Since dah tak ada nak update pasal London / Paris kan , maka catatan catatan selepas ini adalah berkisar di Tanah Saudi ler pula.
Pada 1 Syaaban tempuh hari (kebetulan Hari Khamis), dalam Kaabah telah di jadualkan untuk dibersihkan dengan Air Zam Zam yang di campur dengan Air Rose. Maka kami dari Yanbu ramai yang telah mengambil peluang ini untuk mengunjungi Mekah untuk menyaksikan upacara yang hanya dilakukan dua kali setahun sahaja ini.
Maka Terimalaaaaaaahhhhhhhhhhhhhh ....................
Dalam masuk waktu Syuruk sahaja, aku lihat manusia dah mula berhimpit himpit and ala ala macam dalam naik sheikh gitu ... dengan laungan Allahu Akbar dari kalangan jemaah India, Pakistan, Mesir gitu ... and laungan atau jeritan slogan dari Puak Syiah yang berbunyi "Yazid(atau Zaid) Bin Tsabit dudukoghadobvgejhyrkashdksahdkahda (aku tak tau sebab amat keras bunyinya) "
Aku waktu tuh baru nak tawaf masuk pusingan ketiga .. memandangkan manusia dah naik Sheikh gitu ... and himpit menghimpit pelbagai, aku terpaksa membatalkan tawaf aku and ambik gambar hehehehe ... kerana pada waktu nih pintu Kaabah mula di buka.
Pelbagai wakil dari pelbagai negara masuk ke dalam seorang lepas seorang ... dan aku lihat wakil dari Malaysia pun ada (sebab pakai Baju Melayu lengkap dengan Sampin dan Songkok kaaaannnn)
Jelas boleh kelihatan interior di dalam Kaabah. Aku nampak ada sebuah Tiang and lampu lampu yang berhabuk bergantungan ....
Since ini kan process membasuh, so kita boleh ler nampak wakil wakil yang masuk tuh di beri kain putih untuk lap lap habuk dalam Kaabah ... and mereka akan bawak kain ini keluar di mana, orang orang kat luar tuh berrebut rebut nak akan kain tersebut .... very very d tak sesuwai tau!!!
Kita boleh dilihat PEMEGANG KUNCI KAABAH dan keturunannya berada di depan Pintu Kaabah menyambut kedatangan para tetamu ....
Lautan manusia yang menyaksikan acara tersebut.
Sampai aku dah habis tawaf and dah habis Saie, acara tersebut masih lagi belum selesai. So aku pun ambil ambil ler gambar apa yang patut ....
Dalam pukul 10 gitu, selepas Emir Makah datang, maka selesai ler sudah acara membersihkan dalam Kaabah. Waktu nih Pintu Kaabah hendak di tutup sudah .
Mereka cuba hendak menutup pintu Kaabah ....
Pintu cuba di tutup tapi ala ala tak rapat kot , maklum ler setahun hanya 2 atau 3 kali ajer di buka kan .....
Maka pintu dibuka lagi sekali and mereka cuba menutupnya semula
Check check balik apa yang patut, dan mereka cuba menutupnya semula
Kali ini pintu berjaya di tutup rapat and masing masing beredar ...
Tangga terpaksa di bawa keluar so team lain ambil alih ....
Tangga di pandu keluar dari Pintu Kaabah.
Malangnya masih ramai yang berebut rebut lak nak ambil air kotoran yang melekat pada Tangga tersebut ... siap menangis nangis lagi bila dapat lap air tersebut kepada baju dia orang ....
Koser sangat tengok benda benda yang tak senonoh nih .... rasa macam pemujaan gitu ... iyalah .. sampai air titisan kat tangga tuh beria ia dia orang ambik and lap pelbagai ....
Masing masing bergambar di hadapan Pintu Kaabah yang tanpa diliputan oleh kain Kiswah itu.
Inilah gambaran dekat Pintu Kaabah keseluruhannya ...
Lagi gambar Pintu Kaabah ....
Ada sesuatu pembaharuan di Masjidil Haram sekarang nih ... masuk masuk ajer kat Pintu No 1 - King Abd Malik , ada disediakan Plastic Plastic hijau untuk di buat bekas kasut.
So sekarang boleh ler kita tengok kasut kasut dengan dibaluti oleh beg beg hijau di merata rata kawasan dalam Masjidil Haram nih ... so be careful ler , sebab since dah plastic nih warna sama ajer, so chances nak orang tersalah ambik kasut memang ada ler ....
Dan since dah lama aku tak ke ASIA RESTAURANT di Jeddah, maka pada hari Jumaat tuh, selesai urusan di Mekah, kami balik ke Yanbu ikut Jeddah ... sampai Jeddah singgah di ASIA RESTAURANT and seperti biasa hidangan WAJIB pasti di pesan ....
Cuma dia tak ada Butter Prawn ajer ... so aku ala ala miss sangat ngan BUTTER PRAWN tauuuu ...
Yang ini so-called- favorite aku ler ... memang TETAP ORDER gitu .. makan kat sini memang puas hati ler , sebab service dia agak cepat and makanan dia memang sedap pada tekak aku ler ...
On the way balik Yanbu dari Jeddah, sepanjang highway memang tak ada R n R gitu macam kita kat Malaya (tapi orang Malaya still tak puas hati dengan apa yang ada di Malaya). Kalau ada pun, dekat dekat ngan Jeddah (di awal perjalanan gitu). Since masuk waktu maghrib, kita boleh tengok orang orang tempatan just berhenti di tepi padang pasir dan dia orang akan bentang carpet utk bersolat. So aku pun sama ler ....
Tak kan ler aku nak ambik gambar aku tengah sembahyang kan ... so anak anak bermain main dan sambil snappy snappy gambar ......
Semuanya bergumbira ... dan aku pun hilang ler rasa mengantuk ....
Seronok kena angin atau udara malam di Padang Pasir nih ....
Pemandangan senja/malam yang indah di tepi Padang Pasir ....
Sementara aku bersolat, anak anak main main di tepi padang pasir ....
Monday, July 27, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
pintu kaabah dibuka balik lepas cubaan pertama utk tutup mungkin sbb ada org tertinggal kot?
ReplyDeletesalam haji..
ReplyDeleteminta kebenaran untuk copy gambar2 saat kaabah dibersihkan kerana saya terlepas peluang menyaksikan detik bersejarah itu.
Mr W A A;
ReplyDeleteWallahu Alam ... tak tau ler kenaper ... hehehehe
Ummi Wafa ...
Ambil ler ....
wahhh bestnya dapat tengok sendiri kaabah di bersihkan tu..
ReplyDeletesalam jumaat untuk abng ghaaz..
Axim;
ReplyDeleteDah rezeki kita orang ...
Terima kasih rajin datang sini ...
Hehhehee seronok gak baca entry entry Axim pasal makan makan nih ... terliur gitu
Uikkkkss... Ultraman Tiga dah besar!! Hahahahaha
ReplyDeleteSalam Abang Ghazali.
Mudah-mudahan kebahagiaan dan keberkatan Allah senantiasa mengiringi Abang Ghazali sekeluarga walaupun abang jauh dari tanahair. Menatap gambar-gambar abang dan anak-anak abang, terasa rindu juga. Tetapi saya percaya, abang sekarang lebih bahagia berbanding sewaktu abang sorang-sorang di Sudan dan di Labuan dulu.
Harap abang tidak jemu menitipkan gambar-gambar dan coretan buat tatapan peminat-peminat blog abang (saya la tu hehehehe).
plastik merah, kuning.. ehehe, plastik biru pun ada.. salamm ramadhan abang ghaz ittewww
ReplyDeleteGhazz.
ReplyDeleteLama tak dengar cerita? Balik kampung ke? Amboi tiap2 kali datang, tak pernah ketuk pintu pun!