Tuesday, November 08, 2005

Ahlan Wa Sahlan ya AKMAL SYAFIQ

Pada 26hb October 2005 (bersamaan hari Rabu) lebih kurang pukul 7.55 pagi, Akmal Syafiq telah selamat di lahirkan di dunia ini .... Syukur Alhamdullilah ....

Akmal Syafiq mengikut kiraan doktor, akan di lahirkan pada 11hb November 2005 dan aku lak telah plan nak pulang ke Malaysia pada 07 hb November 2005. Tapi dah nak di jadikan rezeki, Kebetulan pulak aku telah di panggil balik ke KL pada 26hb November kerana ada TPCP Interview session ....

Maka pada pagi 26hb October (Mula2 silap type, tulis November lak ... nasib baik Rose kasi tau!!!) 2005, selepas solat subuh, dalam siap siap nak ke opis ... wife aku dah mula rasa sakit sakit contraction dah .... eiikkkk belum cukup masa dah sakit sakit ker??? Anyway, dalm kul 7 lebih sikit, selepas aku siapkan Aisyah dan Iman, kami semua terus ke SJMC ...

Dan kul 7:55 pagi .... maka lahirlah AKMAL SYAFIQ .....

Maka terimalaaahhhhhhhhh................

Minit minit pertama melihat dunia ... agak takut dan tidak ketentuan .... begitulah resam manusia .... mula mula lahir takut akan dunia, tapi pabila dewasa, takut pulak meninggalkan dunia!!!

Terasa panas dan selesa apabila telah di bersihkan dan di selimutkan ....

Aisyah, adalah kakak yang paling gembira dengan kelahiran adik dia yang baru, Akmal Syafiq ...

Nurul Iman ... agak confuse sebab sekarang ni dah jadi Kakak Iman ... dan perhatian orang dah ke baby .... Walau apa apa pun , Iman tetap kita orang panggil Adik jugak!!!

Hari Raya yang pertama buat Akmal Syafiq ...

Baju raya pertama yang warna biru dan belang belang!!!

6 comments:

  1. Anonymous8:31 PM

    salam.

    wah congrate! dpt new baby..cute la..hihi..rezeki anak2 dpt blk Msia awal ek(:

    ReplyDelete
  2. Dah rezeki ... nak buat macam mana kan ...

    Kita merancang tapi Allah yg menentukan

    ReplyDelete
  3. Anonymous1:23 AM

    wah hensom anak hang no.. tahniah..

    ReplyDelete
  4. Tahniah. Tambah seorang lagi cahaya mata Ghazali dan isteri. Anak lelaki kali ni pula ya. Alhamdullilah.

    ReplyDelete
  5. Anonymous5:30 PM

    Congratulation!

    ReplyDelete
  6. Anonymous9:35 AM

    Assalamualaikum saudara,

    Wan dalam gambar tu Wan Muzaffar ke? Kalau betul dia.. he was our junior masa sek menengah dulu. Last jumpa di mesyurat alumni di rumah President kami di Bukit Jelutung.. Masa tu dia masih student belajo engineering kalau tak silap.

    ReplyDelete