Friday, May 09, 2008

Selamat Tinggal ......

Entry ini mungkin entry aku yang terakhir menggunakan Server PETRONAS dan Laptop company ... sebab aku rasa minggu depan aku dah nak serahkan segala laptop pelbagai .... memang rasa emo sangat bila nak buat entry yang terakhir dari Tingkat 6, Menara Dayabumi ...

Dengan ini juga, izinkan daku menyusun sepuluh jari , menghulur tangan ... mengharapkan kemaafan dan keampunan , buat semua yang mengenali diri ini ......

Mana Manggung, mana Periaman
Mana batu kiliran taji
Tinggal kampung tinggal halaman
Tinggal tepian tempat mandi

Tapi ada ker tepian mandi ... teringat lak zaman kecik kecik dulu mandi sungai .....

Dari mana hendak ke mana
Tinggi ruput dari padi
Tahun mana bulan mana
Dapat kita berjumpa lagi?
Dian tiga lilin pun tiga
Tanglung tergantung rumah laksamana
Diam juga sabar pun juga
Ada umur tidak ke mana
Tuan puteri pergi ke Rasah
Pulang semula sebelah pagi
Kita bertemu akhirnya berpisah
Diizin Tuhan bersua lagi

Maka Terimaaaaallllaaahhhhhhhhhh ...................

Aku dah siapkan pack kan apa yang patut ... manakala file file lama tuh, aku tinggalkan ajer ... sebab aku rasa tak berhak lak nak bawak pergi kaaannn ....

Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Inilah tempat aku selama di Dayabumi .... yang mana terpaksa aku tinggalkan .....


Kalau ada sumur di ladang
Boleh saya menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Boleh kita berjumpa lagi


Office ni walaupun baru dan kosong ... tetapi akan di renovate kan lagi bboolleeeyyyyyyyyyyyy!!!! Nak buat macam mana, parti PKR tak ada kaaannn , kalau ada dah sure dia orang suruh buat audit gitu!!!!

Hari ini menanam jagung
Hari esok menanam serai
Hari ini kita berkampung
Hari esok kita bersurai



Selamat Tinggal PETRONAS .... Terima kasih di atas platform yang telah diberikan kepada ku .. untuk terus aku melangkah .... TERIMA KASIH .....................

3 comments:

  1. Burung merpati terbang seribu
    Hinggap seekor di tapak tangan
    Hendak mati dihujung kuku
    Hendak berkubur di tapak tangan...

    Good luck Tuan HJ!!!

    ReplyDelete
  2. The next move will be better than the previous one! Insyallah!

    Selamat datang ke tanah yang penuh dugaan, cubaan, mencabar kesabaran etc etc etc :)

    ReplyDelete
  3. Monstermom ...

    Terima kasih ... waaahhhh berpantun jugak nih ... sorry ler lambat balas comment nih ... sebab skg ni baru ada ruang utk membalas hehehehhehehee

    Sunflora;

    Thank you .... I have been to Sudan ... so ala ala boleh kata once you are in Sudan .. then everything else seems nice and rosy ....

    Boolleeeyyyyy

    ReplyDelete