Wednesday, January 22, 2020

Plus 15 - Hanya Di Calgary

15+ atau Plus 15 ... apakah itu?  Mathematic atau campur campur?   Ianya hanya di Calgary sahaja !!! Seperti yang sedia maklum, Calgary nih kalau musim sejuk dia, tak ingat dunia !!!  Pass tuh kalau boleh nak stay lama lama ....

Mereka tidak mahu menyalahkan Tuhan dengan keadaan cuaca di Calgary kan, sebab kita yang pilih nak duduk sini.  Maka direka ler Plus 15 nih ...

Maka Terimalaaaaaahhhhhh ........


Iyaaaa .... inilah yang di katakan Plus 15 atau 15+ tuh !!!  Ianya adalah network yang terulung di di dunia.   Dan menurut Rakan Wiki ...

"The Plus 15 or +15 Skyway network in Calgary, Alberta, Canada, is one of the world's most extensive pedestrian skywalk systems, with a total length of 18 kilometres and 62 bridges. The system is so named because the skywalks are approximately 15 feet above street level."




So dari office aku,aku akan ambil jalan ni. Plus 15 nih gabung antara satu bangunan dengan bangunan yang lain.   Maka kita tidak perlu nak keluar dari bangunan.  Al maklum ler , Calgary kan sejuk !

So aku dari Calgary City Center,masuk ke bangunan Jamieson Place.  Untuk sambungan ini, hanya di buka dari 7 pagi ke 9 malam sahaja.


Di bina jambatan yang menghubungkan antara bangunan.  Ianya adalah tertutup.

Jambatan dia agak selesa .... lapang dan luas ler ...


Boleh ler nampak jalan di Bandar Calgary ... agak sepi dan lenggang kan ... hehehehhee


Setiap bangunan ada ID dia sendiri ... masing masing nak tunjuk bangunan dia lagi cantik dan istimewa.  Jamieson Place nih aku suka sebab ada so-called Winter Garden dia ...

Dinding / wall dia di tanam pokok pokok .... terasa redup dan tenang.


Pepohon buluh ...  Kita boleh duduk duduk rehat rehat sambil makan tengahhari.


Jalan lagi ... dia kan panjang ... so aku memang waktu rehat ambil usaha utk exercise dengan jalan di sepanjang Plus 15 nih dengan harapan objective exercise tertunai!


Kita tak ler sesat ... sebab dia akan tulis kita akan ke Bangunan mana dan apa arah compas kita ... samada Utara Selatan Timur atau Barat !

Sila abaikan muka garang Mamat tuh ! Di setiap Bangunan ada Food Court dia tersendiri ... jadi kita boleh pilih nak makan di mana dan gerai apa pilihan kita hari ini.  Terus teringat zaman dulu , pilih makan samada kat Wisma Central, BSN .....


Yeaaayyy Tim Hourton ... atau TIMS atau TIMMY .... Canadian Favorite !!!!

Lepas makan kita angkat dan bersih.  Buangan di asingkan mengikut category !

Sini sini ada pilihan nak makan Beyond Meat  Burger di A&W, Kebab/Sharwama di Cedar, atau Pad Thai di Thai Express !  Tak terasa ler ... memang banyak pilihan ... nih baru satu food court !


Di bangunan lain lak ... food court dia !


Nih di Bangunan lain lagi ... tengok food court dia design ala ala makan di rimba gitu !


Kena lalu celah celah pokok hehehhehehehee


Selain dari Food court ada juga kedai kedai ...


dan juga Mall serta kedai kedai Jenama Premium.  Di Holt, untuk aku hanya mampu tengok ... jenama Prada, Hermes , ntah apa apa lagi ....



Dan di Bangunan nih lah ... aku suka LED display dia ... ala ala  art yg berubah rubah !









Di sini ada C-Train ... tapi tak ler macam kat Tokyo atau New York atau London ... simple jer !


Boleh tengok bertapa lenggang atau sepinya Pekan Calgary waktu Tengah hari hari bekerja


Dan ada bangunan yang gah ...


Jangan takut sesat ... sebab di mana mana ada guide atau pentunjuk nih


Ni Stephen Avenue yang tersohor .....


Banyak lagi tengah nak diubahusai

Jadi itulah Plus 15 ... yang teristimewa di Calgary ......








4 comments:

  1. wow wow wow cantiknya!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pekan kecil jer ... penduduk tak sampai sejuta

      Delete
  2. wahhh duduk sana !! seronoknya..
    kalo ct pegi sana tau da nak cari sapa hahahah =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silakan .... kecik tapak tangan .... nyiru saya tadahkan ...

      Delete