Tuesday, July 07, 2009

Kembara ke London / Paris - Day 1 and Day 2

Alhamdullilah , setelah sekian lama BLOG ini menyepi, maka dengan kesempatan yang ada aku rasa elok ler aku meng-updatekan serba sedikit BLOG ini. Bukan ler aku sibuk mana pun, cuma biasa biasa ajer ... apa orang kata tak ada Ilham yang mendatang untuk mem-BLOG buat seketika ... (walaupun bahan untuk BLOG memang telah siap ada gitu!)

Alhamdullilah, kami sekeluarga telah selamat kembali ke Yanbu Saudi Arabia dengan selamatnya setelah bermusafir selama 14 hari ke London / Paris. (Ceeewwaahhhh sebab gi London / Paris ker baru nak update BLOG ? Hahahahahhaaaa).

Maka Terimaaaalllaaaahhhhhhhh ...........................


Perjalanan ke London / Paris di mulakan pada pagi pagi Khamis selepas Subuh. Selepas subuh Khamis 18 June 2009, kami sekeluarga telah bertolak ke Jeddah dari Yanbu. Qamarul telah bersusah payah datang dari Madinah semata mata nak menemani kami untuk ke Jeddah.
Di Jeddah, kami singgah sebentar di Al-Ballad Baghediyah (Al-Hail Street) untuk ke rumah Puteh untuk tinggalkan kereta di situ. Dari situ, kami menaiki taxi ke Airport.
Flight kami ke Heathrow ialah pada pukul 1.15 petang dan Alhamdullilah selamat sampai ke Heathrow pada pukul 4.50 petang. Flight Saudi ke London OK ler ... makanan dia pun OK jugak .. cuma kids meal dia banyak yang mixed mixed .. so tiga orang anak , akan dapat tiga makanan yang berbeza ... Process immigration di Heathrow amat pantas dan mudah ... less than 30 mins kami semua telah selesai urusan immigration dan telah selamat ambik bagasi ... since waktu aku sampai sampai aku dah call Ahmad untuk panggilkan MPV jemput kita orang di Heathrow, so kita orang tunggu sambil lepak lepak di Terminal 3 tuh .....

Cuaca di London agak sejuk / dingin pada waktu tuh .. dalam 17 degree ajer ... memang sejuk ler bagi kami yang datang dari Padang Pasir nih kan. Apa apa pun MPV yang di tunggu selamat sampai di ianya dipandu oleh orang Islam jugak .... kami sampai di rumah Ahamd di Willesden dengan selamatnya .,,,,
Tuan rumah telah bermurah hati untuk bawak aku jalan jalan pekan Willesden dan diberi penerangan mengenai apa yang ada di pekan tersebut. Makanan Halal memang banyak di akwasan ini , so memang tak ada masalah untuk kami sekeluarga sewaktu penginapan di London.
Tamat ler satu hari perjalanan ........
Pagi hari Kedua (2) - Setelah bangun mandi mandi dan makan makan (anyway, waktu Subuh dia awal sangat, kul 3 dah masuk Subuh dah ..!!!) kami bersiap siap ler nak jalan jalan ke bandar London. Di sebakan cuaca agak sejuk, my wife kena beli baju sejuk ... so plan ingat ingat nak jenguk jenguk di Oxford Street ajer ... di mana lepas tuh boleh langsung ke Malaysian Hall untuk Solat Jumaat sebagainya ....

Inilah kawasan Denzil Road di Willesden, tempat kami menginap. Rumah di London tak ler macam rumah rumah di saudi yang besar besar ... so rumah dia agak comel comel and kecil sahaja .....

Kawasan dia bersih dan tenang gitu .. Station Underground Dollis Hill terletak lebih kurang setengah batu dari rumah. So jalan inilah yang kami lalu berlima beranak ..... pergi pagi malam baru balik .. (Anyway, kul 9 malam pun masih cerah lagi sebab Maghrib masuk kul 9.30 gitu)

Dari Dollis Hill kami naik Jubillee Line kemudian tukar Central Line utnuk turun ke Marble Arch. Waktu kat Station Dollis Hills, ada seorang UK - Morrocan (Hamza namanya) yang kerja kat station nih telah suggestkan utk aku pergi membeli belah di PRIMARK ajer , sebab katanya murah di situ dan quality barangan pun elok. Dengan di Hamza nih aku pun ala ala cakap Arab ler kaaannn hehehehe .. and luckily ler bahasa Arab aku boleh tahan gitu hehehehehee ... Baik orangnya .. and dia siap offer macam macam pertolongan lagi utk kami sekeluarga ...

Keluar luar ajer dari Station Marble Arch tuh, boleh ler nampak Arch nih ... waktu nih tak ler ramai orang sangat bergambar atau berposing kat sini .... tapi ada ler jugak pelancung pelancung yang bergambar ... termasuk ler aku ngan Afiq ...


Biasa ler , kalau kita dah pergi ke tempat orang, tentu nak bergambar sana dan bergambar sini kaaannnnn .... seronok tengok gambar ni, sebab ada lambang London yang unik .. iaitu Bas Dua Tingkat dia ... (Aku rasa kat S'pore pun ada Bas Dua Tingkat kaaannn sebab aku pernah naik gak kat S'pore Bas Dua Tingkat dia)

dalam orang sibuk sibuk bergambar, masih ada jugak yang berada di dunia dia yang tersendiri .... tak tau ler , dia mabuk setakat mana ... tapi memang lena ler dia tidur kat sini ....

Yang paling susah nak bergmabar ialah Afiq .... memang susah nak suruh dia bergambar ...

Kami lepak lepak atau berposing posing kat sini dalam 15 minuites gitu ....

Dari Marble Arch kami langsung ke Oxford Street untuk tengok deretan deretan kedai kedai di Oxford Street ....
Dari Marble Arch tuh, kami terus ke Oxford Street and langsung ke PRIMARK untuk membeli belah ... dan seperti biasa, untuk aku TAK ADA apa apa pun hehehehhehee lama jugak kami habiskan masa di dalam kedai ini ... and bagi aku, memang betul ler , harga di kedai ini agak MURAH berbanding dengan di Saudi ... so seronok jugak ler membeli belah di sini .....

Dari Oxford Street, kami langsung ke Malaysian Hall (of course naik undergraound Tube ler ... sebab bebudak tak kena tambang!) Di Malaysian Hall, terjumpa lak Kamal ... sebab office dia pun kat daerah daerah ini jugak ... and dia memang selalu turun ke sini utk mengerjakan Solat Jumaat .... so bersama sama ler kita orang Solat Jumaat sambil borak borak ..... Oh ya , di Malaysian Hall jugak aku bertemu dengan kawan aku waktu di Gurun dulu, si Fadzil ...

Makanan di Malaysian Hall memang ler sedap dan terasa pedas dan sebagainya ... kalau nak ikut ikutkan duit Malaya memang ler ala ala mahal gitu .. tapi kalau ikutkan standard London, harga di malaysian Hall memang berpatutan atau dalam kategory murah gitu .... and aku rasanya almost setiap kali turun ke London, pasti ke Malaysian Hall untuk kami punya Lunch ... sebab makanan dia sedap kan ....

Selesai solat dan makan di Malaysian Hall ... and memandangkan bada pun tak terasa penat lagi, kami anak beranak meneruskan perjalanan (berjalan kaki sahaja taauuu) ke arah Science Museum .. sebab katanya Science Museum dia agak bagus gitu ....

Since cuaca pun agak nyaman dan kebetulan hari Jumaat lak ... memang ramai ler orang di kawasan ini .... dan kawasan ini lak memang bersih dan di jaga elok ler ... seronok berjalan jalan di sini ... tak terasa penatnya .....
Bergambar di kawasan ini ... orang orang tempatan , ramai yang lepak lepak menghabiskan waktu siang mereka sambil makan makan gitu ... tapi orang putih ler kan .. makan makan dia pun aku tengok hanya sandwich ajer ler kaaannn ....

Di sebabkan kami dari Padang Pasir, makan keredupan dan kehijauan alam memang memukau bagi kami gitu .... memang rasa segar sesangat setelah hampir setahun ala ala dalam padang pasir kaaaannnn .....

dalam perjalanan nak ke Science Museum bertemu jugak dengan warga Malaysia ... yang membuat PhD ler apa ler ... kami cuma bertukar tukar senyuman dan borak borak lite lite ajer ...

Wife bergambar di kawasan taman berhampiran dengan tasik ....

Baru aku tau yang Aisyah amat phobia atau takut sesangat ngan anjing .... hehehehee anyway, since kat Saudi mana ada anjing, so sebelah tong sampah , ada tong utk taik anjing jugak ....

Seronok tengok swan bermain main bebas di tasik ...

Swan ....

Afiq masih berusaha untuk menjadi Ultraman TIGA dia ....

Bergambar di Hyde Park / Kensigton Garden ...
Bunga puprle ....

Saja ajer nak tangkap ... sebab dah lama tak tangkap gambar bunga kaaannnnn

Ada taman bunga ... tapi kami tak masuk sampai ke hujung ... sebab nak ke Science Museum masih jauh lagi ....

Menuju ke Albert Hall .. dan kat belakang sana baru ler sampai ke Science Museum ... puas berjalan kaaaannnn

Bergambar di kebun bunga .....

Inilah Royal Albert Hall ... yang mana menjadi kebanggaan artis Malaysia ... tapi bagi kami tak ada rasa apa apa pun .... anak anak aku siap tak nak bergambar lagi ... hahahaha

Apa apa pun .. nati Ultraman Tiga akan datang ke Royal Albert hall ....

Royal Albert Hall ... and kat depan nih jugak ada bas No 52 lalu yang mana bas nih akan ke Willesden .. tempat penginapan aku di london .... alllllaaaaaa jauh lagi Science Museum ... bukan senang nak jalan dengan Afiq ler , Iman ler .... Aisyah ler .....

Science Museum ... sampai pun kami di sini .... tapi di sebabkan kami sampai pun dah nak deakt kul 3.30 gitu, aku terus beli tiket utk tengok IMAX Show ... sambil tunggu masa tayangan , jalan jalan dan beli sikit sikit buku yang ada di sini .....

Aisyah di Science Museum bersedia nak tengok IMAX show ... cite Dinosours ... OK ler cite dia ... seronok gak ....

Afiq di Science Museum

Iman di Science Museum

Dah nak dekat pukul 7 malam ... tapi hari masih cerah lagi ... so ambik bas No 52 terus balik semula ke Willesden .... memang penat sebab banyak berjalan dan berjalan dan berjalan .....
Sampai rumah, beli Pizza .. senang ... nasib baik makanan Halal memang banyak di sini ....
Kepenatan berjalan .... dan tamat ler Hari Kedua .... nanti bersambung lagi yek .... Insya Allah.


5 comments:

  1. salam kenal kak..

    ya Allah..akk pun duk saudi ke..best nyer..:D

    ReplyDelete
  2. NoRuLLiSzA;

    Hehehhehee

    Salam kenal gak ..

    (I know ... you tujukan utk my wife ....)

    ReplyDelete
  3. nice pics and nice elaboration.

    ReplyDelete
  4. Anonymous3:52 AM

    besnyer pakcik n family pi sana sinun..
    rezki kan..
    anak pun comel2.
    gram tgok afiq tuh..

    klu ada rezki sy pun nk stdy kt sana r..
    best nyer..huhu

    zz

    ReplyDelete
  5. Salam bkenalan drp kami makan angin London

    Budget SEWA BILIK dan TRANSPORT (London, UK & EUROPE Tour) dengan kadar berpatutan.

    HUBUNGI @
    Whatsapp di +447478 684277
    Facebook page: Makan Angin London
    https://www.facebook.com/makananginlondon
    Instagram: makananginlondon
    http://ukhomestaypengangkutanlondon.blogspot.co.uk

    -------------------------------------------------------------------------------
    Amsterdam & Belgium
    Tulip Garden package
    25 April - 16 May 2016
    3D 2N | 3D2N
    5 px | 6 PX
    £2500 | £2850
    What included in the package
    - Hotel
    - Breakfast
    - Ferry fare
    - MPV
    - Netherland
    Keukenhof, Zaanse Schans windmills,
    - Belgium
    Atomium, Mini Europe
    Harga ade berubah terubah
    Hotel reservation & ferry fare
    -------------------------------------------------------------------------------

    ReplyDelete