Sunday, July 22, 2012

Pose Pose Ramadhan Kareem

Ramadhan, bulan ke 9 dalam kalendar Islam tiba lagi.  Bulan yang menjanjikan di mana pada suatu malam, ianya lebih baik dari malam seribu bulan ... iaitu malam Lailatul Qadar.

Muga Ramadhan kali ini, segala amal dan ibadah kita di terima Allah, dan ianya lebih baik dari Ramadhan yang lepas lepas.  Dan muga kita mendapat menafaat dan barakah di bulan ini dan dapat sama sama merebut peluang di malam Lailatul Qadar.

Sementara menantikan masuknya waktu Isyak yang telah di anjakkan (oo yaaa .. kalau di Saudi, biasanya waktu Isyak akan masuk 1.5 jam selepas Maghrb ... namun pada bulan Ramadhan, ianya telah ditetapkan 2 jam selepas Maghrib) ... terasa lak nak pose pose sama sama ngan anak anak.  Aisyah tak nak masuk sama, sebab dia dah besar and malu.

Maka Terimalaaaaaahhhhhh ........

Untitled
Syafiq ler yang paling excited dengan kedatangan Ramadhan kali nih.  Excited tanya berapa rakaat nak sembahyang, excited tanya bila nak sahur, excited tanya pukul berapa bleh makan ...nampak very excited!!! And of course ... bila RAYA .... hahahhahahahaa

Untitled
Pada puasa hari pertama, selepas solat Asar, kami ke STAR utk membeli serba sedikit juadah berbuka.  Syafiq excited sangat.  Sebab hari pertama puasa kan.  Sampai kat STAR, air kotak nak, chips nak, maggis nak, rambutan nak, cherry nak, peach nak .... ice cream nak .... semuanya nak .... air ada dua tiga jenis lak tau!!!!

Tetapi malangnya ... bila sampai kul 6, dia da tak tahan .. katanya nak terasa nak muntah ..  so terpaksa ler berbuka pada pukul 6 petang pada hari pertama

Untitled
Hari Kedua, Alhamdullilah ... dapat diteruskan dan di habiskan puasanya .... Nurul Iman ... hehehehheee hari pertama lagi, dalam kul 10 pagi, dia dah siap bukak peti ice and ambil ice cream and air .... bila suruh puasa, dia just kata .. "Noooooo"

Untitled
Inilah keletah anak anak menyambut puasa .... seronok melayan ....

Untitled
Ramadhan Kareem from all of us.



3 comments:

  1. lama xupdate..sonok ye layan kerenah anak..

    ReplyDelete
  2. Noureldin6:46 PM

    about 2 hrs i traveled via a memrable photos. hope haji to meet u again.
    noureldin - sudan
    ex- PMC tharjath project

    ReplyDelete
  3. hee heee budak2 ya hj

    ReplyDelete