Monday, July 28, 2008

Mengintai Keampunan di Lebaran Raudhah

Madinah .... Dari Aisyah ia berkata: "Ketika kami masuk, Madinah adalah negeri tempat bersarangnya penyakit, lalu Rasullah SAW berdo'a: Ya Allah, berikanlah kecintaan kami kepada Madinah, sebagaimana Engkau berikan kecintaan kepada Mekah, atau lebih dari itu, dan bersihkanlah ia serta berkatilah kepada kami dalam makanan dan bekalnya, dan gantilah wabah penyakitnya dengan juhfah. (Shahih Bukhari No 1889; Shahih Muslim No 1376)

Masjid Nabawi .... Rasullah SAW membangun Masjidnya berdasarkan asas taqwa; "Solat di Masjidku ini lebih utama (afdlol) 1000 kali daripada solat di tempat lain, kecuali Masjidil Haram" (HR Bukhari; Shahih Bukhari No 1190)

(Petikan petikan tulisan dalam artikel kali ini di petik / di salin dari buku SEJARAH MADINAH MUNAWWARAH BERGAMBAR - Dr Muhamad Illyas Abdul Ghani)

Maka Terimalllllaaaaaahhhhhhhhhhhh ........................

Ini tak ada kena mengena pun ngan Masjid Nabawi .... ni adalah poster yang aku snap kat Pejabat Istiqdam kat Jeddah , waktu aku nak buat Calling Visa for my family .... ini adalah syarat atau document document yang di perlukan ... ingat nya D E C U M E N T S gitu ....... dan jgn lupa juga disertakan A C A E D E M I C qualification yaaaaaaaa ... (Ammbbooiiiii kalau salah orang nampak ajer kaaannnn!!!!)

Kawasan Istiqdam kat Jeddah tuh ... saja ajer aku snap gambar nih .. supaya nanti aku senang nak tau kawasan nih ..... satu pelajaran kita orang belajar dari Sham K .... apabila tiba di Jeddah, masuk ler kawasan bandar dia, sorang turun and tahan taxi, kemudian suruh taxi itu hantar ke tempat yg hendak di tuju .... kita cuma ikut taxi itu sahaja .... dengan ini kita telah jimat masa and reduce stress sesat di dalam bandar !!!! I llliiiikkkeeee his ideas ....!!!!

Pemandangan dari Hotel Karam .... Kota Madinah agak teratur kalau di bandingkan dengan Kota Mekah yang agak berbukit dan padat .... Hotel Hotel di Kota Madinah pun agak selesa dengan harga yang agak menarik .....

Mungkin ramai yang tidak tahu mengenai Debu Madinah .... Jika ada seseorang yang mengeluh kepada Rasullah karena sakit atau luka, beliau meletakkan tangannya di tanah kemudian mengangkatnya , (sambil berkata);

Dengan Nama Allah, tanah kami yang baik ini, semuga dapat menyembuhkan orang orang yang sakit di antara kami dengan izin Tuhan kami (Shahih Muslim No 2194)

Subhanallah .......

Kita semua tahu kisah penghijrahan Rasullah ke Madinah dari Mekah ... di mana Baginda di sambut dengan meriah oleh penduduk Madinah ....

Kini .... apabila hampir tiba waktu Maghrib pada hari Isnin dan Khamis, dan apabila kita memasuki masjid Nabawi, maka akan berebut rebut orang menarik kita utk duduk di saf saf yang mereka sediakan juadah untuk berbuka puasa sunat ... kurma , roti , air zam zam dan kekadang ada macam kuih dari kurma dan buah fiq gitu ....

Walaupun aku tak berpuasa sunat pada hari itu ... mereka mereka tetap mengajak aku untuk duduk di saf yang mereka sediakan juadah ringan ini .....

Inilah rupanya kurma segar yang di hidangkan .... orang dah panggil duduk kaann ... aku pun ala ala malu malu gitu ... duduk sambil menunggu Azan Maghrib .... masuk Azan ... terus makan apa yg terhidang di depan mata .....

Kurma Ajwah ... atau Kurma Nabi .... Alhamdullilah aku dapat tengok sendiri Kurma Nabi yang segar di pokok .... (Ust Solah telah bawak kami ke kebun Kurma ) ..

Nabi SAW bersabda: Barangsiapa di waktu pagi makan7 butir kurma dari kedua labah (yaitu batas sebelah timur dan barat), ia tidak akan kena racun hingga waktu sore. (Shahih Muslim : 2047)

Hadits di atas tidak menyebut jenis kurma, sementara hadits hadits lain membatasi maksud di atas dengan 'ajwah, sebagaimana sabda Nabi SAW:

Barangsiapa di waktu pagi makan 7 butir kurma 'ajwah, pada hari itu ia tidak akan kena racun maupun sihir (Shahhih Bukhari , No 7569)

Bergambar di pohon kurma Nabi .... dalam ladang kurma nih, hanya ada TIGA ajer pohon Kurma Nabi ... dan ianya di jaga ngan rapi oleh pekerja pekerja Indon di sini ....

Selepas sembahaynga Jumaat kami terus ke Ladang Kurma ni , sebelum balik Ke Yanbu ... so pekerja pekerja ni pun tengah lepak lepak lagi ......

Mereka merantau jauh ... semata mata mencari rezeki di bumi Anbia ... (Radzi pun interframe jugak ....)
Masjid Nabawi .... ketenangan dan kedamaian berada di dalam nya ..... kita kena experience sendiri ..... hilang kusut masai duniawi ..... dikatakan Masjid Nabawi dapat menampung seramai 535,000 jemaah untuk bersolat pada satu satu masa. Asalnya Masjid Nabawi hanyalah berkeluasan 50 x 50 meter dengan ketinggian atap 3.5 meter sahaja. Masjid ini telah melalui sebanyak 8 pembaharuan (renovations / pembesaran), dari zaman Umar (17H), Usman (29H), Al Walid Al Umamy (91H), Al Mahdi (165 H), Qayit Bay (888H), Abdul Majid Al Utsmany (1277H), Raja Abdul Aziz (1372 H) dan Raja Fahd pada 1414 H ..

Pembesaran Raja Fahd telah memperluaskan masjid menjadi 82,000 m2 yang meliputi bangunan bangunan terdahulu. Menelan belanja sebanyak SR 72.2 Milyar.

Emas yang digunakan untuk ornament masjid Nabawi adalah sebanyak 68 kg. Manakala tembaga telah di gunakan sebanyak 1,600 ton!

Masjid ini mempunyai sebanyak 535 security cameras! Dan kalau nak tau, berat satu pintu kayu dia ialah 2.5 ton

Masjid ini juga mempunyai dua lantai basement untuk parking yang mana mempunyai sebanyak 4,444 ruang parking.




Video ini di rakam sewaktu Azan Jumaat. Di sini akanku cerita sedikit cara cara supaya dapat solat Jumaat di dalam kawasan Raudhah .... Untuk pengetahuan, sebahagian daripada kawasan Raudhah akan di tutup dari selepas subuh sehingga pukul 10:45 pagi (Ziarah bagi kaum Hawa) jadi dalam kul 10:30 pagi tuh, kita dah berada di boundary Raudhah yang di tutup ... kita berdiri dan tunggu sambil berzikir ... dan lihat mereka mereka bekerja membersihkan kawasan Raudhah nih .... kita juga boleh lihat, petugas, polis dan sebagainya bersolat di Raudhah dengan tenang gitu ... pass tuh bila dia orang selesai ajer kemas, kita pun bersedia ler .... sebab bila dia bukak ajer penghadang tuh, orang akan berebut rebut masuk dan ambil tempat duduk ... kita pun sama ... dan Insya Allah, kita akan dapat duduk di kawasan raudhah .... pass tuh teruskan dengan Solat Sunat Masjid , zikir, membaca Al Quran sementara menantikan masuknya waktu Jumaat .....

Sebab di katakan salah satu tempat mustajab doa ialah di Raudhah .... maka berdoalah ... Allah senantiasa mendengar doa hambanya ...... pohon kepada Illahi agar doa yang di pohon diperkenankan ......


Masjid Quba .... Ayat Alquran Surah Al Taubah - 108 "Sesungguhnya masjid yang didirikan atas dasar taqwa, sejak hari pertama adalah lebih patut kamu bersembahyang di dalamnya. Di dalamnya ada orang orang yang ingin membersihkan diri. Dan Allah menyukai orang orang yang bersih."

Rasullah SAW bersabda , " Barangsiapa telah bersuci (berwudhu) di rumahnya, kemudian mendatangi Masjid Quba' lalu solat di dalamnya dua rakaat, maka baginya sama dengan pahala umrah." (Sunan Ibn Majah. No 1412)

Apakah makna ini?

Dan ini?

Di Saudi ni, restoran atau tempat makan akan di asingkan antara Bujang dan Keluarga ... masuk ikut lain lain pintu ... dan ada kaunter nya tersendiri .... sebab nak asingkan antara perempuan dan lelaki .....


Dalam perjalanan balik ke Madinah dari Madain Salih , ada ler nampak small puting beliung di sepanjang perjalanan ..... just snap snap ler buat tatapan semua ......

5 comments:

  1. Fuh. Banyak entry tuan haji. Cemburu saya (bukan saja pada kuantiti entry, tapi kualiti entry).


    Tapi soklan saya, boleh pulak bawak kamera masuk masjid? Dulu (2001) kemain lagi kena haram.

    Saya siap seludup kamera lagi masuk Raudhah.

    ReplyDelete
  2. Hansac .....

    Itu dulu ... sekarang ni dah relax sikit .... hehehehe

    So jadi tak ambik offer tuh?

    KSA menanti andaaaaa ....

    ReplyDelete
  3. Anonymous1:33 AM

    Muntaz!! excellent!
    I like this entry sebab ada diselitkan sejarah, hadis sahih dan juga gambar-gambar yang I wish I was there to take it myself.
    Sungguh!
    -puteh :P

    ReplyDelete
  4. Best nya!!!

    MM is counting days.... 2 weeks to go....

    ReplyDelete
  5. Puteh ;

    Thank you ... are u in Malaya already????

    MM;

    Hope to see you in Mekah!!!

    ReplyDelete