Tuesday, July 01, 2014

Membuat Kebajikan - Menarik Kapal Terbang

Salah satu seronoknya duduk di negara maju ini, mereka ada banyak badan badan kebajikan yang sedia menghulurkan bantuan kepada mereka mereka yang memerlukan.

Dan badan badan ini, mengadakan pelbagai acara bagi mengutip dana untuk badan kebajikan ini .  Dan andainya kita menghuurkan bantuan, bantuan kita akan di kira untuk menolak dari kutipan hasil pada penghujung tahun nanti.

Salah satu badan ialah UNITED WAY .  Pelbagai aktiviti mereka lakukan demi untuk mengutip dana bagi badan ini.   Salah satunya ialah dengan mengadakan acara Menarik Kapal Terbang !!!!

Maka Terimalaaaaaahhhhhh ........


Kapalterbang inilah yang bakal di tarik oleh seramai 11 orang peserta.  Apa yang badan ini buat, adalah setiap pasukan perlu membuat commitment untuk mengutip sekurang kurang $1,000 bagi pasukan mereka.  Dan setiap ahli dalam pasukan mereka pula akan menghantar pledge kepada rakan rakan yang lain agar membuat sumbangan ...


Inilah Team Jacobs .... antaranya .. sebab gambar beramai ramai, sampai sekarang penganjur tak bagi lagi !!!


Siap ada kereta bomba lagi !


Suni pun masuk.  Dia wakil Team SHAW.  So Adlina dan mak serta ayah dia pun ada datang.


Wife bergambar dengan Mak dan Ayah Adlina.


Memasuki ke landasan.


Mula untuk menarik !!!


Bersedia ...


Tarrriiikkkkkk !!!!!


Dengan penuh semangat menarik kapal terbang !!!!


Melepasi ....



Tak ler sesusah mana pun !!!


Support from family !!!


Ada face painting ... Iman bust bunga ros kat tangan .


Dragon Face - Syafiq.

No comments:

Post a Comment