Saturday, October 22, 2016

Mario’s Coffee Express - The Best Coffee in Town ... Katanya


Tu diaaaa … sejak bila lak aku nih jadi pengemar coffee???  Memang ler aku tak dapat nak bezakan samada itu coffee ker, cappuccino ker , expresso ker … bagi aku semua coffee tuh semuanya yang rasa dia pahit pahit gitu !!!


Then apa kes lak boleh nak buat cerita pasal nih?  

Maka Terimalaaaaaahhhhhh ……..


Setiap pagi aku akan naik train ke Office.   Usually aku aku stop kat Waterfront.  Then aku akan jalan jalan dari station ke office aku.   Aku akan ambik jalan kiri, kanan, depan , belakang tak kira ler … ikut mood dan keadaan ler.  Then kalau aku ambik jalan nih, aku pasti akan lalu kat kedai coffee nih.   Kedai dia tak besar mana pun!   Tapi OK ler ….  Yang buat aku teruja ialah tagline dia “THE BEST COFFEE IN TOWN”
 
 

Tapi aku bukanler peminum coffee pun.  Tapi yang buat aku teruja ialah tagline dia tuh!!!  So dari sehari ke sehari nak singgah tapi tak singgah singgah.   Then ada satu petang tuh, kawan aku nih suka minum coffee, so bila kami pergi kedai dia dah tutup ler lak.   Itu yang buat aku tambah teruja nak ke sini.

 So tak teruja ker kalau lalu Nampak sign nih????  Dan aku ada gak google, and dalam YELP ker apa ker, dia punya review memang paling sikit pun ala ala Nora bagi 4 bintang gitu !!!


Ini minuman coffee dia  ataupun menu dia … tapi jangan tanya aku … aku main order random jer … sebab bila aku tanya dia, dia kata lain orang lain tastebud dia akan coffee … so aku pun order ler single shot Coffee Latte –Cappuccino.


Tak kan nak minum coffee semata mata kan, maka dia pun ada gak makanan ringan.  Ini menu sandwich dia … memang banyak pilihan … tapi since aku pun tak pernah datang sini, so aku pilih Tuna . 


Sekitar décor atau hiasan di sini ... Owner dia tgh sibuk buat capucino aku ...


Tak ada apa apa kelainanan atau istimewa dari segi dekor kedai ini ... a typical coffee shop gitu.


Katanya Owner nih dari Latin ...


Ada ler dessert and benda benda lain


Sandwich dia


Cookies ... sedap makan ngan minuman panas ...


Ni dia cappuccino aku …. Froth / buih dia agak thick dan memang sedap ler.  Bila kita kacau kacau , semua mixed … terasa ler coffee … hahhahaah … dan lepas tuh aku rasa pening sepanjang hari … maklum ler bukan peminum coffee tegar kan !
 
Sandwich dia, memang sedap!!!  Combination bahan bahan dia agak setara and menaikkan lagi rasa sandwich tuh!!!  Aku memang highly recommended ler sandwich nih!!!

So kepada semua, kalau ke Vancouver, apa kata, breakfast di sini …

3 comments:

  1. Soalan En Li coffee ker, cappuccino ker , expresso ker sama macam HH... ha ha ha... Actually ada beza...cappucino lebih serap gula... expresso kurang skit.. mocha agak pahit dan pekat... SS lebih suka mocha...

    ReplyDelete
  2. Kah kah kah bro jali ngat semua kopi sama eklain lah rasa nya pun x sama. JMpernah try espresso mahal gie tp ciput jek pahit!

    ReplyDelete
  3. Kalau Jm alah dgn nescafe pas minum mesti sakit pale tp kopi on jek

    ReplyDelete