Kalau kita di Kuala Lumpur , macam macam suara kedengaran bercerita tentang pengangkutan awam ni ... Baik RAPID, PUTRA maupun STAR! Kalau nak tulis, rasanya sampai esok pun tak abis taip lagi hehheheheh!
Jauh berjalan luas pemandangan , maka di Sudan ni pengangkutan awam dia agak unik sikit ... ianya adalah mempunyai nilai nilai tersendiri !!!
Untuk melihat dan menghayati berkenaan pengangkutan di Sudan ni ,
Maka terimalahhhhhhh ....

Inilah pengangkutan yang paling popular ... BAJAJ sebutan di kalangan kami, atau Trishya (bunyi macam ni ler) di kalangan Sudanese ... Rasanya motor ni buatan India, tu ler nama dia ada ala ala Hindustan sikit!

Bajaj di atas jalan raya ... jangan risau, so far tak pernah dengar lagi orang mati kemalangan di jalanraya yang tinggi disebabkan oleh BAJAJ (anyway, tak payah nak ber-ops ops nyer ....!!!)

Taxi ... tak perlu risau, kalau takut naik BAJAJ, why not cuba YELLOW CAB dia ... hehehheee Aircond, Radio semuanya ...... TAAAKKKK AAADDAAAA!!!!!! Silap silap kita kena pegang pintu dia kuat kuat takut terbukak waktu tgh jalan!!! Sapa nak jawab tu???

Taxi sedang meluncur megah di jalan raya .... walaupun buruk tapi masih mampu menjalankan tugasnya!!!

Selain dari Bajaj, taxi, perkhidmatan BAS MINI pun popular jugak!!! Tambangnya ialah SD 0.30 (lebih kurang 45 sen gitu) Seperti biasa, kena rapat rapat jugak !!!

Kesibukan di terminal bas mini di bandar Khartoum.

Kalau tak nak jugak naik bas mini, ada lagi option ... AMJAD ... Naik VAN atau AMJAD!!!


Abis kalau tak nak naik Bajaj, Taxi, Bas Mini dan Van ... macam mana? Tak apa, tumpang ajer Pick up!!!

Tak nak jugak .... tak apa apa kata .... Naik Keldai?

Inilah Kereta Keldai ....

Tahan Lasak dan Less Maintenance ... Sanggup bekerja keras mengangkut air!!!

Jgn ingat Khartoum tak ada Kapalterbang ... kebetulan sempat tangkap gambar Sudan Airways on the air!!!