Saturday, January 07, 2006

Shopping Lembu Korban

Dua tiga hari lagi, kita akan menyambut Hari Raya Korban … Hari Raya Korban kat sini di sambut agak besar besaran jugak …. Dia orang cuti officially sampai nak 4 hari … tapi selalunya office akan tutup minimum seminggu … dan ada yang ambik lebih dari tu …

Korban tanpa pengorbanan apalah ertinya kannnnn hehehehhee … kat sini orang orang dia lebih suka buat korban Kharuf … so harga Kharuf pada waktu ni agak mahal … Seekor Kharuf dia nak SD 20,000 !!! Walhal harga seekor lembu hanya SD 50,000!!! Dia orang kata pasal apa aku nak buat korban lembu, sedangkan Nabi Ibrahim waktu tu dia korbankan Kharuf … so sapa nak jawab tu …

Anyway, aku sempat pergi shopping lembu. kami bercadang untuk korbankan sebanyak enam ekor lembu, Insya Allah…… SD 50,000 tu lebih kurang dalam RM 800 seekor!!!

So aku dan kawan kawan telah pergi ke Thar Jath Souk untuk cari lembu ….

Maka terimaaalllaaahhhhh ……


Penjual lembu, yg pakai baju “teSkate” tu ialah towkey dia. Nama dia SALAH … s taar menawar telah di adakan … dia letak SD 60,000 tapi aku kata, kalau SD 60,000 kau bela lr lembu kau baik baik yaaaa … aku Cuma nak bayar SD 50,000 ajer … terus dia kasi harga seekor SD 50,000!!! Rasa nyesal lak mintak SD 50,000, kalau minak murah lagi OK kot !!! Aiiiyyyyooooooooooo!!!


Inilah lembu lembu yang bakal dijadikan korban pada hari raya ni …. Kita orang siap order ENAM EKOR lagi!!!

Gambar ni tiada kena mengena ngan Lembu atau Korban … Cuma biasalah , kalau aku dah start nak ambik gambar, dia orang ni sibuk dan suka nak bergambar … so aku pun layan ajer laaahhhhh … aku pun ambik ler jugak gambar dia orang and Kamal dan Ayah Sor pun masuk sama!!!


Kalau teringin nak makan IKAN KELI SALAI pun ada … baunya , satu batu dah terhidu !!! Hanyir ajer ….

Inilah IKAN KELI yang dah siap di keringkan dan di pintal pintal indah …. Aku tak tanya lak berapa harga nya!!! Nyesal lak!

OK OK OK … Wa Illa Leqoq … Jumpa lagi … dia orang ni peramah sangat … so sebelum bertolak , lambaian Selamat tinggal ….

Oooo chop chop chop … sebelum aku naik semula ke kete, dia orang ajak aku makan sama , aiiiyyyoooooooooo .. tapi sebab nak maintain friendly kat tempat orang aku ala ala jamah jugak ler makanan dia orang … pass tu siap SALAH berlari lari pergi beli PEPSI SEJUK untuk aku …..

3 comments:

  1. ms vios2:16 AM

    Selamat Hari Raya Eidul Adha. Maaf Zahir Batin

    ReplyDelete
  2. selamat aidiladha. waduh murahnya rm800 je! sini abt rm2,500 seekor! kalau dia tanya napa kita sembelih lembu sedangkan nabi ibrahim sembelih biri-biri, sebabnya anak dia sorang bukan 7 orang! hehe lembu leh 7 nama! too bad i cant view the pictures!

    ReplyDelete
  3. Ms Vios ... Kollu Sanna wa enti tayyibin ... Dan kepada Sunflora .. iya ler kat sana orang kaya kaya ... sini nak makan pun tak cukup tau, sebab tu ler murah!!! I heard Kharuf dari Sini di export ke Saudi for Korban tauu!!

    ReplyDelete