that is not the intention ... intention nya ialah ejaan LADIS tuh!!! Hehehhehehe

    Verde;

    nanti datang buat Umrah calling calling yaaa ... Insya Allah akan belanja Nasi Arab OK ... siap lauk Unta lagi kalau di madinah!!!!!

    Again bukan Sekodeng ... hanya nak tunjuk ejaan LADIS tuh ... sound so SADIS gitu ....

    Indera;

    Insya Allah ... mudah mudahan Allah mempermudahkan urusan Indera untuk kemari ... Insya Allah

    Rush;

    Amin ya Rabbul Amin .... mudah mudahan Allah memperkkenankan dan mempermudahkan urusan u nak kemari.

    ~yunik~

    Insya Allah, mudah mudahan boleh kemari lagi ...

    sunfloura ;

    Amin ... and the same goes to you, Hajjah Siti ....

    Hajjah Dian;

    Hamlah .. atau local agent di Saudi ... kalau nak pergi kena melalui dia orang ...

    ReplyDelete
  10. Haji, syoqya baca perjalanan Haji kali ni..route yg haji ikut tu terasa macam ikut rombongan Haji Wida' Rasulullah..
    Terasa nak pi lagi soon tapi apa kan daya, tahun 2019 InsyaAllah baru ada peluang kalu ikut TH.

    ReplyDelete
  11. salam..mintak izin copy satu gambar....hu3

    ReplyDelete
  12. Masih bukak apa engak pendaftarannya

    ReplyDelete